3: Partner

57 9 1
                                    

     "Kamu semua boleh pilih pasangan masing-masing, sekarang!", arahan daripada cikgu pendidikan jasmani membuatkan semua pelajar di padang ini mula berlari-lari anak mencari sahabat mereka untuk dijadikan pasangan.

     Kecuali aku, hanya tetap statik berdiri memandang keriuhan mereka, gelak tawa mereka.

     Aku.. tak ada kawan untuk dijadikan pasangan.

     Kerana aku tak tahu bagaimana untuk berkawan dengan mereka.

     Aku tak sama seperti mereka.

     Setiap pemikiran aku akan disertakan dengan metafora, personifikasi dan kronologi.

     Kaum hawa memang dianggap sebagai kaum yang rumit, overthinking.

     Tapi aku ini, mungkin mempunyai 88+XX pasang kromosom. Kerana aku, lebih rumit dari seorang wanita.

     Aku sangat rumit, orang yang mengenali aku akan memikirkan aku pelik.

     Disebabkan itu aku tidak mempunyai rakan.

     Cuma, Min Yoongi.. yang sudi untuk berkawan dengan aku.

     Jadi aku perlu bersyukur mempunyai rakan sepertinya, walaupun perasaan aku terhadap Min Yoongi bukanlah sekadar seorang rakan.. tapi cuba bayangkan, jika aku meluahkan perasaan ini kepada dia, dan dia menolaknya. Kemungkinan hubungan persahabatan kami tidak lagi semesra dulu, dan setiap perbualan kami akan diakhiri dengan kejanggalan.

     Aku tak mahu perasaan bodoh ini membina dinding antara aku dan Min Yoongi. Jadi aku perlulah menetapkan prinsip sedar diri. Jika Min Yoongi tak mahu berkawan dengan aku lagi, disebabkan oleh perasaan ini. Siapa lagi akan berkawan dengan aku?

     Sedar diri.

     "Choi Yukyung", suara garau seseorang memecahkan khayalan aku. Aku menoleh ke belakang, imej seorang lelaki menjadi tatapan aku.

     "Ya?"

     "Kau.. nak tak jadi, pasangan aku?", tanya lelaki itu, teragak-agak. Mata kami saling bertembung. Aku, aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang, kerana fikiran aku 60 peratusnya hanyalah tentang Min Yoongi.

     Betapa obsesnya aku dengan seorang lelaki bernama Min Yoongi.

     Aku baru sedar akan itu.

     Gilakah aku?

     Patutkah aku ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara? atas sebab terobsesi dengan seorang lelaki?

     "Hello..?", khayalan aku sekali lagi dipecahkan oleh lelaki ini. Aku meneliti wajahnya sekali lagi.

     Hueningkai, dia ini ialah salah seorang pelajar dari kelas aku, tapi aku tak pernah langsung berbual dengannya. Kerana aku berada di sekolah ini dengan dunia aku sendiri, aku menjaga hal aku sendiri. Aku tak tahu siapa kingka atau queenka di sekolah ini, aku tak tahu gosip percintaan sesiapa di sekolah ini, aku tak tahu siapa top student di sekolah ini.

     Aku tak tahu apa-apa.

     Memang sepatutnya aku dipanggil pelik.

     "Berhenti tenung aku dan jawab pertanyaan aku sekarang", ujar Huening.

     "Aku tak kisah, aku pun tak ada pasangan sekarang"

     "Tengok perangai pun dah tahu..", bisik lelaki itu. Dia dengan beraninya melingkarkan lengannya dibahu aku. Cuba aku menolak, tapi apakan daya, kekuatan seorang lelaki bukanlah permainan aku.

     Setelah berhempas-pulas menolak lengan Huening dari terus bersandar dibahu aku, akhirnya aku mengalah. Aku redha, namun perbuatan peliknya tidak terhenti di situ, dia sengaja berjalan seperti orang mabuk, dan aku yang berada di dalam lengannya pastilah akan terikut dengan pergerakannya.

     "Berhenti lelaki tak guna", utar aku. Lelaki ini hanya tertawa kecil, dengan kesempatan itu pandanganku teralih kearah matanya.

     Lipatan mata dia ada tiga? atau aku yang salah lihat?

     "Disebabkan aku dulu yang ajak kau jadi pasangan aku, aku nak bagi nama untuk kumpulan ni"

     "Buatlah apa yang kau mahu", ujar aku. Mata aku spontan berguling ke atas, perangai selamba lelaki ini.. sangat merimaskan aku.

     Tak sama macam Min Yoongi.

     "Okay.. aku nak namakan kumpulan ni, Strawberry. Amacam?", cadang dia. Wajah aku yang menatap kearah lain ditarik oleh Huening, dia memaksa aku untuk menatap wajahnya, keningnya terangkat beberapa kali, meminta persetujuan daripada aku.

     "Tak sedap"

     "Alah..", rungut dia. Dagunya diurut beberapa kali, selepas itu dia memetik jari di hadapan aku.

     "Cherry?"

     "Buruk"

     "Kau jelah yang bagi nama kalau macam tu", ujar dia bengang. Wajahnya memonyok di hadapan aku, dia.. sangat berusaha untuk membuatkan aku sedar akan sisi comelnya. Serius? baru sahaja berkenalan sudah berperangai sebegini?

     Aku sudah berputus asa dengan lelaki ini, nafas berat dihembus. Lengannya yang masih melingkar dibahu aku tolak kuat, dan kali ini lingkaran itu terlepas. Beban yang ada dibahu seakan hilang secara tiba-tiba.

     "Min Yoongi"

     "Hah?"

     "Aku nak namakan kumpulan ni, Min Yoongi"

[C] Bidadara [MYG]Where stories live. Discover now