7: Kill it

30 8 2
                                    

     "Aku suka kau juga"

     Dada yang tak berhenti berdebar aku sentuh. Aku mengigit bibir, senyuman yang sejak dari tadi ditahan akhirnya terlepas. Aku terlalu gembira hari ini.

     Aku tak salah dengarkan semalam?

     Min Yoongi sukakan aku? jadi perasaan aku selama ini tak bertepuk sebelah tangan?

     Bahagianya perasaan ini.

     "Hoi, Choi Yukyung busuk!", hinaan seseorang membuatkan aku berpaling. Senyuman aku terus sahaja hilang saat melihat wajah yang elok tersengih lebar itu.

     Triple eyelid, Hueningkai.

     "Kenapa senyum sorang-sorang ni, macam orang gila tau tak?", ejek Hueningkai. Dia selamba sahaja duduk di atas meja aku, tangannya diseluk ke dalam poket.

     "Kau ada sesuatu nak kongsi dengan aku? benda syok jangan simpan sorang-sorang", Hueningkai mengangkat keningnya. Dia ketawa kecil melihat reaksi aku yang sememangnya tak suka dengan kehadiran dia di meja ini.

     "Tak ada"

     "Betul tak ada? muka macam bahagia tak akan tak ada?", ujar dia dengan senyuman lebar. Matanya menatap aku lama, lembut sahaja pandangannya.

     Namun itu tak akan membuatkan perasaan aku terhadap Min Yoongi berkurang walaupun sedikit.

     "Kalau ada pun, kau tak penting untuk aku bagitahu"

     "Kenapa tidak? aku kekasih kau", Huening ketawa selepas itu. Gurauan bodoh dari Hueningkai membuatkan aku meluat. Laju sahaja aku beredar keluar dari kelas. Serabut aku dengan perangai dia, menyakitkan hati.

     "Oi, baru usik dah cair ke?", Hueningkai masih setia mengganggu aku. Kaki dia yang panjang memudahkan dia untuk mengejar aku. Lengannya menyambar bahu aku, lalu menarik aku kearah kantin.

     "Ei, lepaslah Huening! aku nak pergi tandas-"

     "Shh..", arahan dari Hueningkai membuatkan aku membentak geram. Dia menghampiri semak tebal yang ada di belakang kantin. Aku tak boleh lari ke mana-mana, sebab lengannya masih setia tersangkut dibahu aku.

     "Weh, siapa yang buat ni?"

     Hueningkai laju menghampiri bangkai seekor anak kucing yang sudah terbaring kaku disebalik semak itu. Isi di dalam perut anak kucing itu telah terkeluar dari tubuhnya, seperti dirobek-robek. Dua biji mata anak kucing itu sudah terpisah dari kantungnya. Hueningkai memandang bangkai anak kucing itu lama. Liurnya ditelan payah.

     "Siapa yang kejam sangat sampai sanggup bunuh anak kucing ni?", soal Huening. Dia memandang aku, keluhan terlepas dibibirnya.

     "Yukyung, tolong aku tanam anak kucing ni, nak?", tanya Hueningkai. Aku menggeleng laju, kaki aku setapak ke belakang. Tangan Hueningkai yang cuba menyentuh aku ditepis kuat.

     "Aku nak pergi tandas, tak tahan", alasan yang aku rasakan logik. Aku pantas meninggalkan Hueningkai di situ. Gila, ajak aku tanam bangkai kucing.

     "Yukyung..", panggilan Huening menjadi perlahan. Matanya setia melihat Yukyung yang mula menjauh. Dia mengeluarkan telefonnya, video yang dirakam sebentar tadi diulang tayang.

     "Meow.."

     "Min Yoongi suka aku.."

     Tubuh anak kucing itu diusap perlahan, tangan Yukyung mengeluarkan sebilah pisau. Tanpa amaran, perut anak kucing itu dirobek oleh Yukyung, menggeletar anak kucing itu menahan kesakitan, darah terpercik keluar dari tubuhnya. Namun Yukyung langsung tak ada tanda-tanda untuk melepaskan anak kucing itu. Dua biji mata anak kucing itu dicungkil oleh Yukyung pantas. Setelah selesai, Yukyung mengelap tangannya yang dilumuri darah. Air matanya mengalir deras.

     "Min Yoongi tak wujud, macam mana dia nak balas perasaan aku?", ujar Yukyung, lalu menyorokkan bangkai anak kucing itu disebalik semak.

     Itulah video yang dirakam oleh Huening pagi tadi. Pagi tadi dia datang awal, kerana dia tahu Yukyung memang sering datang awal ke sekolah.

     Akhir-akhir ini Huening kerap mengikuti Yukyung.

     Dan dia tak sangka Yukyung akan melakukan perkara seperti itu. Ngeri, Huening sendiri tak sanggup untuk melihatnya.

     "Aku tahu ini semua kerja kau. Aku sengaja nak uji", bisik Huening sendiri.

[C] Bidadara [MYG]Where stories live. Discover now