💉
"Tolong jatuh cinta pada saya semula.."
"Mwo?"
Seokjin mengetap bibir, dadanya yang berdegup kencang dia sentuh. Dia alihkan pandangan memandang ke luar tingkap. Permandangan yang sungguh menyenangkan, tapi tidak mampu menenangkan hatinya yang sedang gundah.
"Saya.."
"Doktor nak buat isteri doktor cemburu ke ni? Kalau yang tu saya tak boleh tolong. Yalah, rosakkan rumah tangga orang lain, bukan tak baik ke?"
Seokjin mengetap bibir. Dia dongakkan wajah, wajah polos Bae Rina dipandang sayu. Gadis itu memang polos, walaupun sudah dilukai banyak kali, dia masih bertahan untuk hidup dengan Seokjin, lelaki yang pentingkan kerjaya dari isterinya sendiri.
Macam mana dia nak tebus semua kesalahan yang pernah dia buat pada Rina dulu?
"Rina.. awak memang tak pernah berubah" bisik Seokjin, dia pejamkan mata, mahu saja dia menangis disitu. Perit, sedih, sakit. Semua dia telan bulat- bulat.
"Doktor kenal saya?"
"Of course I know you. You are.. you are my.. my wife" kata Seokjin dengan bibir yang menggeletar. Dia tak kuat, dia tak sanggup. Keduanya diam membisu. Seokjin sudah menunduk, terasa dirinya penuh dengan dosa. Walau macam mana pun reaksi Rina, tanggapannya, dia akan menerimanya dengan terbuka.
Walaupun gadis itu bertindak ingin meninggalkannya. Bukankah itu karma? Untuk dirinya?
"I'm.. your wife?"
Seokjin mengangguk perlahan. Tak sanggup rasanya dia ingin mendongak, mungkin gadis itu sudah berfikir bukan- bukan terhadap dirinya.
"Saya masih tak faham. Macam mana saya boleh jadi isteri awak?"
"Apa salah yang awak buat sampai awak rasa saya tak boleh maafkan awak?"
"Rina.."
"Besar sangat ke?"
"Rina, listen to me-"
"Awak curang ke? Awak ada niat nak ceraikan saya?"
"Bukan! Sayalah penyebab awak gugur untuk kali kedua! Sayalah punca kenapa awak kemalangan, sayalah punca kenapa awak.. awak hampir mati.." Seokjin menengking. Rina terdiam.
Tubir mata Seokjin sudah penuh dengan air mata. Dia pejamkan mata.
"Rina.. kalau awak nak ambil keputusan untuk tinggalkan saya, saya benarkan. Awak berhak, sangat- sangattt berhak" nada suara Seokjin bergetar. Rina tidak merespon, dia hanya memandang Seokjin dengan mata sayunya.
"Jeongmal mianhae.."
"Doktor Kim! Kalau doktor nak berkhayal, tolong keluar dari dewan ni!" Seokjin tersentak, teguran dari ketuanya buatkan Seokjin berhenti mengkhayal. Dia tundukkan kepala dua kali tanda meminta maaf.
Seokjin melepaskan keluhan berat. Dia menggeleng- gelengkan kepalanya sebelum cuba mencari fokusnya semula. Ucapan tentang penyakit Ebola yang kian menular akhir- akhir ni. Sasaran utama ada kanak- kanak. Seokjin hanya mengangguk- angguk ketika ketuanya berucap, rasanya dia dah khatam semuanya tentang penyakit tersebut.
"Okay, itu sajalah dari saya, saya harap kamu semua lebih fokus untuk kelas seterusnya. Kalau dah mengantuk atau awak semua rasa ceramah saya ni membosankan, jangan segan jangan malu, pintu dewan sentiasa terbuka untuk kamu" sempat lagi ketuanya memerli, buatkan Seokjin tersengih kekok.
Seokjin melangkah keluar dari dewan tersebut, fikirannya masih melayang perbincangan semalam. Haii rasa macam diri dia ni dayuslah pulak.
"Doktor kim!"
Seokjin berhenti berjalan bila namanya diseru dari belakang. Dia menoleh, disitu Doktor Hunny sedang tersenyum lebar seraya berjalan ke arahnya.
"Nampak macam dah lama sangatkan kita tak berjumpa?" Kata gadis itu. Seokjin hanya berdehem kecil sebelum meneruskan perjalanan.
"Jadi macam mana keadaan hubungan doktor dengan wife doktor tu?" Soal Hunny. Sengaja mahu membangkitkan isu tersebut, kerana dia tahu yang hubungan doktor lelaki tersebut dan isterinya dalam keadaan tak baik. Seokjin memilih untuk berdiam diri.
"Saya dengar.. wife doktor dah 2 kali gugur, nampak sangat yang dia tak berharap untuk mengandungkan anak doktor-"
"Hunny, apa yang berlaku pada keluarga saya, bukan urusan awak. Harap awak jangan masuk campur" kata Seokjin dingin. Kalau ikutkan hati, mahu ditamparnya Hunny. Mulut tak ada insuran betul!
"Heh, doktor kim. Saya tahu.. doktor sunyi kan? It's okaylah doktor, saya selalu ada kalau doktor perlukan saya. Saya boleh jadi yang kedua kalau doktor nak" kata Doktor Hunny Lee seraya berbisik perlahan. Bibirnya sudah tersengih sinis.
"Terima kasih sajalah" sebaik mengatakan perkataan tersebut, terus saja Seokjin meluru meninggalkan Hunny yang dah terkulat- kulat disitu.
Huh!
.
.
Maaf sebab buat Seokjin nampak jahat.
🙇🙇
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...