"Ciapa lambat, dia anak beruk!"
Kanak-kanak, pantang dicabar. Mendengarkan sahaja panggilan itu, bertempiaran kanak-kanak riang itu lari, seakan lari meninggalkan segalanya.
Mereka berlari sehingga ke bucu katil Yukyung, katil Yukyung dipanjat lalu dilompat beramai-ramai. Ketawa besar gadis kecil bernama Yukyung itu, suka dia bermain dengan kawan-kawan baru.
"Jom main sorok-sorok!"
"Nak!", sahut Yukyung. Tanpa diarah gadis kecil itu mula menutup mata, wajahnya bersandar pada dinding.
"Catuuu"
"Duaaaa"
"Tigaaaa!", Yukyung berpusing. Senyumannya perlahan-lahan memudar.
"Korang?"
Sunyi sepi bilik itu.
Pandainya kawan-kawan Yukyung menyorok.
"Kawan-kawannn, korang pergi mana?", Yukyung mencari setiap penjuru bilik tidurnya. Tak ada, mungkin ada di ruang tamu.
"Kita nak pergi dekat ibu kitalah, habishlah korang", ujar gadis kecil itu lalu bergegas keluar meninggalkan kamar tidurnya. Dia menghampiri ibu yang sibuk membuat hidangan tengahari. Betis ibu yang hampir sama dengan ketinggiannya itu dipeluk, membuatkan ibunya ketawa kecil.
"Kenapa sayang?"
"Ibu nampak tak kawan Yukyung?"
Khali sejenak.
Ibu mengangkat gadis kecilnya. Pipi tembam Yukyung diusap perlahan, riak risau terpamer di wajahnya.
"Kawan Yukyung?"
"Alahhh kawan Yukyunglahh, ada Yoongi, ada Jecika, Cujae, Hoya.. ibu nampak tak?"
"Anak patung Yukyung?"
"Taklahhhh, kawan Yukyung bukan anak patung!", bentak Yukyung. Pipi comelnya mengembung drastik, wajahnya menampilkan riak merajuk.
"Jom kita cari kawan Yukyung dalam bilik", balas ibu dengan wajah yang was-was. Mereka bersama-sama menaiki tangga menuju ke bilik Yukyung, tangan Yukyung digenggam kemas.
Krek-
"Yukyung, awak pergi mana tadi? kitorang tunggu lama tau!", jerit salah satu kawannya. Mereka sudahpun duduk di atas lantai, bersedia untuk bermain kad. Yukyung tersengih, tangan ibunya dilepaskan.
"Jom main!", ujar Yukyung. Dia berlari kearah mereka, tangannya mencapai kad. Mereka mula bermain bersama-sama.
"Yoongi main tipu!"
"Tak"
"Yukyung!"
Serentak itu, mereka semua menoleh kearah ibu. Air mata ibu yang mula mengalir deras itu membuatkan Yukyung berdiri.
"Kenapa.. ibu menangish?"
"Yukyung..", ibu menghampiri Yukyung. Bahu Yukyung digenggamnya kuat.
"Tolong sedar Yukyung.. tak ada sesiapa dekat sini..", ujar ibu antara dengar tak dengar. Air muka Yukyung perlahan-lahan berubah, tangan ibunya ditepis kasar.
"Ibu tipu Yukyung! ibu tak nampak ke? ini cemua kawan Yukyung-"
Serentak itu Yukyung berpusing kearah kawan-kawannya.
Malang sekali.
Kosong, Yukyung memerhatikan sekeliling, tak ada sesiapa di situ. Hanya ada Yukyung dan ibunya.
"Mana kawan-kawan Yukyung?", tanya Yukyung. Matanya tercari-cari kelibat kawan-kawannya, mana tahu mahu menyorok lagi.
"Yukyung.. tak ada.. tak ada sesiapa dekat sini.."
"IBU TIPU!"
Pang!
"SUDAHLAH YUKYUNG. AKU DAH PENAT DENGAN OTAK GILA KAU. AKU MENYESAL KAHWIN DENGAN AYAH KAU, FAHAM!? KALAU AKU TAHU DIA TU GILA, AKU TAK AKAN KAHWIN DENGAN DIA, DAN TAK AKAN DAPAT ANAK GILA MACAM KAU!"
Yukyung yang terduduk di atas lantai, beserta pipinya yang pedih ditampar hanya kekal membatu. Air matanya mengalir. Melihatkan ibunya yang mula menutup tingkap dan mengunci bilik itu dari luar.
Dia tahu, ibu akan mengurung dirinya.
Ibu.. malu mempunyai anak sepertinya.
"Yukyung"
Spontan aku menoleh, wajah dingin Yoongi menjadi tatapan aku.
"Yoongi.. kau, kau tak balik lagi?"
"Tak"
Aku mengangguk faham, mata aku hanya fokus pada visual milik Yoongi. Dia terlihat seperti memerhatikan setiap sudut dekorasi bilik ini, mungkin kerana aku baru sahaja mengemas dan mengubah kedudukan barang di bilik ini, jadi itu kelihatan agak baru pada Min Yoongi.
"Hei, apa ni?", Yoongi mencapai sesuatu, tidak terlalu lambat untuk mata aku mengesan sebuah kotak merah yang berada di tangannya.
Tidak..
Itu kotak yang dipenuhi surat cinta aku kepada Yoongi.
"Yoongi! jangan!"
"Yukyung.. yah!"
Buk!
Sakit.
Aku perlahan-lahan membuka mata. Jeritan halus terpacul dibibir tatkala sekujur tubuh Min Yoongi menghempap tubuh aku. Matanya yang kecil itu membulat besar, bergerak-gerak melihat setiap sudut wajah milik aku.
Mungkin ini kedengaran gila, tapi pada ketika ini aku mula berimaginasi bahawa aku sedang menolak tubuhnya dan berada di atas, bibirnya itu kucium rakus sehingga tiada siapa di antara kami ingin memutuskan ciuman hangat itu.
Namun, aku sudah mengetahuinya dari dulu lagi.
Min Yoongi tak pernah wujud di dunia ini.
Tak pernah.
Min Yoongi perlahan-lahan hilang bak asap yang berterbangan. Apabila aku mula menyedari bahawa aku berada di dunia realiti, di dunia nyata. Air mata yang tersimpan elok tidak dapat dibendung lagi.
Aku tak mampu untuk memusnahkan watak Min Yoongi, watak yang aku reka sendiri, watak yang hanya aku seorang sahaja yang mampu melihatnya, berbual dengannya.
Kerana dia adalah sebab untuk aku kekal di dunia ini.
![[C] Bidadara [MYG]](https://img.wattpad.com/cover/181145853-64-k716018.jpg)