💉
Rina menarik cardigan putihnya agar menutupi bahagian lengannya yang sedikit terdedah. Suasana malam itu sungguh luar biasa sejuknya. Dari pagi ke malam dia berjalan tanpa arah tuju. Dia sesat.
Bunyi guruh yang berdentum kuat di langit mengenjutkan Rina, dengan pantas dia berlari ke arah bus stop untuk berteduh disana kerana hujan yang tadinya gerimis sudah mulai deras membasahi bumi. Rina mengeluh perlahan, perutnya yang berbunyi dia pegang.
Meow!
Rina menoleh, seekor kucing berbulu putih sedang menjilat bulunya sendiri. Mungkin kucing itu juga sepertinya, berjalan tanpa arah tuju dan menumpang dibawah bus stop untuk mengeringkan diri?
Meow!
"Saya tak ada makanan.." ucap Rina seraya duduk melutut dihadapan kucing tersebut. Kucing putih itu mengiau lagi sebelum menggeselkan bulunya pada kaki Rina.
"Nak apa?"
Meow!
Rina mengusap bulu kucing tersebut sebelum kucing itu diambil lalu ke pelukannya. Sedaya upaya hendak buatkan kucing itu berasa hangat, sementara dirinya pun perlukan penghangat untuk dirinya. Untuk kesekian kali, Rina mengeluh.
Perlahan- lahan mata gadis itu mulai layu, Rina tertidur dalam keadaan duduk.
Di saat hujan yang mulai reda itu, sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam berhenti dihadapan bus stop tersebut. Tidak peduli dengan hujan, pemandu tersebut terus keluar dan berhenti untuk melihat gerangan yang sedang tertidur disitu. Bibirnya mengukir senyum.
Rina..
"I found you, sayang.."
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...