19: I can fly

31 6 0
                                    

     Tok tok!

     "Sekejap ye..", Puan Choi tergopoh-gapah menghampiri pintu. Pintu rumah dibuka, lalu terpampanglah wajah Huening bersama dengan seorang doktor di sebelahnya.

     "Selamat tengah hari, puan", Huening menunduk hormat kearah Puan Choi. Sementara lelaki yang ada disebelahnya hanya tersenyum nipis.

     "Kamu.. Huening, kan?", tanya Puan Choi. Huening mengangguk, wajah lelaki disebelahnya dilihat sekilas, lalu Huening menoleh kearah Puan Choi semula.

     "Ini ayah saya, pakar therapist "

🌹

     "Puan, saya sarankan puan untuk benarkan Yukyung buat rawatan", ujar ayah Huening. Puan Choi bersandar di atas sofanya, dia berpura-pura ketawa.

     "Maafkan saya, tapi.. Yukyung tu bukannya gila. Dia cuma suka minta perhatian", nafi Puan Choi. Huening dan ayahnya berpandangan sesama sendiri, sebelum Huening mengeluarkan telefon pintarnya.

     "Ini.. buktinya"

     "Meow.."

     "Min Yoongi suka aku.."

     Puan Choi menekup mulutnya.

     Apa yang Yukyung lakukan terhadap anak kucing itu membuatkan Puan Choi meremang.

     "Min Yoongi tak wujud, macam mana dia nak balas perasaan aku?"

     "Puan masih anggap hal ni remeh?", tanya Huening. Puan Choi mengalihkan pandangannya kearah lain, mindanya berperang antara satu sama lain.

     "Ini perkara berat, puan. Yukyung memerlukan rawatan secepat yang mungkin, membiarkan dia untuk sembuh sendiri itu tak akan pernah wujud. Kita yang perlu bantu dia", ujar ayah Huening pula.

     "Boleh saya tahu.. apa alasan puan untuk hal ini, kerana saya pasti puan ada alasan puan yang tersendiri"

     Kariernya, dia tak mahu kariernya terjejas disebabkan oleh Yukyung.

     "Tak.. saya tak ada alasan untuk itu", nafi Puan Choi. Ayah Huening mengangguk faham, dari riak wajah Puan Choi dia sudah tahu wanita itu menyembunyikan sesuatu. Namun dia hanyalah manusia biasa, dia hanya boleh meramal, yang tahu sepenuhnya hanyalah individu itu sendiri.

     "Apapun alasan puan, saya nak puan fikirkan semula. Anak ni.. harta kita. Jika terluka, rawatlah dia. Jika bahagia, bahagiakan lagi. Kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita, memberikan harta sahaja tak mencukupi. Perhatian dan masa juga perlu diambil kira", hujah ayah Huening. Mereka berdua mula berdiri, meminta izin untuk pulang.

     "Kami pergi dulu, terima kasih puan"

     Huening dan ayahnya mula melangkah untuk keluar. Namun baru sahaja beberapa langkah, Puan Choi memanggil mereka kembali

     "Adakah anak saya.. masih ada harapan?"

🌹


   "Yoongi.."

     "Hm.."

     Masing-masing kembali menyepi. Yoongi memandang aku, dan aku memandangnya juga. Terlalu banyak kami luangkan masa bersama.

     Aku tak tipu, aku bahagia.

     "Kau bahagia bersama aku?", tanya Yoongi.

     "Bahagia.."

     Wajahnya yang putih pucat itu, sungguh indah. Matanya yang terukir cantik, hidungnya yang terletak comel di situ. Besertakan bibirnya yang merah delima, indah. Deskripsi tentangmu belum tentu habis dalam masa sehari.

     Visualnya sempurna, bagiku hanya dirinya yang mampu menjadi seindah itu tanpa perlu berusaha lebih.

     Sangat tak bagus untuk jantungku, dia membuatkan jantungku bekerja dengan lebih keras.

     "Yukyung.."

     "Hm.."

     "Apa kata kau.. jika kita menggapai bintang sekarang?", tanya Min Yoongi. Aku mengerutkan dahi, bilik ini aku perhatikan senyap.

     Gelap gelita, kerana langsir yang tertutup rapat.

     "Tapi sekarang tak ada bintang, masih siang"

     "Apa kata kita.. duduk di matahari dahulu. Nanti malam, baru kita cari bintang", ujar Min Yoongi. Aku mengangguk setuju dengan jawapannya. Kakiku melangkah kearah langsir, langsir diselak ke tepi dan tingkap dibuka.

     Kami akan terbang ke sana!

     "Jom, Min Yoongi"

     "Jom, Choi Yukyung"

     Kami saling berpegangan tangan. Mata kami saling bertaut, di sana nanti. Alam semesta akan menjadi bukti cinta kami, mereka akan meraikan perkahwinan kami di sana. Aku akan mempunyai anak bersama Min Yoongi, hidup bersama Min Yoongi, sehingga akhir nafasku.

     "Yukyung!"

     Aku memusingkan wajah, kelihatan ibu, Huening dan seorang lelaki tua yang tidak aku kenali berada di hadapan pintu. Aku tersenyum manis kearah ibu.

     Ibu, Yoongi ajak Yukyung ke bintang.

     "Yukyung"

     Aku menoleh kearah Min Yoongi, tangan aku dikucupnya lama.

     "Yukyung.. jangan Yukyung. Ibu sayang Yukyung, tolong maafkan ibu"

     "Yukyung.. setapak ke belakang, jangan lakukan apa-apa"

     Suara-suara yang kedengaran di tepi telinga bergelora ibarat laut. Aku tak terlalu jelas dengan ayat-ayat mereka. Kerana fokusku hanya satu.

     Min Yoongi.

     "Sudikah kau menjadi isteriku, Choi Yukyung?"

     "Sudi.."

     Aku memandang ke hadapan semula, bersiap sedia untuk pindah ke alam semesta. Kaki kiriku dikeluarkan dari tingkap, dan aku mengeluarkan kaki kananku pula. Tanganku didepa, berharap agar aku bisa terbang.

     Aku akhirnya terbang.

[C] Bidadara [MYG]Where stories live. Discover now