Setiap lukisan yang ada di dalam bilik ini aku renung kosong.
Gilakah aku?
Jika ada sesiapa melihat aku berbual seorang diri, ketawa seorang diri, adakah mereka akan memanggil aku gila? adakah mereka akan bersimpati dengan diri aku?
Atau mereka akan menghina aku?
Min Yoongi, ialah sebuah watak yang tercipta di dalam dunia imaginasi aku sejak aku kecil.
Aku menciptanya.
Aku mencipta pelbagai watak. Yoongi, Jessica, Sujae dan Hoya. Namun semakin aku membesar, semua watak itu sedikit demi sedikit musnah, kerana aku tak mahu menyimpannya lagi.
Tapi Min Yoongi?
Aku sangat mencintai watak itu, sehingga aku sendiri tak mampu untuk memusnahkannya.
Jika aku terlalu bosan dengan dunia ini, watak Min Yoongi akan muncul. Kata-kata yang terpacul dibibirnya, emosinya, riak wajahnya. Betul-betul membuatkan aku bersemangat semula.
Pada mulanya aku gembira.
Namun perkara ini berlanjutan, sehingga aku sendiri tak mampu untuk membezakan mana satu khayalan dan realiti.
Tipu jika aku tak takut pada mulanya. Tipu jika aku tak menangis melihat Min Yoongi yang ada di mana-mana, dia seakan menghantui hidup aku. Aku tidak hidup dengan normal, aku mungkin gila.
Tapi selepas itu.
Aku mula menyukainya.
Aku suka bersama dengan Min Yoongi.
Aku.. betul-betul mencintai dirinya.
"Min Yoongi.."
Lukisan-lukisan yang menutupi dinding bilik ini hanya dipenuhi dengan lakaran wajah milik Min Yoongi. Aku melukis wajahnya agar aku tidak terlupa untuk berimaginasi tentang dirinya, wajahnya, gayanya, pandangan dinginnya.
Semua kesempurnaan Min Yoongi dizahirkan di dalam setiap satu lukisan dibilik ini.
Aku gila dengan watak yang aku cipta sendiri.
Aku gilakan Min Yoongi.
"Choi Yukyung"
"Hm..", gumam aku. Mata aku tetap setia meneliti lukisan-lukisan yang berada di dinding. Yoongi yang berada di belakang tidak aku toleh.
"Kau suka aku tak, Yukyung?"
"Hah?", aku spontan berpusing kearah Min Yoongi. Wajahnya yang polos menanti jawapan, sedikit-sebanyak membuatkan aku geram.
"Tak, perasan"
"Jangan tipu aku"
"Aku tak tipu, kau tu dahlah tak kacak, jambu"
"Jangan tipu aku, Yukyung"
Aku mengalihkan pandangan kearah lukisan semula, hembusan nafas aku hembus.
"Aku tak tipulah. Aku kenal kau sejak kecil lagi Yoongi. Takkanlah aku nak rosakkan hubungan persahabatan kita dengan perasaan macam-"
"Aku suka kau juga"
