💉
Seokjin menarik nafas panjang sebelum menghembuskan nafasnya perlahan- lahan. Cermin mata dibetulkan sebelum pintu wad vip ditolak lalu dia melangkah masuk kedalam ruangan tersebut.Kelihatan Bae Rina sedang duduk dibirai katil seraya membelakangkan badan memandang lurus ke jendela luar tingkap. Seokjin kemam bibir, perlahan- lahan dia rapatkan dirinya pada katil.
Seokjin akan mendekatkan dirinya pada gadis itu secara perlahan- lahan. Kalau gadis itu tidak merajuk atau marah akan dirinyalah.
"Rina-"
"Doktor Kim.." pintas Rina. Seokjin diamkan diri, menanti kata- kata yang akan Rina ucapkan untuknya.
Seokjin bergerak perlahan dan berdiri di hadapan gadis itu. Tubir mata Rina sudah bergenang dengan air mata. Hati Seokjin seakan direntap. Tangisan Rina adalah kelemahannya.
"Waeyo, Rina- ahh?"
"Doktor Kim, jeongmal mianhae.." lirih nada suara Rina menuturkan ayat tersebut. Sudah tentu gadis itu berasa bersalah yang teramat. Dia rasa yang perilakunya pada lelaki itu semalam sangat kurang ajar dan akan membuatkan lelaki itu terkesan.
"Mianhae.."
"Gwenchana" bisik Seokjin seraya meraih tapak tangan Rina lalu menggenggamnya erat. Rina tundukkan wajah, tak nak bersemuka dengan doktor lelaki tersebut.
Seokjin mengeluh perlahan sebelum dengan keberanian yang dia ada, tubuh Bae Rina ditarik perlahan lalu dipeluknya. Gadis itu masih lagi menangis, tapi tidak seteruk tadi. Seokjin mengelus belakang badan Rina, lalu tanpa dia sedar ubun- ubun Rina dikecupnya.
Maafkan saya sayang, desis hati Seokjin.
💉
"Cik Rina dah makan?"
Angguk.
"Cik Rina dah minum ubat?"
Angguk.
"Cik Rina dah-"
"Doktor Kim kat mana?" Pintas Rina seraya memandang pintu bilik wad. Berharap doktor lelakinya itu masuk untuk menemuinya. Tapi dari tengah hari tadi hingga sekarang batang hidung Seokjin tak nampak langsung.
Nurse choi mendiamkan diri, tak tahu nak jawab apa. Doktor Kim sekarang berada didalam bilik bedah, nak bedah pesakit tumor otak. Jadual lelaki itu memang padat hari ni, yang ada waktu free pun tadi pagi.
"Em, Doktor Kim sekarang tengah sibuk, cik Rina nak apa- apa? Saya boleh bawakan" kata nurse choi. Rina menggeleng perlahan lalu menyelimutkan tubuhnya sampai ke paras kepala.
"Em, saya keluar dulu, kalau cik Rina nak apa- apa panggil saja saya" kata Nurse choi sebelum melangkah keluar dari wad vip tersebut. Rina masih lagi mendiamkan diri. Jarum di pergelangan tangannya direnung lalu tapak tangannya dirapatkan pada dada.
Dadanya yang berdebar kuat tiba- tiba berasa sakit. Rina memejamkan mata, berharap rasa sakit itu berlalu pergi. Rina menolak selimut lalu berbaring menghadap siling bilik yang berwarna putih tersebut.
Bayangan seorang lelaki yang samar- samar berlegar- legar didalam kepalanya. Buatkan kepalanya serta merta menjadi sakit kerana bayangan itu seperti cuba memaksa Rina agar mengingatinya. Rina memegang kepalanya, gadis itu melompat turun dari katil sebelum berlari keluar dari biliknya.
Buk!
"Rina.."
Lelaki yang telah Rina langgar bersuara serak. Lengan Rina dipegang apabila gadis itu hampir jatuh, Rina mendongakkan kepalanya. Doktor Ki Hyun menahan Rina daripada jatuh.
"Kenapa ni? Apa yang berlaku?" Soalnya pada Rina, gadis itu menggeleng sebelum menepis perlahan tangan Doktor Ki Hyun. Rina menundukkan badan. Pandangannya teralih pada Seokjin yang ketika itu sedang berjalan ke arah mereka.
"Doktor Kim.."
"Come with me" Seokjin menarik Rina masuk semula kedalam biliknya. Lelaki itu mengunci pintu bilik sebelum Rina dihampiri.
"Kenapa keluar tak bagitau nurse choi-"
Tanpa sempat Seokjin menghabiskan perkataannya, tubuhnya sudah dipeluk kemas oleh Rina. Gadis itu menyembamkan wajahnya pada dada Seokjin. Seokjin mendiamkan diri.
"Waeyo Rina- ah?" Bisik Seokjin. Teragak- agak dia membalas pelukan gadis itu. Seokjin bernafas berat.
"Saya keseorangan"
"Maaf, sebab tak selalu berada tepi awak" bisik Seokjin, hatinya berdebar kuat. Dia tahu dia salah, dia tahu dia tak patut dan dia berasa sangat bersalah sekarang ni.
"Mian.."
.
.
To be continue..
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...