"Yukyung.."
Suara-suara disekeliling memanggil-manggil namaku. Namun aku tak mampu membuka mata, berat sekali.
Adakah aku tidak bernyawa lagi?
"Ini sebab kesan ubat penenang, dia akan sedar sepenuhnya nanti", ujar seseorang, dan aku pasti dia ialah doktor yang telah memberikan aku ubat penenang ketika aku meronta tadi.
Meronta, tadi.
"MEMANG AKU GILA, APA KAU NAK BUAT?!"
"Yukyung.."
"NAK HANTAR AKU PERGI HOSPITAL GILA?! SILAKAN!", jerit aku lantang. Namun selepas itu aku terus sahaja terjatuh ke lantai, kepalaku pitam sehingga semua benda menjadi gelap.
Sebaik sahaja aku sedar, aku sudah berada di hospital. Dan kebetulan Huening berada di sebelahku, tersenyum kelat.
"Awak okay?"
Jangan berpura-pura baik.
Lalu aku mencekiknya, jururawat-jururawat yang ada di situ mula cemas. Malah ada yang menarik aku dari terus mencekiknya.
"Adik, berhenti!"
Aku mencekiknya dengan lebih ghairah. Wajahnya yang kesakitan aku tenung dengan senyuman riang.
Sehinggalah wajahnya berubah menjadi seseorang yang tidak aku kenali.
Dia, bukan Huening.
"Doktor, tolong! dia cekik jururawat Seoni!"
Aku spontan melepaskan tanganku dari lehernya. Lalu tubuhku ditolak kasar ke atas katil. Baju dibahagian lenganku diselak ke atas, sebelum sebuah jarum ditusuk ke dalam uratku, dan melepaskan cairan yang membuatkan aku perlahan-lahan menjadi lemah.
Lalu aku menutup mataku kembali.
"Air..", bisikku perlahan. Mataku juga sudah boleh dibuka, namun separuh sahaja, kerana kesan ubatnya masih terasa.
"Ambil air"
Terasa kepalaku diangkat perlahan, bibirku bersentuhan dengan gigi cawan, lalu aku meneguk perlahan air yang ada di dalamnya, dengan bantuan seorang jururawat.
"Adik okay?", tanya doktor tadi. Aku memandang tajam kearahnya, walaupun aku mahu menikamnya dengan apa-apa yang ada di sini, namun kerana aku terlalu penat, aku biarkan dulu niatku.
"Ibu adik ada dekat luar, kami keluar dulu ye", ujar doktor itu. Mereka beramai-ramai melangkah keluar dari wad itu. Tak sampai beberapa saat, aku melihat ibu muncul, meluru laju kearahku.
"Ibu.."
Pang!
Wajahku terteleng ke tepi, aku hanya mampu mengemam bibir. Menahan diriku dari mengeluarkan sebarang reaksi.
"Puas Yukyung? puas?!", marah ibu. Bajunya yang segak bak orang kaya aku pandang kosong.
Tolong..
Banyak perkara ingin aku luahkan, namun aku tak mampu. Aku tak tahu di mana perlu aku mulakan, di mana perlu aku noktahkan.
Tolong, sesiapa tolong aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/181145853-288-k716018.jpg)