Tolong..
"Ah..", tangan yang berbalut aku sentuh perlahan. Tekakku kering, kerana tidak menerima apa-apa air minuman sejak semalam.
Krek..
"Kakak..", suara kecil seseorang membuatkan aku berpaling. Wajah Yoon yang jelas terkejut menghampiri aku.
"Kenapa tangan kakak berbalut, siapa yang buat?", ujar anak kecil itu polos. Dia meletakkan pinggan berisi makanan dan secawan air susu sejuk di atas meja belajar. Tubuh kakaknya dipeluk erat.
"Kakak pergilah mandi, nanti busuk"
Oh, adikku.
Aku menolak tubuhnya jauh dariku. Aku tak mahu hilang kawalan dan mencederakannya, kerana aku ialah satu ancaman buatnya. Ancaman yang tidak disedari oleh anak kecil ini.
"Terima kasih Yoon"
"Nanti makan tau. Lepas tu, jangan bagitahu ibu, Yoon datang sini. Nanti ibu marah Yoon", arah Yoon. Aku mengangguk, dahinya aku usap lalu tubuhnya perlahan-lahan menjauhi aku. Dia melambaikan tangan kepadaku, lalu menutup pintu itu semula.
Dapatku dengar bunyi mangga dikunci dari luar. Dan aku boleh mengagak Yoon mengambil kunci mangga itu tanpa pengetahuan ibu.
Aku menoleh kearah meja belajar, Yoongi yang sudah bersiap-sedia di situ aku pandang dengan sebuah senyuman.
"Kau nak makan dengan aku, Yoongi?"
"Tak", ujar Yoongi lancar. Dia memandangku lama, sebelum mengucapkan sesuatu padaku.
"Pergi mandi dulu", arah Yoongi. Aku mengangguk, kakiku perlahan-lahan menghampiri bilik air yang ada di dalam bilik tidurku. Lalu aku melakukan apa yang diarah oleh Min Yoongi, iaitu mandi.
🌹
"Yoon..?", Puan Choi mencari Yoon diruang tamu. Sekejap tadi dia tidur dibiliknya, ketika dia ingin melawat Yoon dibilik tidur, Yoon tiada.
"Ye ibu?", Yoon keluar dari tempat persembunyiannya, di belakang sofa. Cuba berpura-pura seperti dia bermain di situ, agar tidak disyaki oleh ibunya.
"Kenapa tak tidur lagi? dah malam ni", pesan Puan Choi. Tubuh Yoon didukungnya, lalu dibawa ke bilik.
"Tidur, jangan main", arah Puan Choi. Dia melangkah keluar dari bilik tidur Yoon, pintu bilik Yoon ditutupnya.
Apabila Puan Choi ingin melangkah ke biliknya semula, matanya tanpa sengaja teralih pada bilik Yukyung.
Dia meneruskan langkah ke biliknya. Laci meja soleknya dibuka, ingin mencari kunci bilik tidur Yukyung.
Namun tiada.
Puan Choi mulai resah, tangannya tak henti-henti mencari di mana kunci itu berada.
Buat seketika, Puan Choi terdiam.
"Yoon.."
Puan Choi laju melangkah keluar dari biliknya. Bilik tidur Yoon diserbu.
"Yoon!"
"Em.. ye?", Yoon bangun dari tidurnya. Wajah ibunya dipandang takut-takut.
"Yoon masuk bilik kakak ye?"
"Mana ada", tipu Yoon. Dia turun dari katilnya, pandangan tajam ibunya dipandang risau.
"Yoon tak masuk dalam bilik kakak pun"
"Yoon tak tipu ibu?"
"Tak tipu"
Namun malang sekali..
Kunci bilik Yukyung yang tersimpan di dalam poket Yoon terjatuh ke atas lantai. Membuatkan mereka berdua saling berpandangan.
"Yoon tipu ibu ye!", jerkah Puan Choi.
![[C] Bidadara [MYG]](https://img.wattpad.com/cover/181145853-64-k716018.jpg)