9: I'm alone

29 8 9
                                        

     "Yoongi..", aku menukar posisi tidurku. Tanganku meraba-raba di tempat sebelah.

     Kosong.

     Serentak itu, aku bangun dari pembaringan. Mataku tercari-cari Min Yoongi.

     Tak ada.

     Dia tak ada di sini, ke mana dia? dia tinggalkan aku?

     Dia kata dia akan tetap di sini, tetap ada untuk aku?

     Memikirkan seandainya dia pergi meninggalkan aku, cukup untuk membuatkan aku berasa takut. Jangan pergi Min Yoongi, jika kau pergi, siapa akan setia di sini? memujuk aku tatkala aku dalam kesedihan.

     Siapa lagi?

     "Min Yoongi..", aku turun dari katil. Air mata mengalir deras di pipi, merata aku mencari Min Yoongi di dalam bilik ini, dia tak ada.

     Dia tak wujud Yukyung, kau lupa?

     Dia hanya imaginasi kau.

     Bila dia tak ada, kau tak ada tempat untuk bergantung lagi.

     Yukyung menyusahkan.

     Yukyung memalukan.

     Sebab itu ibu malu ada anak macam kau.

     Sebab kau gila.

     "Diamlah!", pisau yang ada di bawah katil aku ambil. Aku menikam apa sahaja yang ada di hadapan aku, Tilam ditikam berulang-kali, seolah-olah tilam itu adalah suara jahat yang cuba berbisik di telinga aku. Galak menikam, pisau itu tanpa sengaja terhiris dilengan aku.

     Darah membuak-buak.

     Seluruh badan aku menggeletar.

     Pisau tadi aku campak jauh.

     "Aku suka kau juga"

     "Kau suka aku tak, Yukyung?"

     "Yukyung.. tak ada.. tak ada sesiapa dekat sini.."

     "Jangan memilih Yukyung. Kalau aku dah tak ada nanti, kalau aku pergi jauh, tinggalkan kau. Siapa lagi akan bersama dengan kau?"

     "Aku nak namakan kumpulan ni, Min Yoongi"

     "Jumpa nanti, Yukyung"

     "Choi Yukyung.."

     "Min Yoongi.."

     Siapa lagi mampu untuk selamatkan aku? siapa lagi sanggup untuk bersama dengan aku, kekal disisi aku, memberi semangat dan kata-kata yang berguna agar aku masih mahu menjalani kehidupan yang tiada erti ini?

     Selama ini aku bergantung sepenuhnya dengan watak imaginasi aku.

     Sedangkan aku lupa, aku yang mengawal watak-watak itu. Percakapan mereka, perbuatan mereka, itu semua hanyalah imaginasi aku.

     Aku sunyi, watak-watak itu ibarat peneman pada diri aku.

     Walaupun pada hakikatnya, mereka tak wujud, mereka tak ada di situ.

     Aku cuma tak mampu menerima hakikat bahawa aku di sini, keseorangan. Tak ada sesiapa mahu mendekati aku, tak ada sesiapa mahu mencari aku. Ibu, Yoon, adalah keluarga aku. Namun, mereka terasa jauh.

     Mungkin mereka sendiri tak terfikir untuk menjadikan aku sebagai salah-satu ahli keluarga mereka. Aku kekal di sini hanya disebabkan oleh belas kasihan.

     Aku.. sunyi.

     Aku tak ada tempat untuk meluahkan rasa, aku tak ada tempat untuk bermanja. Aku hanya berada di dalam bilik tidur ini, mewujudkan watak imaginasi agar hari aku terisi, agar aku tidak merasa sunyi.

     Sejak kecil aku dikurung di sini, ibu sebolehnya tak mahu aku dikenali, ibu malu.

     Apa pengakhiran hidup aku nanti? apa akan terjadi pada aku?

     Adakah aku pada akhirnya akan mati sia-sia?

     Sesiapa, tolong keluarkan aku dari dunia ini, dunia yang aku cipta ini.

     Tolong.

     "Kenapa Yukyung.. cakap sorang-sorang?"

     "Siapa yang kejam sangat sampai sanggup bunuh anak kucing ni?"

     Mata semakin memberat, akhirnya aku jatuh tak sedarkan diri, bersama dengan darah yang terus-terusan mengalir bebas.

[C] Bidadara [MYG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang