Bab 9➿

2.4K 332 14
                                    

💉

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💉

"Dr. Kim, bagaimana dengan prestasi Bae Rina? Dia sudah semakin pulih?" Doktor Kim Hye Kyo, selaku chief besar di situ menyoal.

Seokjin mengeluh perlahan. Semalam kejadian itu berlaku, sampai sekarang dia masih runsing. Perkara yang dia takuti turut berlaku, Rina mulai menjauhinya.

"Saya tak tahu, Puan. Dia.. makin jauhkan diri dari saya. Saya tak nak benda macam ni berlaku, saya betul- betul tak nak. Tapi apalah yang saya boleh buat?" Kata Seokjin. Dia menghenyak badannya di kerusi, keningnya diurut perlahan.

Doktor Hye Kyo mengangguk faham.

"Doktor Kim ada problem ke dengan Rina? Atau, permohonan Hunny untuk duduk sepejabat awak, itu yang bermasalah?"

"Saya tak cakap perkara macam tu adalah punca saya dan Rina tak bertegur. Saya langsung tak salahkan dia, cuma Rina.. i'm just too afraid to lose her" kata Seokjin lalu meraup wajahnya.

Doktor berambut paras bahu, Hye Kyo itu tergelak kecil. Sungguh dia cakap, keadaan Seokjin sekarang nampak macam lelaki yang baru ditinggalkan. Walhal gadis yang dia sukai, hanya pergi sementara dan perlukan seseorang untuk memujuknya.

"Doktor tak nak try yang lain?"

"Hisy! Tak terfikir saya Puan! Kalau pun ada, saya tetap akan setia. Yalah, susah nak cari lelaki yang setia pada yang satu ni. Kalau ada pun, sayalah orangnya" kata Seokjin seraya ketawa kecil. Doktor Hye Kyo menggeleng kecil.

"Kalau Doktor nak dia kembali pada doktor, cuba cari cara untuk pikat dia. Yalah, saya nampak doktor ni tak suka benda- benda berbau sweet ni" kata Hye Kyo. Seokjin menggaru kepala.

"Maksud Puan?"

"Ya tuhan! Benda macam tu pun awak nak saya ajar ke?"

"Maklumlah Puan, saya sibuk, 24 jam dengan pesakit dan duduk di hospital saja. Tak ada masa nak ber- sweet- sweet dengan orang rumah-"

"Sebab itulah Rina jauhkan diri dengan awak. Bukan saya nak batu apikan awak Doktor Kim, tapi mungkin itu karma. Awak selalu tinggalkan dia seorang diri dan walaupun awak ada waktu terluang, awak akan luangkannya pada pesakit. Dia? Saya tak tahulah nak cakap apa. Sekarang, Doktor sendiri yang meroyan kan? Macam tulah perasaan dia bila ditinggalkan" kata- kata Doktor Hye Kyo memang menusuk ke jantung hati.

"Saya bukannya suka- suka Puan, saya luangkan masa pun dengan pesakit saya, bukan orang lain-"

"Ya saya tahu, tapi ada masanya. Jangan sampai disebabkan kerjaya, orang tersayang dilupakan. Ingat Doktor Kim, jangan pentingkan diri sangat. Jangan jadi macam saya yang hilang suami dan anak disebabkan kerja.."

Seokjin mengetap bibir. Dia tahu dia salah, dari hati, perasaan hinggalah ke hujung rambut. Dia bersalah dari segala aspek.

"Puan janganlah cakap macam ni, saya rasa serba salah pulak-"

"Its okay, Seokjin. Saya dah lama telan pahit tu. Saya cuma tak nak awak jadi macam saya, itu je" kata Hye kyo sebelum keduanya terdiam. Seokjin termenung.

Hah!

💉

Tok! Tok!

"Saya cakap saya tak nak makan-"

"Rina, ini saya. Boleh saya masuk?"

Suara tersebut buatkan Rina terdiam. Dia duduk memeluk lutut diatas katil hospital, matanya sembab. Semalaman dia menangis, dia pun tak tahu sebab apa, dia bukannya sukakan Seokjin sangat pun. Tapi kenapa menangis teruk macam ni pulak?

"Rina?"

Seokjin menolak daun pintu lalu masuk kedalam wad vip milik Bae Rina tersebut. Gadis itu mengerekot, mengalihkan pandangan dari memandang Seokjin.

"Rina, saya dengar dari nurse choi, awak tak nak makan. Kenapa?"

Soalan Seokjin dibiar sepi. Gadis itu menundukkan wajah ketika Seokjin sudah berdiri di sisi katilnya. Rina mengetap bibir, menahan perasaan.

"Nak saya suapkan?"

"Tak perlu, saya dah kenyang-

"Kenyang makan apa? Angin?" Perli Seokjin. Rina mencebik kecil, dia luruskan kaki, mendongak memandang Seokjin sebelum kembali tertunduk.

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Kenapa cium dia?"

Seokjin mengetap bibir. Dia meraih tapak tangan Rina sebelum menggenggamnya erat. Rina hanya membiarkannya.

"Kenapa? Awak cemburu?"

"Siapa cemburu? Mana ada saya cemburu-"

"Tipu, habis tu kenapa menangis? Sebab sayakan?"

"Buat apa saya nangis sebab awak? Merepek je-"

"Rina, cium saya"

"Hah?!" Rina membulatkan anak mata. Kata- kata Seokjin buatkan dia hampir tersedak air liur sendiri. Gadis itu terkebil- kebil.

"Jangan main- main doktor! Doktor tu dah beristeri! Kenapa pulak saya nak cium lelaki yang dah beristeri?! Apa orang kata kalau mereka nampak pulak?"

"Saya peduli apa?"

"Doktor! Doktor tengah curang ke ni!"

Pak! Pak! Pak!

Habis bahu Seokjin dipukul Rina kerana geram dengan jawapan yang tak dapat diterima oleh gadis sepertinya. Kalau dia isteri Seokjin, mahu disembelihnya Seokjin kalau lelaki itu balik rumah nanti. Biar padan muka dia!

"Rina tak. Shyyy-"

"Eeeeeeeee"

.

.

To be continue..

Silakan hambur comment anda diruang komen dan titipkan bintang kuning untuk saya. Muah🙏💓😚

[C] ASTRAEA | 진 ✓Where stories live. Discover now