STMA-43

9.3K 195 3
                                    

Sampai sahaja di rumah mama dan papanya,Ain Syifa merehatkan tubuhnya di atas katil.

Dia sudah dibenarkan pulang ke rumah namun dia tidak mahu pulang ke kondo milik Hazeeq Zharfan.

Jadi,dia menghubungi mamanya dan menyuruh mamanya mengambilnya dari hospital.

Hazeeq Zharfan langsung tidak tahu berkenaan itu.

Datin Suhaila masuk ke dalam bilik anaknya.

"Syifa,nah.Pakai stokin ni.Syifa kena pantang.." katanya.

Ain Syifa hanya menurut.

"Syifa tak call Zharfan cakap Syifa ada kat sini?"

Ain Syifa menggelengkan kepalanya.

"Syifa,tak baik buat Zharfan macam tu.Dia masih suami Syifa.Mama tak nak anak mama ni digelar isteri derhaka.."

"Ma,Syifa bukan tak bagitahu Zharfan cuma Syifa fikir,Syifa nak sendiri dulu.Syifa dah sakitkan hati dia,ma.."

Datin Suhaila menarik anak gadisnya itu ke dalam pelukannya.

Betapa besar dugaan anaknya itu.Dia mengusap-usap belakang anaknya.

"Syifa rehat.Jangan fikir benda bukan-bukan.." pesannya setelah melepaskan pelukan.

Dato Aizam yang pulang ke rumah untuk lunch menuju ke ruang tamu.

Pelik dia melihat isterinya tiada untuk menyambut kepulangannya.

Selalunya sudah terpacak di muka pintu utama tetapi hari ini tiada.

Dia memandang ke arah isterinya yang keluar dari bilik bawah itu.

"Awak buat apa kat bilik tu?" soalnya.

"Lah abang dah balik?Sorry,Su tak perasan.Su tengokkan Syifa tadi.." balas Datin Suhaila.

"Syifa?Bila dia keluar hospital?"

"Tadi.Dia call Su.Su pergi lah ambik dia.."

"Zharfan tak boleh ambil ke?Kenapa awak pulak yang ambil dia?"

"Abang ni.Tak pe lah.Syifa tu kena berpantang.Tak pe lah dia duduk sini.Saya boleh jaga dia.."

"Habis suami dia tak boleh jaga dia ke?"

Terdiam Datin Suhaila.Dia tahu suaminya masih marah selepas mendapat tahu hal itu.

"Abang,Syifa anak kita.Kesiankan lah dia.Syifa tak salah.."

"Memang lah Syifa tak salah.Tapi abang tak boleh terima apa yang dah berlaku.Abang malu tau dengan Hareez,dengan Rina.Abang rasa macam abang ni tak pandai didik anak.Tak ajar hukum agama pada dia.Lagi-lagi tu pada menantu kita tu.Abang kesiankan Zharfan.."

Tanpa sedar,Ain Syifa terdengar perbualan mama dan papanya.Timbul perasaan bersalah pada dirinya.

Air matanya mula jatuh.Dia menangis teresak-esak.

🎲🎲🎲

Hazeeq Zharfan yang baru selesai mesyuarat menuju ke hospital.Dia ingin bertemu isterinya.

Dia masuk ke dalam bilik yang menempatkan isterinya.Terkejut dia melihat bilik itu sudah kosong.

Ke mana isterinya itu pergi?

Dia keluar semula dari bilik itu.Dia menuju ke kaunter pernyataan.

"Nurse,isteri saya mana?"

Saya terlalu mencintai awakWhere stories live. Discover now