💉
"Dok, tak boleh ke bagi excuse untuk saya hari ni?" Jaena, pesakit perempuannya itu menyoal ketika Seokjin membuat check up terhadap dirinya. Seokjin menjongketkan keningnya, buku laporan pesakit dia teliti sebelum mencatatkan sesuatu perkembangan diri Jaena disitu.
"Excuse apa lagi Jaena? Awak nak pergi mana? Jalan-jalan lagi?" Soal Seokjin, pek berisi air dilihatnya. Airnya masih mempunyai baki separuh daripada paket tersebut. Jaena menggigit bawah bibir, jari jemarinya digenggam erat.
"Tak dok. Em.. Sebenarnya saya tengah craving kek beras, tapi.. saya tahu kek beras tak bagus untuk kesihatan. Tapi, saya janji ini kali terakhir saya minta, please.." Jaena berkata separuh merayu. Sempat lagi dia mengenyitkan anak matanya pada doktor lelaki bernama Kim Seokjin itu.
Seokjin mendiamkan diri, dia alihkan pandangan sebelum mengetap bibir. Dia berfikir seketika.
"Baiklah, ini kali terakhir awak minta. Selepas ni, jangan minta yang bukan- bukan pulak.." kata Seokjin buatkan senyuman Jaena mekar kerana gembira dengan keizinan dari Seokjin.
"Yeay! Terima kasih, Doktor!"
"Em.. saya keluar dulu. Jaga diri, kalau ada area tubuh awak yang sakit, tolong maklumkan pada saya dengan segera. Saya takut akan berlarutan dan memberi impak kepada pinggang awak" terang Seokjin. Choi Jaena hanya mengangguk- anggukkan kepalanya, faham.
"Nanti saya bagitau nurse Mina supaya sediakan kek beras untuk awak. Tapi ingat, kali ini saja, dan jangan lebih" tegas sahaja Seokjin memberi nasihat seraya cermin matanya yang sedikit melorot dia betulkan.
Jaena menghadiahkan senyuman dengan bibir pucatnya. Seokjin membalasnya dengan senyuman juga. Entah kenapa, sejak akhir- akhir ini, Jaena semakin aktif. Dia selalu meminta kebenaran untuk keluar darinya. Dia yang dulunya jarang tersenyum, sekarang sudah sering kali tersenyum. Kenapa, eah?
"Bye, Doktor Kim!"
"Bye.."
Seokjin menutup pintu wad yang menempatkan Choi Jaena, penghidap kanser buah pinggang tersebut. Seokjin mendongakkan wajah, di sebelah bilik Jaena, ada sebuah bilik khas yang menempatkan pesakit kanak- kanak.
Bibirnya serta merta mengukir senyum sebaik kanak- kanak didalam bilik tersenyum melambaikan tangan kearahnya.
"Haih.. tiba- tiba rindu Rina pulak" bisik Seokjin pada dirinya sendiri, dia mengeluarkan phonenya dari saku baju doktornya dan secara tak sengaja satu gambar kecil yang sengaja diselitkan disitu jatuh keatas lantai. Dahi Seokjin berkerut lalu dia berjongkok untuk mengambil gambar tersebut.
Dear My Husband,
Ini gambar ultrasound bayi pertama kita, comel tak?
\(^~^)/Seokjin mengetap bibir, jantungnya berdegup kencang bila membaca bait- bait perkataan dibelakang gambar ultrasound tersebut. Sungguh ringkas, namun sakitnya menusuk ke jantung hati.
Rina, besar sangat salah saya pada awak kali ini. Tapi, kenapa semudah itu awak memaafkan saya?, Seokjin berbisik pada dirinya sendiri, lelaki itu berdiri tegak semula, tidak mahu menjadi perhatian para jururawat yang lalu lalang di koridor tersebut.
"You're my angel. Angel without wings.."
Seokjin mengeluh kecil, dia letakkan semula gambar tersebut kedalam saku bajunya. Cermin mata dibetulkan. Kerjanya yang tertangguh perlu diselesaikan semula.
"Doktor Kim! Pesakit Doktor, Kim Jaena dalam keadaan kritikal!" Nurse Mina menjerit memanggil Seokjin sebelum Seokjin sempat membuka langkah kakinya.
"Apa! Macam mana boleh berlaku?!" Laju Seokjin berlari masuk semula kedalam wad Choi Jaena, gadis itu itu sudah menggelupur diatas katil seperti sedang kerasukan. Seokjin tidak panik, melainkan dahi Jaena disentuh lalu lehernya.
"Choi Jaena, stay with me!"
Seokjin melihat kadar denyutan jantung Jaena yang semakin jatuh, peluh sejuk menitik didahi ketika Seokjin sedang bekerja keras untuk menyelamatkan Jaena, gadis itu menggeleng kecil lalu terbaring tidak sedarkan diri.
Seokjin menghiraukannya, dia menarik pengejut jantung sebelum menghalakannya pada dada Jaena. Sekali dua kali, tidak ada tanda- tanda yang gadis muda itu akan bangun.
"Jaena, saya tahu awak kuat, tolonglah bertahan.."
Sekali lagi Seokjin menghalakan pengejut jantung pada dada Jaena. Buk dan pengesan jantung Jaena mulai melakar garisan lurus bersertakan bunyi beep yang panjang. Seokjin menghela nafas berat.
"Choi Jaena.. 20 tahun, 24 Julai 2018, meninggal dunia pada jam 3.37 petang.." Seokjin berkata perlahan, tubuhnya menggeletar. Bibirnya dikemam.
Bahunya diusap perlahan oleh nurse Mina untuk menenangkan doktor lelaki tersebut. Selimut putih dicapai lalu tubuh Jaena diselimuti hingga ke bahagian kepala. Perlahan- lahan, kesemua nurse yang berada dalam wad tersebut keluar untuk mengurus mayat Jaena.
"Saya minta maaf.."
Seokjin berbisik perlahan, tubir matanya mengeluarkan satu cecair jernih. Seokjin terisak perlahan. Rasa bersalahnya menggunung pada gadis bernama Jaena tersebut. Tapi..
Menentukan dan mengurus kematian seorang manusia merupakan hal yang normal bagi seorang doktor, kan?
.
.
Eum..
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfic[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...