Buka sahaja mata, aku dikejutkan dengan bauan ubat, bunyi mesin dan suara riang seseorang.
Suara lelaki.
"Hoi, Choi Yukyung busuk!"
Mata yang masih belum bersedia dengan cahaya yang memancar membuatkan aku menutup mata semula. Aku sudah boleh mengagak suara siapakah yang berada di samping aku sekarang. Cuma soalan aku sekarang ialah, di mana aku sekarang dan bagaimana dia boleh berada di sini?
"Aku dekat mana ni?"
"Dekat hati aku, hekhek tak adalah. Kau dekat wad sekarang, semalam kau pengsan", terang Huening. Aku cuba bangun, dan tangan Huening tangkas membantu aku untuk duduk.
Sentuhannya nyata, panas. Tidak seperti Min Yoongi, sentuhan seakan angin, sentuhan yang tak terasa sentuhannya.
"Kau lapar Yukyung? aku ada bawak bubur untuk kau", suara Huening kembali menyapa gegendang telinga aku.
Sambil itu fikiran aku terlintas pada hal semalam, agaknya.. Huening tahu apa yang terjadi semalam?
Aku harap tidak.
"Woi, nganga", suara Huening memecahkan lamunan aku. Mata aku tertumpu pada sudu berisikan bubur yang disua oleh Huening. Sudu itu aku pegang, namun Huening terlebih dahulu menampar tangan aku kuat.
Tak apa tuan puteri, biar saya tolong suapkan bubur ni untuk tuan puteri"
"Tak payah, aku ada tangan-"
"Ei, kenapa degil sangat tuan puteri ni?", Huening tanpa rasa bersalah menyumbat sudu itu ke dalam mulut aku. Aku menepis tangannya, wajahnya aku renung tajam.
"Kau tak penat ke kacau aku?"
"Tak penat, sebab kau tenaga aku"
Sengihan Huening dibalas jelingan oleh aku. Dia mahu menyumbat sudu itu ke dalam mulut aku lagi, namun terhenti saat ibu melangkah masuk ke dalam wad ini.
"Eo, selamat pagi Puan", Huening menunduk hormat kearah ibu, dan dibalas senyuman lebar oleh ibu. Mata ibu melirik kearah aku, lalu memandang kearah Huening semula.
"Terima kasih sebab tolong jaga Yukyung, boleh bagi ruang untuk makcik bercakap dengan Yukyung?", pinta ibu. Huening mengangguk kecil, dia perlahan-lahan melangkah keluar dari wad ini. Sempat juga matanya melirik kearah aku.
Kini, hanya ada aku dan ibu.
Itu petanda yang tak baik.
Bekas bubur yang ada di tepi katil aku ambil, lalu dikacau. Cuba mengelak tatapan ibu.
"Yukyung.. sengaja cabar ibu ye?"
Soalan itu membuatkan tangan aku berhenti menggaul bubur. Mata aku kekal memerhatikan bubur itu, sayu. Tak betah langsung untuk memandang ibu.
"Yukyung tak pernah fikir macam tu pun"
"Jadi apa Yukyung buat semalam? dah puas sangat hidup? Yukyung, tolonglah berhenti malukan ibu, tak boleh ke-"
"Ibu fikir malu ibu je? ibu tak fikir pula perasaan Yukyung? ibu tak fikir pula macam mana Yukyung terpaksa hadap semua benda ni?"
"Semua benda apa? semua perangai gila Yukyung, itu ke? ibu tak faham dengan Yukyung ni, kenapa Yukyung terbawa-bawa sangat dengan perangai gila tu? apa lagi yang tak cukup, I give you everything, Yukyung"
"Apa guna kekayaan yang ibu bagi tu, apa guna? Ibu malu ada anak macam Yukyung, anak yang gila macam Yukyung. Ibu sanggup sembunyikan Yukyung dari pengetahuan kawan-kawan ibu. Where's the love? you don't give me everything "
Ibu membisu, hanya memandang dinding dengan wajah yang tegang.
"Sudahlah ibu, kalau ibu datang sini hanya untuk bergaduh dengan Yukyung. You better go , duduk rumah, berehat dan jaga Yoon. Yukyung nak berehat, banyak lagi benda gila yang Yukyung nak fikirkan", aku perlahan-lahan berbaring di atas katil. Tubuh membelakangkan ibu, air mata yang cuba ditahan akhirnya merembes.
Mendengarkan pintu dibuka, membuatkan aku tahu bahawa ibu telahpun keluar dari wad ini, cadar katil wad itu aku genggam kuat.
"Yoongi, awak dekat mana?"