STMA-33

9K 192 11
                                    

Ain Syifa sampai di rumah.Kelihatan suaminya masih belum pulang.

Dia pun berlalu ke biliknya.Setelah selesai membersihkan diri,dia duduk di sofa ruang tamu.

Tv di'on'kan.Mujur dia sudah menunaikan solat isyak sebelum pulang ke rumah tadi.

Ikutkan hati dia mahu terus tidur tetapi suaminya masih belum pulang.

Mamanya selalu pesan,apa-apa sekalipun suami perlu diutamakan.Dia terpaksa menahan rasa mengantuknya.

Dia mengambil fonnya.Tiba disaat itu,kedengaran pagar rumah dibuka.

Hazeeq Zharfan masuk ke rumah.Terkejut dia melihat isterinya yang masih belum tidur itu.

"Kau pahal tak tidur lagi?" soalnya.

"Erm..aku tunggu kau.." jujur Ain Syifa berkata.

Dia mendekati suaminya.

"Kau nak makan?"

"Makan apa kau ni?Sekarang ni dah nak pukul 11 malam.Aku dah makan dengan Rayyan tadi.Kau pergi tidur sekarang.." arah Hazeeq Zharfan.

"Orang tanya nak makan pon kena marah.." ujar Ain Syifa perlahan.

"Apa kau cakap?"

"Tak..tak de pape.."

"Dah,kau tunggu apa lagi?Pergi lah tidur.."

"Ye lah.."

"Err..Zharfan.Aku nak minta maaf pasal hari tu.Aku berkasar dengan kau.Sorry.." ucapnya.

Hazeeq Zharfan tersengih namun dikawalnya sengihannya.

"Okay,aku maafkan kau.Kau tahu tak aku tak suka kau rapat sangat dengan Hafeef tu?Dia tu adik ipar kau je.Tak payah lah bagi dia layanan macam tu lagi.Aku tak suka.." jujur Hazeeq Zharfan berkata.

Entah mengapa dirinya berasa cemburu melihat kemesraan isterinya bersama adiknya.

Mungkin perasaan cintanya terhadap isterinya telah bercambah?

Dia sendiri tidak pasti tentang itu.Tapi tidak salahkan mencintai isteri sendiri?

"Okaylah,aku masuk bilik dulu.Selamat malam.." ucap Ain Syifa.

Ain Syifa melangkahkan kakinya ke dalam bilik.Dia segera membaringkan tubuhnya.

Selimut ditarik bagi menutupi tubuhnya.

Fonnya kembali bercahaya menandakan ada notification yang masuk.Dia segera melihat fonnya.

Syahril Luthfi
Good night,sayang..😍
Sweet dream😙

Ain Syifa mengeluh perlahan.Hampir setiap malam ada sahaja lelaki yang dianggap sahabat itu mengwhatsappnya.

Sejak kejadian itu,dia tidak lagi membalas whatsapp Syahril Luthfi.

🎲🎲🎲

Ainul Raniya mengeluh.Dia terfikir apa yang harus dia lakukan untuk memiliki Hazeeq Zharfan semula.

"Sayang fikir apa tu?Risau lah bie tengok sayang macam ni.." ujar Izham.

"Tak de apa lah.I cuma teringatkan Zharfan.Apa yang  harus I buat untuk memiliki dia semula?Tolong lah I.."

"Bie ada dengan sayang tapi sayang fikir lelaki lain?Apa yang special sangat Zharfan tu?"

Izham mula bengang.

"Dia memang special.Terlalu special.Bie,jangan lah merajuk macam ni.I bukan nak sangat dia tu tapi I nak duit dia.." pujuk Ainul Raniya.

"Ye lah tu.."

Belum sempat Ainul Raniya membalas,kedengaran bunyi loceng rumah.

Ainul Raniya segera bangun dari duduknya.Dia menuju ke pintu.

Terkejut dia melihat Syahril Luthfi berdiri elok di hadapan rumahnya.

"You buat apa kat sini?" soalnya pelik.

"Kau ni memang cepat lupa kan?Kau yang suruh aku datang sini pastu tanya aku buat apa kat sini?Lawak lah kau ni,Ainul.."

Syahril Luthfi ketawa.

"Ohh,yea.I nak you perhatikan Syifa.You tahu tak dia sakitkan hati I hari tu.Isshh,melampau betul lah pompuan tu!" adu Ainul Raniya mengada.

Izham yang berada di dalam rumah hanya mendengar.

"Padan lah muka kau.."

Ainul Raniya menjeling Syahril Luthfi.

"You jangan ingat yang you hebat sangat tau?Syifa tu tak pregnant-pregnant lagi.So,jangan nak berlagak dengan I.."

"Kau boleh sabar tak?Takkan aku baru je buat pastu dia boleh terus pregnant?"

"Pape jelah.Ingat ehh,I nak you perhatikan dia.Erm..apa kata you bunuh jelah dia tu.."

Terkejut Syahril Luthfi mendengar kata-kata Ainul Raniya.

Mana mungkin dia sanggup membunuh gadis yang dicintainya?

"No!Aku takkan ikut idea kau!Kalau aku bunuh dia,macam mana aku nak dapat dia?"

"Huhh..sayang sangat kat pompuan tu!Dah,pergi lah balik.." halau Ainul Raniya.





Saya terlalu mencintai awakWhere stories live. Discover now