"Ini yang kau cakap kau bahagia?"
Kata-kata Syahril Luthfi masih terngiang-ngiang di telinga Ain Syifa.
"Syifa.." panggil Hazeeq Zharfan.
Ain Syifa tersedar tatkala terdengar ada suara memanggilnya.
Dia memandang wajah suaminya namun hanya seketika.
"Kau panggil aku ke?"
"Ye,aku panggil kau lah.Takkan aku panggil jiran sebelah kau pula?" sempat Hazeeq Zharfan menyindir isterinya.
"Hurm..ada apa?"
"Aku nak kita pindah rumah kita sendiri secepat yang mungkin.."
'Untuk apa?Supaya kau boleh jumpa Ainul hari-hari tanpa sorok-sorok?' getus Ain Syifa dalam hati.
Tidak mampu berkata depan-depan.Takut lelaki itu mengamuk pula.
"Kau dengar tak ni?"
"Erm..dengar.Err..bila kita nak pindah?Kat mana rumah tu?"
"Maybe esok or lusa.Rumah tu untuk aku dengan Ainul sebenarnya tapi disebabkan kitaorang tak jadi kahwin so terpaksa lah bawa kau.."
"Kalau kau tak suka aku duduk dalam rumah tu,aku boleh je duduk kat rumah lain.."
"Ha'ah.Pastu kalau parents kita tanya macam mana?Apa kau nak jawab?"
"Pandai-pandailah aku jawab apa.Kau tak payah risau.."
"Dah,tak payah nak membazir.Duduk je dengan aku.."
"Okaylah,aku nak bersiap.Nanti text je aku alamat rumah tu.."
Ain Syifa beredar ke cermin.Dililitnya shawl untuk menutupi kepalanya.
"Kau nak pergi mana?"
"Nak pergi ofis lah.Kenapa?Aku tak boleh nak pergi ofis?Macam tu?Kau boleh pergi kerja kenapa aku tak boleh kan?" ujar Ain Syifa sinis.
Dia sudah bertekad mahu bersikap tegas dengan lelaki itu dan dia dalam proses membuang segala perasaan terhadap lelaki itu.
Tapi mampukah dia?
Hazeeq Zharfan yang perasan perubahan gadis itu hanya diam.
"Okaylah,aku gerak dulu.Bye.."
Ain Syifa keluar dari bilik itu.Dia menuju ke tingkat bawah.
"Sayang,nak pergi mana ni?" soal Datin Suhaila.
"Nak pergi ofis lah,ma.."
"Aik?Cepat sangat kamu masuk ofis.Kenapa?" kata Dato Aizam pula.
"Tak de apa-apa pun,mama,papa.Syifa cuma bosan je duduk rumah tak buat apa-apa.Syifa cuma terfikir why not Syifa masuk ofis.Kerja.Tak salah kan?"
"Mama faham,tapi Zharfan izinkan tak?Syifa kena ingat ingat tau,sekarang ni Syifa nak pergi mana-mana kena tanya Zharfan dulu.Minta izin dia.Klau dia tak bagi,dah kira berdosa tau kalau Syifa nak juga.."
"Mama tak payah risau lah.Syifa tahu.Erm..Syifa gerak dulu lah.Assalamualaikum.."
Ain Syifa menyalam mamanya.
"Waalaikumusalam.Syifa,Syifa tak nak tunggu Zharfan?"
"Tak pe lah,ma.Syifa pergi sendiri je.."
Ain Syifa beredar ke keretanya.Selang beberapa minit kemudian,Hazeeq Zharfan turun.
"Ma,Syifa mana?"
"Dah gerak dah.Mama suruh dia tunggu kamu tadi tapi dia cakap dia nak pergi sendiri je.." balas Datin Suhaila.
Hazeeq Zharfan mengangguk faham.Dia menyalam ibu mertuanya.
"Zharfan pergi dulu lah.." ujarnya.
"Okay,hati-hati.."
🎲🎲🎲
Tiba di waktu lunch,Ain Syifa melangkah ke arah restoran.
Dia memesan makanan dan minuman.Dia lunch seorang diri memandangkan abangnya masih ada urusan yang perlu diselesaikan di pejabat.
Tiba di saat itu,seseorang menarik kerusi.
"Tak sangka kita jumpa kat sini.Boleh I join you?" kata Ainul Raniya.
"Silakan.."
"Thank you.."
"Sorang je ke?"
"Ha'ah.I datang sorang.Zharfan dia busy.Erm..by the way,kitaorang dah getback balik tau.I'm so happy.." ujar Ainul Raniya teruja.
"Tahniah.." ucap Ain Syifa selamba.
"Thanks.Erm..I rasa better you minta cerai.You tak jeles ke I dengan Zharfan?I tahu hati you mesti tengah sakitkan sekarang?I dah cakap,Zharfan tu takkan bahagia kalau tak bersama I.So,kalau you nak teruskan pernikahan ni,I okay je.Tapi I takut you lah pula yang sakit hati.I okay je kalau kita bermadu.."
Ainul Raniya tersenyum sinis.
"Cik Ainul,saya tahu dia masih cintakan Cik Ainul dan saya sedar diri saya siapa pada dia tapi dia masih tak lepaskan saya.So,saya rasa saya masih ada peluang untuk masuk dalam hati dia.."
"Ohh,baguslah kalau you sedar kedudukan you pada dia.I yakin mungkin sekarang you berani lawan I tapi satu hari nanti,I will make sure you akan merayu kat I.Percayalah kata-kata I.."
Ainul Raniya mula berdiri dan beredar dari situ.
Ain Syifa mengeluh.
Kalaulah kata-kata Ainul Raniya betul,apa yang patut dia lakukan?Merayu?Dia akan merayu pada gadis itu?
Semoga apa yang didengarinya tadi tidak benar.
YOU ARE READING
Saya terlalu mencintai awak
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera Ain Syifa dikejutkan dengan berita perkahwinannya dengan crush sekolahnya dahulu iaitu,Hazeeq Zharfan. Sepanjang perkahwinan,Hazeeq Zharfan hanya menjalankan tanggungjawab zahirnya sahaja. Ain Syifa pula cuba membuang per...