Prologue.

148 19 22
                                    

Kanvas putih itu dinodai dengan warna. Lukisan seorang jejaka diabadikan dalam kanvas itu.

Dan aku yang melukisnya.

"Terima kasih untuk lukisan ni, kau memang berbakat", tutur seseorang yang berada di sebelah aku. Aku mengangguk perlahan, kepala aku dialih memandang jejaka itu.

"Sama-sama, Min Yoongi"

"Yukyung?", suara ibu menyapa di hadapan pintu. Yoongi mengalihkan pandangan kearah ibu. Aku, seorang gadis yang terlalu taksub dengan segala jenis perbuatan yang dilakukan oleh Min Yoongi, turut menoleh kearah ibu, tapi tajam.

"Kenapa ibu tak ketuk pintu sebelum masuk ke bilik Yukyung?"

Aku benci akan orang yang suka menjenguk masuk ke dalam bilik aku tanpa keizinan.

Lagi-lagi jika Min Yoongi ada di sini.

"Ibu minta maaf, tak sengaja"

"Ibu tahukan Yukyung tak suka-"

"Yukyung", potong Yoongi. Bahu aku diusapnya lembut.

"Kau dah janji tak akan melawan cakap ibu, kan?", ujar Yoongi. Aku mengeluh, perasaan marah yang membuak-buak sejak tadi terus sahaja hilang tatkala Yoongi bersuara.

Dia mampu menenangkan aku dengan suaranya, dengan sentuhannya, dengan segala-gala yang ada pada dirinya.

Dia ibarat bidadara tanpa sayap milikku.

"Iya, aku dah janji"

"Jadi kau perlu tunaikan janji kau"

"Baiklah"

"Yukyung", suara ibu sekali lagi menyapa. Aku mengalihkan pandangan kearah ibu semula, senyuman ikhlas aku hadiahkan kepada ibu.

"Iya ibu?"

"Kenapa Yukyung.. cakap
sorang-sorang?"

_____

Please spread your theories here.

[C] Bidadara [MYG]Where stories live. Discover now