12: My wingless angel

35 7 0
                                        

     "Kenapa menangis ni, Min Yukyung?"

     Aku tersenyum mendengarkan kata-kata yang dilemparkan oleh Min Yoongi.

     Min Yukyung? aku sukakan panggilan itu.

     "Yoongi, peluk aku. Boleh?"

     "Dengan berbesar hati", Min Yoongi mendekati aku. Tak sampai beberapa minit, tubuhku berada di dalam pelukannya. Dan pelukan itu sedikit sebanyak membuatkan air mata aku tumpah dengan lebih banyak.

     "Aku tak rasa pelukan kau Min Yoongi, peluklah aku betul-betul", marah aku. Malangnya kebodohan aku tak membawa apa-apa makna, hanya itu sahaja yang Min Yoongi mampu. Aku hanya boleh melihat dia memeluk aku, tapi tidak pada sentuhannya.

     Apa yang kau boleh harapkan daripada ilusi ini?

     "Aku sayang kau Min Yoongi, aku tak mahu dunia. Pergi mati dengan dunia tak guna ni, aku cuma inginkan kau, aku cuma ingin kita bersama Min Yoongi", aku menangis semahunya. Min Yoongi melepaskan aku, matanya menatap aku sayu.

     "Kita tak akan boleh bersama Yukyung, hubungan ni tak akan berjalan dengan lancar. Kau tahu aku siapa, kau tahu kau siapa. Aku ilusi, kau realiti, Yukyung"

     "Yoongi..", aku menggenggam tangan putih Yoongi erat. Malangnya, genggaman itu ibarat aku menggenggam tangan aku sendiri.

     Aku terlalu inginkan kau, Min Yoongi. Terlalu sangat. Jangan tinggalkan aku, aku sayang kau.

     "Bidadara tanpa sayapku..", panggilan aku membuatkan wajah Min Yoongi perlahan-lahan mendongak. Dia tersenyum pilu, tangannya mengusap pipi aku lembut. Walaupun sentuhannya telus, aku tak peduli lagi. Aku cuma mahukan Min Yoongi, aku perlukan ilusi ini.

     "Iya, akulah bidadara milikmu.."

     "Tolong janji dengan aku, jangan tinggalkan aku?"

     "Yukyung.. tak boleh sayang.."

     Bisik Min Yoongi. Dia mula berdiri, langkahnya setapak ke belakang.

      "Yoongi.. kenapa tak boleh?", aku turut berdiri. Dadaku mula berombak laju, mata Min Yoongi aku pandang resah.

     "Aku tak cantik ke Min Yoongi? aku tak cantik ke? ataupun.. kau ada perempuan lain di belakang aku?", tuduh aku melulu. Min Yoongi mendekati aku semula, dahinya berkerut seribu.

     "Apa kau merepek Yukyung, kau tahukan aku-"

     "Kau ada perempuan lainkan? kau jadikan siapa diri kau sebagai alasan? Min Yoongi, apa yang tak sempurna pada aku Min Yoongi. Apa?!" aku menjerit melepaskan frustasi. Tubuhku berpusing ke belakang. Sambil mencengkam rambut kuat, mata aku melilau mencari apa-apa yang boleh aku gunakan untuk memukul Min Yoongi.

     Pisau, atas meja.

     "Yukyung.. kau tahu aku apa? aku imaginasi ciptaan kau Yukyung, macam mana aku boleh ada perempuan lain-"

     "DIAMLAH!", jerit aku. Pisau dicapai, aku mengelar tangan Min Yoongi yang cuba menyentuh bahu aku. Di pandangan aku, Min Yoongi setapak ke belakang. Tangannya yang berdarah ditekup, dia menggeletar. Ada kerisauan dimatanya.

     "Kawal diri kau, Yukyung"

     "KAU DENGAR SINI, MIN YOONGI. KALAU AKU TAK DAPAT MILIKI KAU, SESIAPAPUN TAK AKAN BOLEH, FAHAM?!"

[C] Bidadara [MYG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang