1: See ya

104 13 13
                                    

     "Kau ni kelakarlah", aku ketawa besar mendengarkan lawak yang diungkapkan oleh Min Yoongi. Setiap senyuman yang dihadiahkan, seakan sebuah kesyukuran kepada aku. Untungnya aku dapat melihat senyuman indahnya.

     Min Yoongi, tipikal orang yang susah untuk melemparkan senyuman, apatah lagi hilaian ketawa. Namun saat dia bersama aku, sifatnya berubah. Tak pernah sedetik pun senyumannya hilang dimata aku.

     Adakah dia menyukai aku?

     Tak, tak mungkin.

     "Yukyung, aku nak bagitahu kau sesuatu ni"

     "Apa dia?", tanya aku. Rambut aku Yoongi elus perlahan, bibirnya tersenyum nipis, dia membuatkan aku tak betah untuk menahan rasa yang tersimpan dikalbu. Tak tahu bagaimana cara untuk aku mengelak dari terus jatuh ke dalam tasik cinta yang terukir cantik nama Min Yoongi di dalamnya.

     Aku rasakan pipiku panas, seluruh badanku panas, I'm blushing.

     "Esok, aku tak boleh jumpa kau", ujar Min Yoongi. Serentak itu wajah aku seratus-peratus berubah mendung.

     "K- kenapa..?"

     "Aku kena pergi kerja, cuti aku dah habis"

     "Bila kau akan berjumpa dengan aku lagi?", tanya aku. Senyuman comel terukir di bibir Min Yoongi, wajahnya mendekat pada wajah aku. Hidung aku dicuitnya perlahan.

     "Jangan risau, mungkin seminggu lagi aku akan berjumpa dengan kau", ujar Min Yoongi, cuba meyakinkan aku. Dia bangkit dari duduk, wajahnya menunduk memandang aku, sementara wajah aku mendongak melihat dirinya.

     Sempurna, sempurna, dan sempurna. Itulah ungkapan yang sering bermain difikiran aku tatkala melihat seraup wajahnya.

     "Yukyung, tolong bukakan pintu untuk aku", pinta Min Yoongi. Aku mengangguk tanpa paksaan, pintu bilik itu aku buka lalu aku memberikan ruang untuk Min Yoongi keluar. Dia melambaikan tangan kepada aku, dan aku membalasnya.

     "Jumpa nanti, Yukyung"

     "Jumpa nanti, Min Yoongi"

     Aku ketawa kecil melihat senyuman manisnya itu. Tak pernah sekalipun dia berhenti melemaskan aku dengan keindahan wajahnya.

     "Kau balik cepat-cepat tau!"

     "Aku akan usahakannya!"

     Setelah Min Yoongi turun ke bawah menggunakan tangga. Aku menghembuskan nafas berat. Hati yang masih berdebar tak tentu hala diusap perlahan.

     "Akak..", suara halus seseorang membuatkan aku berpaling, mata aku tertancap pada seorang anak gadis kecil berambut tocang dua yang juga turut memandang aku.

     Dia adik aku, Yoon.

     "Ye, sayang. Kenapa?", tanya aku. Namun wajahnya langsung tak memberikan tanda bahawa dia akan membalas soalan aku dengan segera. Riak wajahnya yang ketakutan membuatkan aku hairan.

     "Kenapa pandang kakak macam tu?", tanya aku kepada Yoon yang masih berumur 3 tahun itu. Dia memeluk patung beruangnya erat, badannya menggeletar, kakinya perlahan-lahan melangkah ke belakang, seakan menjauhkan dirinya dari aku. Mata bulat itu mula ditimbuni dengan air mata.

     "Ibu..", rengek Yoon lalu turun ke bawah. Langkahnya yang terkedek-kedek menyukarkan dia untuk turun ke bawah dengan pantas.

     Kenapa Yoon menangis? apa aku melakukan sesuatu terhadapnya?

     Rasanya tiada.

[C] Bidadara [MYG]Where stories live. Discover now