💉
"Bae Rina.. I love you. Will you marry me?"
"I.. I will"
"Doktor Kim!"
"Huh?" Seokjin mengelip- ngelipkan kelopak matanya bila teguran dari Rina buatkan Seokjin tersentak dan kembali ke realiti. Rina yang sedang melambai- lambaikan tangan dihadapannya terhenti bila Seokjin bertindak untuk menyentuh lengan gadis itu.
"Wae?" Soal Seokjin, lalu melepaskan pegangan tangan. Lehernya digosok, kekok dengan tindakan luar kawalnya.
"Mengelamun lagi, saya dari tadi pot pet pot pet awak tak dengar! Ni, ni, makan spaggeti awak, nanti sejuk. Tak sedap" kata Rina seraya memuncungkan bibir pada pinggan spaggeti yang terhidang atas meja dihadapan mereka itu. Seokjin hanya akur lalu menyuap spaggeti kedalam mulutnya.
"Seokjin! Isteri kamu sakit kat rumah, kenapa tak balik jenguk? Nasiblah mama datang rumah kamu, kalau tak, dah beku kot isteri kamu ni. Isteri kamu alami pendarahan. Tolonglah balik Seokjin, sekejap pun jadilah. Tak lengkang pun gaji kamu tu kalau balik sekejap"
Seokjin tersentak. Kunyahannya terhenti, dia mendongak memandang Rina yang sedang mengunyah makan sambil menikmati permandangan dari luar tingkap kaca restoran di tingkat 7 itu. Seokjin menggigit bibir. Rasa bersalah yang membuak- buak terhadap gadis itu.
"Seokjin, saya.. dah masak makanan favourite awak. Lobster dan japchae. Awak balik tak malam ni?"
"Maaf, saya kena gantikan doktor Song malam ni, tak dapat baliklah jawabnya. Awak duduklah rumah diam- diam. Kalau ada apa- apa, call saya"
"Kalau saya call awak pun, awak belum tentu akan balik"
"Saya buat semua ni sebab ini adalah tugas saya. Awak nak makan apa kalau saya tak kerja? Duduk rumah diam- diam. Jangan mengada nak keluar, telefon saya kalau awak betul- betul perlukan saya"
Seokjin mengeluh perlahan. Dari mana dia warisi sikap dingin itu dulu? Dia rasa yang Rina tidak mempunyai salah apa- apa dan selaku isteri yang masih berusia 24 tahun, wajarlah Rina sentiasa ingin meluangkan waktu bersama dengannya. Now what? Sekarang benda tu terbalik kena pada dia? Dulu, Rina yang terkejar- kejarkan dia, sekarang dia pulak yang mengejar Rina, isterinya itu.
"Awak ada masalah?" Soalan Rina buatkan Seokjin menggeleng laju. Lehernya digosok, kekok. Dia sambung makan spagetti sementara matanya curi- curi melihat wajah putih mulus Rina.
"Saya nampak macam awak ada masalah je, ceritalah. Memandangkan awak dah cakap saya ni soulmate awak" kata Rina. Seokjin memandang arah lain, mengelak dari bertentang anak mata dengan gadis tersebut. Bagi menghilangkan rasa janggal, jus oren diteguknya.
"Soal hati ke?"
"Tak" laju lelaki itu menjawab. Rina mengangguk faham. Mungkin privacy, jadi dia tak perlulah tahu banyak benda. Rina mencapai tisu lalu mengelap mulutnya.
"Seokjin, ini kedua kali dah isteri kamu gugur! Kenapa dengan kamu ni? Kalau tak pandai jaga isteri baik tak payah kahwin terus!"
"Ma, itu bukan salah Seokjin. Dia yang tak pandai jaga diri"
"Awak nak tahu satu perkara?" Seokjin memulakan bicara. Dia memejamkan matanya sebelum mencelikkan anak mata. Wajah Rina yang penuh tanda tanya dia pandang.
"Saya.. pernah buat satu kesalahan besar dan saya menyesali perbuatan tersebut. Saya kecewa dengan diri saya" kata Seokjin perlahan. Tapak tangannya digenggam.
"Awak tak cuba nak minta maaf?"
"Kalaulah maaf tu boleh selesaikan perkara ni dengan mudah. Saya dah lama buat. Masalahnya-"
"Saya percaya, setiap kesalahan boleh diselesaikan dengan perkataan maaf kalau kena pada tempatnya. Kalau awak pandai pujuk. Doktor Kim bergaduh dengan isteri eah?" Tanya Rina polos. Seokjin mengeluh perlahan. Mahu menggeleng, Rina akan tanya banyak. Mahu mengangguk, Rina belum tahu lagilah yang bahawa dialah punca mengapa dia masuk hospital.
"Rina.. awak tak faham. Masalah saya, kesalahan yang saya buat merupakan satu salah yang besar. Perkara ni tak dapat diselesaikan dengan hanya meminta maaf. Ia memerlukan satu perbincangan kerana ianya melibat dua hati. Ini soal hati dan perasaan. Saya akui, ketiadaan dia, buatkan saya rasa sunyi. Saya.. cintakan dia dari dulu hingga sekarang" luah Seokjin kepada Rina, tanpa gadis itu sedar.
"Doktor tak cuba pujuk dia?"
"Saya tengah cuba.." Seokjin mengantungkan ayatnya. Seraut wajah putih bersih tanpa dosa milik isterinya itu dipandang.
".. dan nampaknya saya akan gagal" sambung Seokjin, tapak tangannya digenggam. Sakit, sakit rupanya menanggung semuanya soal hati. Apa pulak reaksi Rina, kalau gadis itu sedar dan mendapat tahu kandungannya sudah tidak ada?
"Rina, boleh awak tolong saya?"
"Tolong apa?" Soal Rina polos.
"Tolong jatuh cinta pada saya semula.."
"Mwo?"
.
.
Ummmm
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...