💉
"Doktor Kim! Pesakit doktor, Bae Rina pengsan!" Cemas saja nada suara nurse choi buatkan Seokjin yang tadinya sedang meneliti keputusan x-ray pesakit terhenti."Mwo?"
"Ri- rina. Dia pengsan" sekali lagi nurse Choi mengulang sebelum akhirnya Seokjin menjatuhkan segala benda yang dia pegang lalu berlari keluar dari bilik menuju ke wad pesakit Bae Rina.
"Macam mana boleh pengsan?!" Seokjin merapatkan diri dengan katil Rina, kelopak mata gadis itu dia bukak lalu suluh menggunakan torchlight kecil miliknya. Jantungnya berdegup kencang seakan mahu tercabut dari tempatnya.
"Rina tadi mengadu sakit kepala-"
"Kenapa tak jaga dia betul- betul!" Seokjin menengking, dua butang baju pesakit Rina dia bukak untuk mengesan detak jantung Rina.
"Sediakan pengejut jantung sekarang! Palli!" Arah Seokjin. Nurse choi berlari keluar dari wad untuk mendapatkan mesin pengejut jantung. Seokjin meremas kepalanya kasar, pergelangan tangan Rina dia sentuh. Mencari nadi gadis itu.
"Rina please.. stay with me. Stay with me, i'm begging you. Please.. don't leave me.." lirih Seokjin. Lelaki itu hampir saja menangis. Nurse choi masuk kedalam wad dengan membawa mesin pengejut jantung.
"10!"
Seokjin menarik nafas sebelum menggesek peralatan tersebut sebelum meletakkannya pada dada Rina. Tidak ada tanda- tanda gadis itu akan tersedar. Makin panik Seokjin jadinya.
"20!"
Deg!
Rina masih lagi dalam keadaan sama. Baring tanpa bernafas. Pandangan Seokjin mulai kabur. Tapi semangatnya masih belum berakhir.
"25!"
Deg!
Dan disaat itulah kelopak mata Bae Rina terbuka dengan sendirinya. Seokjin meletakkan alat tersebut di tempatnya sebelum menekup pipi gadis itu.
"Rina.. ca- can you hear me?"
"Doktor kim.." panggil Rina dengan suara lemah dan rendah. Seokjin menghembuskan nafas lega. Rambut gadis itu dia usap lalu mengangguk kecil.
"You fine now, take some rest. I'm going to talk to you after this" Seokjin menepuk bahu Rina. Gadis itu tidak menjawab, dia masih terkesan dengan kejadian tadi. Di mana dia dalam keadaan antara mati dan hidup.
Nurse choi menyelimutkan Rina dengan selimut lalu mengusap rambut gadis tersebut. Rina menutup mata lalu mengiringkan badan, tak nak berinteraksi dengan orang sekitarnya. Seokjin mengeluh kecil. Dadanya disentuh.
"Saya kena pergi, jumpa awak nanti. Don't think too much, take some rest" kata Seokjin lalu berjalan keluar dari wad Rina. Lelaki itu mengelus dadanya, sesungguhnya ketakutannya untuk kehilangan Rina masih belum kebah.
Seokjin melepaskan nafas berat, cermin matanya dilepaskan.
"God, this is too much for me"
💉
"Rina, awak dah okay?" Soal Seokjin sebaik memasuki bilik pesakit yang menempatkan Rina. Gadis itu tidak menjawab, dia tetap memandang ke luar tingkap. Seokjin menapak merapati Rina, menyengetkan tubuh untuk melihat wajah gadis itu.
"Are you okay? Dah makan ubat?" Soal Seokjin, masih lagi belum dijawab oleh Rina. Gadis itu tundukkan wajah, selimut putihnya digenggam.
"Rina.."
"Doktor kim.." lirih saja suara Rina memanggil. Seokjin diamkan diri, tapi tubuhnya merapat dengan gadis itu.
"Ri-"
"Nan musowo (i'm scared)" kata Rina perlahan. Seokjin mendiamkan diri, dia tarik perlahan tapak tangan Rina lalu menggenggamnya.
"About what?"
"I almost get killed- ani. I already die, in accident. W- why i'm here? Why i's still here? Saya nampak dalam mimpi tu, saya.. saya dah mati."
"Rina.."
"But someone save me. Doktor kim, saya-"
"Rina, stop talking nonsense. That just a dream. You fine now" Seokjin menyangkal pernyataan Bae Rina. Sebaiknya gadis itu tidak perlu mengingati masa lalunya. Masa lalunya yang pahit.
"You don't believe me?"
"Bukan macam tu Rina, kalau awak terus- menerus fikir benda macam ni. Ia mungkin beri kesan pada kesihatan awak-"
"Awak ingat saya bodoh? Tak tahu mana baik, mana buruk? Saya tak sakitlah Doktor Kim! Saya dah sihat! Look at me, i'm fine. I'm 100% fine now! Sampai bila awak nak kurung saya dalam hospital ni? Keluarkan saya dari sini kalau awak tak percayakan saya! Let me go!" Rina mulai melepaskan jarum yang menyalurkan air dari tangannya lalu meronta perlahan.
"Rina! Bertenang-"
"Shut up!"
"Nurse choi, bawakan saya ubat penenang. Cepat!" Seokjin menahan kedua tangan Rina pada katil, tapak tangan gadis itu berdarah disebabkan Rina yang mencabut jarum secara tiba- tiba.
"I'm sorry Rina. I'm sorry.." kata Seokjin sebelum menyuntik ubat penenang pada lengan gadis itu. Rina mengetap bibir sebelum perlahan- lahan rontaan terhenti dan kelopak mata gadis itu tertutup secara perlahan- lahan.
"Bae Rina, saya minta maaf. Bukan saya tak percayakan awak, saya buat semua ni untuk kebaikan awak, untuk kebahagiaan awak. Tolonglah faham saya" kata Seokjin, tapak tangan Rina dia sentuh perlahan sebelum memperbetulkan selimut Rina.
"Mianhae.. "
.
.
To be continue..
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...