💉
"Rina, awak dah okay?"Seokjin menyoal sebaik kelibat Rina kelihatan masuk kedalam dapur. Gadis itu mengangguk kecil, sekarang sudah masuk pukul 7 setengah pagi. Setengah jam lagi Seokjin kena pergi kerja.
Rina mencapai gelas lalu susu putih dituangkan kedalam gelas. Seokjin hanya memerhatikan gerak geri Rina dari ekor mata.
Bibirnya diketap. Sebenarnya, ada benda yang hendak dia katakan pada Rina. Tapi semua itu tidak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata. Berat, sungguh berat untuk dia. Kalau dia berlama- lama lagi dengan Rina, mungkin gadis itu akan hidup sengsara dengannya.
"Waeyo, Seokjin- ah?"
"Rina.. boleh saya cakap sesuatu pada awak?" Tanya Seokjin, Rina hanya memandang Seokjin dengan pandangan curious. Keningnya terjongket.
"Awak nak cakap apa? Pasal semalam ke? Saya dah okaylah, Seokjin-"
"Tak. Bukan pasal semalam, saya nak bercakap pasal kita. Tapi lebih mendalam ataupun.. tak" kata- kata Seokjin buatkan Rina rasa berdebar. Seperti hatinya itu tahu- tahu saja bahawa ada benda yang tidak kena.
"Selepas apa yang awak dah lalui selama ni, saya rasa awak ada hak untuk tinggalkan saya.."
Rina terdiam.
"Hey, Doktor Kim! Awak nak cakap apa sebenarnya ni? Saya tak faham. Janganlah buat saya takut." Rina senyum kecil, dia cuba buat- buat tidak faham walhal didalam hatinya sudah berkocak hebat. Seokjin mengetap bibir.
"Saya lepaskan awak, Rina.."
"Seokjin, awak mesti bergurau.. kan?" Teragak- agak Rina menyoal. Bibirnya sudah menggeletar.
"Memang tak adil kan, kalau awak seorang je tanggung semua penderitaan tu?"
"Tapi awak dah janji nak betulkan semuanya, kan? Awak pun nak tolong saya pulihkan semula ingatan saya, kan? Kenapa awak berubah Seokjin?"
"Rina, agaknya, kesibukan kerjaya memang selalu melekat dengan saya. Saya tak mampu nak jaga awak, saya tak mampu nak berada di sisi awak setiap masa." Terang Seokjin pandangan mata dilarikan dari berpandangan dengan gadis itu. Seokjin mengetap bibir.
"Tapi saya dah beri awak peluang kedua, kan? Kenapa awak tak gunakan? Kenapa sia- siakan?"
"Saya tak nak peluang kedua Rina. Kalau awak beri saya peluang untuk pulihkan semuanya, saya takut saya tak mampu. Awak tak tahan dan saya takut awak akan jadi lebih sengsara.."
Mata Rina mulai berkaca- kaca.
"Awak cakap awak sayangkan saya, Seokjin.."
"Sayang dan cinta saya tu memang ada untuk awak Rina, tapi semua tu perlukan pengorbanan. Saya akan lepaskan awak untuk awak cari kebahagiaan yang awak inginkan sebab saya tahu awak akan jadi lebih sengsara kalau lebih lama hidup dengan saya.."
"Kalau awak sayang dan cintakan saya Seokjin, bukan begini caranya. Awak sepatutnya berusaha, bukannya melepaskan!" Rina sudah terbawa emosi. Seokjin hanya diam.
"Kalau ini yang terbaik.. saya sanggup lakukan apa saja untuk bahagiakan awak"
"Jadi awak fikir dengan ceraikan saya, saya boleh bahagialah? Macam tu?" Soal Rina. Seokjin mengeluh berat, cermin matanya dia lepaskan lalu letakkan atas meja. Rambut hitamnya dia raup kasar. Tekanan.
"Seokjin-"
"Saya tak boleh bersama dengan awak lagi, Rina. Saya rasakan yang kehadiran saya akan menambah luka pada hati awak"
"Saya dah maafkan awak Seokjin, tapi kenapa awak ungkit balik? Sekejam manapun awak, awak tetap suami saya. Susah sangat ke awak nak faham? Kalau awak tahu awak tak mampu nak bahagiakan saya, kenapa cari saya semula, Seokjin? Kenapa kutip saya balik? Kalau awak dah tahu yang kehadiran awak dalam hidup saya hanya akan menambah luka dihati saya?" Berdas- das soalan Rina lontarkan pada lelaki itu. Bibirnya diketap.
Sungguh dia tak faham dengan Seokjin. Apa sebenarnya yang sedang bermain di kotak fikiran Kim Seokjin sampai dia sanggup berkata sedemikian?
"Seokjin.. saya tahu apa yang saya nak. Saya nakkan awak, supaya kekal menjadi suami saya." Rina berkata lembut seraya hujung jarinya menyentuh lengan Seokjin. Laju lelaki itu memberi reaksi dengan menangkap jari Rina lalu mengenggamnya. Seokjin berdiri dari duduknya. Kini dia berhadapan dengan Rina dengan jarak yang sangat rapat.
"Awak takkan sanggup.."
"Saya bahagia dengan awak, Seokjin-"
"Tak, awak takkan pernah bahagia dengan saya, Rina. Awak takkan, dengan keadaan saya yang sibuk sepanjang masa.. awak takkan pernah merasa apa itu bahagia." Bisik Seokjin seraya tapak tangannya menyentuh pipi Rina.
"Kalau awak marah saya pasal keguguran tu, saya minta maaf-"
"Syhh, awak tak salah. Bukan itu penyebabnya. Saya dengan rela hati nak lepaskan awak.."
"Tapi kenapa, Seokjin? Awak dah janji nak cuba lagi, kan? Awak mengaku awak sayang saya, awak mengaku awak cintakan saya-"
"Ya, ya! Saya tahu. Tapi tolonglah Rina, tolong faham. Saya lepaskan awak, bukan sebab saya tak cintakan awak. Saya cintakan awak dan sebab cinta inilah saya biarkan awak pergi, untuk cari kebahagian-" jari Rina mendarat pada bibir Seokjin. Lelaki itu terdiam.
"Macam mana saya nak pergi kalau kebahagiaan saya disini? Dengan awak?" Potong Rina, Seokjin mengetap bibir, dia menggeleng, tanda tidak.
"Awak boleh.."
"Saya tak boleh.."
"Saya minta maaf, sayang.." bisik Seokjin lalu mengecup dahi Rina sebelum dia menjarakkan diri. Keluar dari dapur, sekaligus rumah tersebut, meninggalkan Rina yang menangis di dapur.
Ergh!
.
.
Em...
Maafkan aku sebab terkejam.
Hikhokhikhok.
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...