"Lepaskan Yukyung! Yukyung nak keluar!", aku menjerit lantang. Sudah puas aku membuat pelbagai cara untuk melepaskan diri dari bilik tidur ini, namun semuanya berakhir dengan kegagalan.
Ibu betul-betul mengurung aku kali ini, seperti dia lakukan pada aku ketika aku kecil dahulu. Katanya ini untuk keselamatan aku dan orang sekeliling.
Keselamatan apanya?
"ARGHHHHHH", aku melepaskan frustasiku. Bilik ini mula bertukar menjadi satu dunia yang baru, dunia yang menakutkan, bilik ini yang tadinya terang-benderang menjadi gelap, hanya sebuah lampu putih tersuluh padaku.
"Hai, Yukyung"
"Hehe.."
"Apa semua ni..", aku menggigil kecil. Melihat apa yang berlaku di hadapanku.
Ada dua orang manusia di hadapanku, kedua-dua mereka mempunyai wajah yang seiras dengan aku. Cuma bezanya cara mereka mempersembahkan personaliti mereka.
Seorangnya berpakaian putih dan memberikan sebuah senyuman manis kepadaku.
Malah yang seorang lagi berpakaian hitam, koyak rabak dan senyumannya kelihatan jahat dimataku.
"Nak jumpa Min Yoongi tak?"
"Nak..", balasku tanpa ragu. Aku mula merasakan sentuhan dibahuku, apabila aku memusingkan tubuh ke belakang, wajah Min Yoongi yang indah menjadi tatapanku.
"Bidadaraku.."
"Iya, aku ada di sini", ujar Min Yoongi. Wajahku disentuhnya lembut, setiap sentuhannya menjadi tatapanku, tak sedetik pun sentuhan itu aku lepaskan.
Min Yoongi, aku betul-betul mahukan dirimu.
Aku mencapai sekotak cat warna dan sebuah berus yang aku simpan di bawah katil. Dinding putih bersih bilikku menjadi sasaran lakaranku.
Aku melakar kembali detik-detik di mana Min Yoongi memberikan sebuah sentuhan lembut di wajahku. Bermula di sebuah kertas, dan akhirnya aku zahirkan di dinding bilikku. Seperti biasa, agar aku dapat berimaginasi tentangnya lagi. Agar kenangan yang berlaku tidak terluput dimindaku.
Apa harus aku lakukan? aku betul-betul mencintainya.
Aku akan lakukan semuanya untuk bidadaraku.
Aku akan berikan duniaku buat bidadaraku.
Jika aku tak mampu menggapai bintang seorang diri, kita akan terbang dan menggapainya bersama-sama.
Cinta ini tak mampu diatasi lagi.
Aku telah terobsesi denganmu, bertanggungjawablah untuk itu.
"Ah..", aku menekup tanganku yang mula berdarah. Kerana tertusuk pisau yang entah dari mana muncul.
"Yukyung, cat merah dah habis"
"Baik.."
Aku memandang darah yang masih tak henti-henti membuak, renunganku lama namun penuh dengan buah fikiran. Aku tak tahu apa perlu aku lakukan sekarang.
Adakah aku gila?
Adakah aku sekadar ingin meminta perhatian, meminta simpati?
Jika begitu, kenapa tidak ada sesiapa yang datang untuk memberikan aku perhatian? kenapa aku dikurung di bilik ini? adakah aku satu ancaman buat setiap orang?
Air mataku tanpa sedar menitik ditanganku.
Lalu aku melekat tanganku yang berdarah itu di dinding. Digesek ke kiri dan ke kanan. Lalu sebuah karya yang teragung terpampang di hadapanku.
Karya terindah.
![](https://img.wattpad.com/cover/181145853-288-k716018.jpg)