Sudah sebulan berlalu, pemergian Yukyung masih menjadi perkara yang menghibakan buat Puan Choi dan juga Yoon.
Terbit rasa menyesal di sudut hati Puan Choi, kerana terlalu mementingkan kariernya, dia sanggup membiarkan Yukyung bertarung dengan dirinya sendiri.
Yoon pula, sejak dari itu dia kerap mengurungkan diri di dalam bilik. Dia tak sangka dia bakal melihat sendiri bagaimana kepala kakaknya pecah kerana jatuh dari tingkat satu.
Pada mulanya dia hanya bermain di tingkat bawah, pintu rumah ketika itu terbuka, dan.. ketika Yukyung jatuh, dia melihatnya sendiri.
Dengan matanya sendiri.
Puan Choi masuk ke bilik tidur milik mendiang Yukyung, dia memerhatikan lakaran seorang gadis dan seorang jejaka yang terukir di dinding bilik itu, lukisan itu tampak hidup. Darah yang melekat di dinding itu telah lama dicucinya. Wajah seorang lelaki yang terukir di setiap lukisan Yukyung semuanya hampir sama.
Puan Choi mengagak bahawa itu ialah Min Yoongi, seperti yang diperkatakan di dalam surat-surat yang disimpan oleh mendiang Yukyung.
Puan Choi mencapai satu lagi surat yang tersorok di bawah meja, surat itu dibuka dan dibaca.
"Selepas itu, tidak ada lagi kisah cinta yang lebih menyedihkan daripada kisah Romeo dan Juliet.."
Tipu belaka.
Bagaimana dengan kisah cintaku?
"Ibu..", Yoon menghampiri Puan Choi. Puan Choi mengelus lembut rambutnya, Yoon yang merengek kecil itu diangkat.
"Kenapa sayang?"
"Nampak Min Yoongi tak? tadi Yoon main sorok-sorok dengan dia, sekarang dah hilang"
Drawing a picture, I thought I drew you well.
I had a habit, see what isn't there.
-----
↪The end↩
AKHIRNYA TAMAT!
Ada yang bagi teori Yukyung ni skizofrenia, ada yang cakap Min Yoongi ni roh.
Aku takkan bagitahu jawapan yang sebenar, semuanya terpulang dekat korang untuk imagine. Sebab aku sejujurnya tak tahu nak label Yukyung ni macam mana, aku cuma boleh labelkan dia sebagai manusia yang ada masalah jiwa, cuma aku tak tentukan mana satu.
Bagi aku cabaran dalam fanfic ni ialah Yukyung, setiap kali babak dia aku terpaksa buat-buat psiko supaya aku boleh menjiwai watak dia.
Aduh, malu pulak bila fikir balik.
Apa-apapun, terima kasih kepada korang yang membaca, mengomen dan mengelike. Lagi-lagi mengomen, you really make my day.
Jadi aku mengisytiharkan bahawa Bidadara [MYG] tamat di sini.
Jumpa di fanfic lain!