8: You know I like you

33 6 8
                                    

     Aku mengeliat kecil, kaki melangkah menaiki tangga rumah dengan penuh kepenatan.

     "Yukyung!", suara ibu membuatkan aku berhenti melangkah. Tergopoh-gapah ibu mendekati aku, dengan apron yang tersangkut ditubuhnya.

     "Hari ni kawan-kawan ibu nak datang, jadi Yukyung tahukan Yukyung patut buat apa?"

     Tahu, berkurung dalam bilik. Dan jangan sampai kawan-kawan ibu tahu Yukyung wujud di dalam rumah ini.

     Ibu malu ada anak seperti aku, dia tak mahu aku berkelakuan pelik di hadapan kawan-kawannya. Seperti.. bercakap seorang diri, ketawa tanpa sebab dan sebagainya.

     Jatuh reputasinya sebagai wanita berkerjaya.

     Dari dahulu lagi ibu tak pernah kenalkan aku kepada kawan-kawannya. Kawan-kawan ibu cuma tahu ibu ada anak bernama Yoon, kawan-kawan ibu tak tahu ibu ada anak bernama Yukyung.

     Dia malu, sebab Yoon anak yang normal.

     Yukyung gila, Yukyung memalukan.

     "Sampai bila Yukyung perlu buat macam tu?", tanya aku, setelah lama hidup, ini kali pertama aku mempertikaikan permintaan ibu.

     "Yukyung tahukan Yukyung tu-"

     "Yukyung apa? Yukyung gila?"

     Ibu diam, aku tahu ibu cuba menahan amarahnya.

     "Sekarang Yukyung nak buat apa? nak berjumpa dengan kawan-kawan ibu? nak malukan ibu depan diorang?", tanya ibu tegas. Aku menentang mata ibu dengan berani, aku tak sanggup diperlakukan ibu sebegini. Aku tak mahu kelihatan teruk di hadapan ibu.

     "Kalau Yukyung gila, Yukyung dah lama bunuh ibu"

     "Yukyung jangan kurang ajar"

     "Siapa yang ajar Yukyung kurang ajar? bukan ibu?"

     Pang!

     "Sebelum ibu hilang sabar, lebih baik Yukyung masuk bilik sekarang"

     Rasa sakit dipipi tak sehebat rasa sakit dihati. Aku kembali melangkah menaiki tangga. Terbawa-bawa dengan perasaan sedih sehingga aku sendiri tak sedar aku sudah berada di hadapan bilik.

     Pintu bilik dibuka, wajah seseorang yang sedap berbaring di atas katil menjadi tatapan aku.

     "Kau bergaduh dengan mak kau lagi?"

     "Hm..", aku melangkah ke atas katil. Hujung katil aku duduki, wajah Min Yoongi yang seakan faham dengan apa yang aku rasa sekarang aku pandang kosong.

     "Sampai bila ibu nak buat aku macam ni?"

     "Janganlah sedih..", sejurus itu Min Yoongi menarik aku untuk berada di sebelahnya. Tubuh aku ditolak untuk berbaring bersama dengannya. Entah kenapa Min Yoongi pada hari ini menjadi sangat romantik.

     Aku menyukainya.

     "Kau tahukan.. aku tetap di sini, tetap ada untuk kau?", bisik Min Yoongi. Aku dan dia saling berpelukan di atas katil. Tangannya perlahan-lahan mengusap pipi aku lembut.

     "Tahu"

     "Tak ada sesiapa berani pisahkan kau dan aku, tak ada sesiapa. Aku suka kau, kau tahukan?", tanya Min Yoongi lagi. Tubuh aku dipeluknya erat, ubun-ubun kepala aku dikucup Min Yoongi berulang-kali.

     "Aku tahu, aku pun suka kau juga"

[C] Bidadara [MYG]Where stories live. Discover now