"Yukyung-ahhh", Huening merapati aku. Tingkahlakunya itu sangat comel, malah kecomelannya itu mampu membuatkan banyak gadis tertarik. Malangnya, semakin dia mendekat, semakin aku benci melihatnya.
Bukan sahaja dia, bahkan semua yang aku lihat seakan serba tak kena. Ada sahaja perkara yang tak memuaskan hati. Contohnya tadi, sebelum berangkat ke sekolah, sempat aku menjerkah Yoon hanya kerana dia tersenyum kearah aku.
Aku terlalu letih untuk bergembira.
Malah aku terasa cemburu melihat orang yang mampu bergembira.
"Huening"
Gerak-geri Huening terhenti tatkala aku menahannya dengan sebelah tanganku.
"Tolong pergi, aku tak larat"
Huening spontan mengangkat sebelah keningnya. Hairan melihat mood aku yang tiba-tiba sahaja jatuh merudum. Aku fikir dia akan faham.
Tapi sebaliknya.
"Blerkkk, kisah apa aku. Aku nak kacau kau jugak", balas Huening. Dia bersiul senang, sambil itu tubuh badannya bergoyang kecil, mengikut rentak siulannya.
Kau sangat berani Huening.
Sangat berani..
"Yukyung busukkk"
"Huening, tolonglah"
"Kalau strawberry tak berbuah, jadi apa?", tanya Huening. Malangnya aku tidak menjawab soalan itu, jika ianya perkara bodoh, aku tak mahu mendengarinya.
"Jadi straw HAHAHAHA"
Bodoh, bodoh.
Aku berdiri, niat ingin beredar namun--
Tok!
"Argh.."
Aku mengusap kepalaku yang baru sahaja dibaling oleh sesuatu objek yang keras. Apabila mataku tertumpu kearah objek itu, kemarahan aku seakan tak dapat dibendung lagi.
Batu.
Suasana menjadi sunyi, sebelum suara seorang gadis bergema memecahkan kesunyian kelas itu.
"M-maafkan saya!"
Aku memusingkan kepala, hanya untuk melihat si bodoh yang datang menghampiri aku dengan permohonan maafnya. Apa memang tak ada permainan lain yang boleh di main selain batu?
Atau kau mahu aku membalasnya lebih dari itu?
"Saya tak sengaja.. tolong maafkan saya", dia menghampiri aku. Entah apa namanya, kerana selama aku hidup di dunia ini aku memang tak pernah bermimpi untuk mengingati nama budak-budak di dalam kelas ini. Aku mengingati nama Huening, hanya kerana dia kuat bercakap, heboh dan.. tak susah untuk orang mengenalinya.
"Biar saya bawa awak ke bilik rawatan"
Tak perlu susahkan diri, perempuan bodoh.
"Yukyung.. jom pergi ke bilik rawatan. Kepala kau berdarahlah", suara Huening pula menyapa. Bahu aku digenggam erat oleh Huening, cuba dia menampung badan aku yang mula terhuyung-hayang.
Pandanganku berpinar-pinar, namun dendam yang tersemat di dada membuatkan aku bersemangat. Bersemangat untuk memberikan balasan yang setimpalnya kepada gadis itu.
"Awak.. saya minta maaf sangat-sangat", rayu gadis itu. Namun permintaan maafnya seakan satu perkara yang sangat membebankan aku, entah kenapa aku merasakan gadis ini sedang mencerca aku. Permohonan maaf itu seakan satu penghinaan terhadap aku.
"Saya minta maaf.."
Bisinglah!
Aku tidak mengambil masa yang lama untuk merangkul batu yang ada di atas lantai tadi. Sekelip mata sahaja, tanganku naik di kepalanya dan..
Bush!
"Yukyung!", Huening menjauhkan aku dari gadis itu. Dapat aku lihat gadis itu sudah terkulai lemah di atas lantai. Seluruh murid di dalam kelas ini tergamam, memandang aku tak percaya.
Buat pertama kalinya, aku yang digelar gadis paling pendiam di dalam kelas ini, memukul rakan sekelas aku sendiri.
Aih, cepatnya tumbang, lembik.
"YUKYUNG, APA KAU DAH BUAT NI!", suara Huening buat pertama kalinya juga kedengaran kasar di pendengaran aku. Aku melihat betapa kuat nafas Huening dihembus, dia tak pernah semarah itu kepada aku, malah memarahi aku pun entah tidak.
Disebabkan gadis bodoh ini."YUKYUNG, KAU DAH GILA KE?!", bahuku ditolak kasar oleh Huening. Matanya kutatap tajam, dia juga begitu. Kami saling bertatapan mata sebelum suaraku bergema dengan lantang.
"MEMANG AKU GILA, APA KAU NAK BUAT?!"