17: Yoon, my only child

28 5 0
                                    

     Ibu Yukyung, Puan Choi perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di sofa. Dia menghembuskan keluhan lelah, Yoon yang sibuk bermain dengan anak patungnya dipandang Puan Choi lama.

     Yoon sekali-sekala ketawa kecil ketika bermain dengan anak patungnya, dia langsung tak faham dengan apa yang terjadi pada hari ini, dan hari-hari sebelumnya, dia hanya seorang anak kecil yang polos.

     Ibu berharap agar Yoon tumbuh dengan sihat, dan mampu membahagiakan ibu.

     "Yoon, sini kejap", panggil Puan Choi. Yoon menoleh kearah Puan Choi, mata yang bulat cantik itu kelihatan sungguh menarik untuk dipandang. Wajahnya lebih kurang sahaja dengan wajah Yukyung, cuma bezanya mata Yukyung lebih sepet.

     "Ye ibu?", Yoon menghampiri Puan Choi dengan pantas. Tubuh ibunya dipanjat lalu punggungnya dilabuhkan di atas peha ibunya. Senyuman manis terukir dibibirnya, membuatkan Puan Choi turut sama tersenyum.

     "Yoon.. sayang kakak?"

     "Sayang", ujar Yoon bersungguh-sungguh. Dia memeluk anak patungnya erat, selepas itu dia ketawa kecil apabila ibunya mencubit pipinya perlahan. Lalu Puan Choi memberikan sebuah kucupan hangat pada dahi Yoon.

     "Banyak mana?"

     "Banyakkk sangat"

     Puan Choi tersenyum hambar. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan pada Yukyung, dia cuma tak tahu.

     Kerana bagi Puan Choi, Yukyung hanya mahukan perhatian, dengan cara seperti itu.

     Hakikatnya, Puan Choi tak mahu menerima hakikat bahawa Yukyung itu sakit. Dia tak mahu menerima hakikat bahawa Yukyung.. memerlukan rawatan.

     Dia tak mahu menerima hakikat itu.

     Mindanya mengimbas kembali memori bersama mendiang suaminya.

     "I pronounced that you're husband and wife. You may kiss the bride"

     Ucapan itu menafsirkan bahawa Kim Mihye sudah sah menjadi isteri kepada Encik Choi.

     Bahagia hatinya bukan kepalang. Encik Choi sangat berusaha dalam menambat hati Puan Choi. Sehingga mereka berada di tahap ini.

     Awal perkahwinannya memang indah belaka. Walaupun ada anasir-anasir jahat yang mengatakan hal yang tidak-tidak tentang Encik Choi. Namun Puan Choi menghiraukan semuanya, sehinggalah pada suatu hari, ketika mereka berbulan madu di luar negara.

     "Nak balik Korea? kita tak habis berbulan madu lagi", ujar Puan Choi. Encik Choi yang tergopoh-gapah mengemas baju mereka dipandang Puan Choi tak puas hati.

     "Atau awak ada kekasih dekat Korea tu? sampai tak sabar nak balik?"

     "Sayang..", Encik Choi menutup matanya tatkala mendengarkan tuduhan isterinya yang tak berasas. Dia menghampiri isterinya, tangan isterinya digapai lalu dikucup.

     "Saya ada alasan saya sendiri, ini untuk keselamatan awak"

     Tanpa pengetahuan Puan Choi, Encik Choi mahu pulang lebih awal ke Korea kerana ubatnya yang telah habis.

     Rahsia yang disimpan Encik Choi tersimpan rapi sehinggalah ianya terbongkar tatkala Puan Choi menemui sebotol ubat di bawah almari bilik mereka. Ketika Yukyung masih berumur tiga tahun.

     "Ini ubat apa? kenapa awak tak cakap dengan saya yang awak gila?! hah?!"

     Puan Choi terlalu prejudis dengan orang-orang seperti Yukyung, Encik Choi. Baginya orang gila hanya akan mendatangkan masalah.

     Sejak dari itu, Puan Choi dan Encik Choi sering bergaduh. Sehingga Encik Choi terpaksa mengambil rawatan diluar negara, dan meninggalkan keluarganya.

     Puan Choi telah membuatkan Encik Choi berkecil hati. Encik Choi merasakan dirinya satu ancaman buat keluarganya. Jadi biarlah dia pergi, untuk keselamatan keluarganya.

     Bertahun-tahun telah berlalu namun khabar berita dari Encik Choi masih tidak kedengaran. Puan Choi terpaksa menyara anaknya sendiri, nasib dirinya baik kerana sebelum mereka berkahwin lagi Puan Choi  sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

     Namun sejak Yukyung berumur 4 tahun, Yukyung mula menunjukkan simptom-simptom yang sama dengan bapanya.

     Puan Choi sangat tertekan dengan apa yang berlaku. Jadi Puan Choi membuat keputusan untuk mengurung Yukyung di dalam bilik sekiranya Yukyung melakukan perkara yang pelik-pelik. Baginya, mungkin itu cara yang terbaik, agar Yukyung boleh bermuhasabah diri.

     Bermuhasabah diri.

     Setelah Yukyung berumur 10 tahun, Encik Choi dikhabarkan telah meninggal dunia kerana membunuh diri. Mereka tidak pergi melawat makam bapa Yukyung, kerana kebencian yang tersemat di hati Puan Choi.

     Yoon pula, dia hanyalah hasil hubungan haram antara Puan Choi dengan pekerjanya. Mereka masih berhubungan sehingga sekarang, cuma dirahsiakan.

     Hanya Yukyung dan Puan Choi sahaja tahu siapa Yoon. Puan Choi terpaksa menipu terhadap kenalannya bahawa Yoon hanyalah anak angkatnya.

     Dan Puan Choi juga menipu bahawa Yoon sahaja anaknya. Identiti Yukyung dirahsiakan, jika Puan Choi mengadakan apa-apa parti, Yukyung akan diminta untuk berkurung di biliknya.

     Entah apa yang mendorong Puan Choi untuk melakukan hal seperti itu.

     "Ibuuuu", suara Yoon meleret. Puan Choi tersedar dari khayalannya, pipi Yoon disentuh lembut.

     "Ye sayang?"

     "Yoon dengar kakak jerit.."
 

[C] Bidadara [MYG]Where stories live. Discover now