Bab 20➿

2.3K 287 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


💉

"Tahu tak yang perbuatan kamu ni sangat memalukan dan kalau orang ramai tahu, bukan setakat imej kami sebagai doktor ni akan tercalar, dengan nama hospital ni sekali pun akan tercemar!"

"Huh. Tolong jangan ulangi apa yang kamu berdua buat di belakang saya. Kalau saya dapat tahu, saya terpaksa buang kamu dari hospital ni. Saya beri kamu cuti seminggu. Buat refleksi diri dan jangan datang selagi tak ada surat permohonan maaf"
.

.

Seokjin mengeluh kecil, dia pukul stereng kereta. Sekarang ni dia masih berada di tempat letak kereta khas untuk para doktor di hospital tersebut. Seokjin mengusutkan rambutnya. Geramnya tak terkata!

Seokjin mengeluh berat, dia mulai menghidupkan enjin kereta lalu perlahan- lahan keretanya bergerak keluar dari situ. Sekarang dia tengah tension fikir pasal mamanya yang dari tadi asyik menelefonnya. Mungkin sudah balik dari Jepun orang tuanya itu.

"Em?"

Seokjin mengerutkan dahi bila kelibat mamanya kelihatan di halaman rumah seraya berpeluk tubuh. Mati! Mama dah tahu ke?!

"Kamu pergi mana? Mama call tak nak jawab pulak!" Bahu Seokjin dipukul Puan Kim. Lelaki itu hanya mengeluh kecil, merelakan apa yang mamanya buat terhadap dirinya. Seokjin hanya memasang telinga seraya memasukkan kunci kedalam lubang kunci.

Sebaik kaki dibawa masuk kedalam rumah, auranya terasa lain. Dingin dan suram, kini barulah dia teringat akan Rina. Adakah gadis itu benar- benar meninggalkannya?

"Kenapa kamu terkejut? Terkejut sebab Rina tak ada dalam rumah ni?" Soalan dari Puan Kim buatkan Seokjun tersentak. Dia memilih untuk berdiam diri, kunci kereta diletakkan atas meja sebelum punggung dihenyakkan atas sofa. Lengan diatas atas dahi.

"Apa kamu buat pada Rina? Kenapa tak bagitau yang dia dah keluar hospital?"

"Seokjin lupa.."

"Huh. Lupa ke buat- buat lupa? Sekarang dia dekat mana? Mama ada terserempak dengan dia dua hari yang lalu. Mama cuba tegur, tapi dia macam masih tak kenal mama. Kenapa biarkan isteri kamu seorang diri sedangkan dia masih belum ingat apa- apa?" Puan Kim menyoal. Geram dia dengan anak lelakinya itu. Macam tak ada apa- apa yang berlaku pula.

"Ma, dia akan okay. Lagipun Seokjin dah ambil keputusan untuk ceraikan dia.." jawapan dari Seokjin buatkan Puan Kim terdiam. Perempuan itu mengetap bibir dan tanpa amaran, paha anak lelakinya itu dicubit geram.

"Kenapa kamu ceraikan dia?! Kamu dah lupa ke yang dia tak ada sesiapa dalam korea ni selain kamu?! Kamu dah lupa ke yang kamu dah berjanji nak jaga dia walauapapun yang terjadi? Mana janji kamu Seokjin? Dia hidup sebatang kara, tak ada orang yang boleh dia jadikan tempat bergantung selain kamu.."

"Kamu ni kenapa? Hah? Kamu ceraikan dia macam tu je? Tanpa berikan apa- apa? Kamu tak takut ke kalau dia hidup merempat diluar sana? Macam pengemis?"

Seokjin tersentak. Kata- kata mamanya buatkan Seokjin resah dan tak senang duduk, dia tidak pernah terfikir sampai ke situ. Lelaki itu meraup rambutnya kasar.

"Seokjin, kamu tak pernah belajar dari kesilapan, kan? Mana kamu nak cari perempuan setabah Rina dalam dunia ni? Kamu tu dah tua, Rina sajalah perempuan yang faham dan sabar dengan perangai kamu. Tolonglah jangan sia- siakan dia Seokjin. Rina tu budak baik, kamu je yang suka buat perangai. Cakap cinta tu perlukan pengorbanan. Ya, mama tahu. Tapi bukan macam ni, hati perempuan ni lain walaupun dia tak tunjukkan yang dia bahagia."

Panjang lebar Puan Kim berkata. Kalau mahu diikutkan hati, sudah smake down anak lelakinya itu. Ciss, ak padan dengan tua.

"Macam mana saya nak pergi kalau kebahagiaan saya disini? Dengan awak?"

Seokjin mengetap bibir, hatinya berkocak hebat. Dia menyesal, menyesal kerana melepaskan suatu permata yang paling berharga. Seokjin berdiri dari duduknya sebelum kunci kereta dicapai lalu berlari keluar dari rumah.

Sayang, tunggu saya.

.

.

😣😋

[C] ASTRAEA | 진 ✓Where stories live. Discover now