STMA-19

9K 238 14
                                    

Ain Syifa duduk di sofa sambil menonton tv.Dia diberikan mc oleh papanya.

Untungkan dia?Nasib baiklah pejabat milik keluarganya sendiri.Kalau tidak,sudah pasti dia tidak diberikan cuti.

Kalau dapat pun mungkin sehari sahaja.Dia terkejut apabila terdengar pagar yang sedang dibuka dari luar.

Pantas dia berdiri dan mengambil penyapu sebagai pelindung dirinya.

Apabila pintu dibuka,dia memukul gerangan itu dengan penyapu.

"Woi!Kau pahal?!" ujar Hazeeq Zharfan yang terkejut.

Hazeeq Zharfan memegang bahunya yang terasa sengal itu.Kuat juga isterinya itu memukulnya.

Penyapu pantas dilepaskan oleh Ain Syifa tatkala terdengar suara suaminya.

"Ya Allah,sorry!Mana lah aku tau kau yang balik.Aku ingatkan siapa lah tadi.." kata Ain Syifa serba salah.

"Ish,aku balik ni nak tengok keadaan kau.Grhh..kau okay tak?"

"Aku okay je.Kau tu okay tak?Ada luka ke?" soal Ain Syifa sedikit cemas.

Rasanya tadi kuat juga dia memukul suaminya itu.

"Tak de.Erm..kau rehatlah.Aku nak masuk bilik jap.."

"Erm..Zharfan.Kita makan sekali.Aku dah siap masak nasi ni.."

"Yang kau rajin sangat masak ni kenapa?Ada aku suruh?Aku dah lunch dengan Ainul tadi.."

"Ohh,ye ke?"

Hampa Ain Syifa untuk makan bersama-sama suaminya.Dia terus kembali ke sofa.

Hazeeq Zharfan pula masuk ke dalam biliknya.

🎲🎲🎲

Malam itu,Ain Syifa berdiri di balkoni kondo itu.

Hazeeq Zharfan yang baru siap mandi terus menerpa ke arah isterinya.

"Kau ni memang nak susahkan aku lagi ke macam mana?"

Pelik Ain Syifa mendengar kata-kata suaminya.

"Kau tu baru lepas demam.Kau berdiri kat sini,ambil angin malam macam ni,tak pasal-pasal demam balik.Dah,kau masuk sekarang.." arah Hazeeq Zharfan.

"Hurm..Zharfan.Aku nak tengok permandangan kat sini je.Takkan tu pon tak boleh?"

"Kau masuk jelah.Apa yang susah sangat kau nak dengar cakap aku ni?Kalau Ainul tu aku cakap je,dia mesti dengar.Kau,keras kepala pulak.."

"Kenapa mesti kau bandingkan aku dengan dia?Dia tu siapa?Ohh,aku lupa.Dia tu bakal isteri kau yang tak jadi kan?" ujar Ain Syifa tidak puas hati.

Dia mula geram dengan lelaki di hadapannya itu.Perlu ke dirinya dibandingkan dengan gadis itu?

"Kau jangan nak kurang ajar,ehh?Ainul tu lagi okay dari kau.." ujar Hazeeq Zharfan sambil jari telunjuknya dihalakan ke muka isterinya.

"Aku kurang ajar?Okay,aku minta maaf.Aku sedar aku tak macam Ainul.Mungkin betul cakap orang,kalau kita je yang berusaha mempertahankan satu hubungan tu,pasangan kita tak,kita takkan dapat kebahagiaan tu.Zharfan,terus terang aku cakap.Aku terlalu cintakan kau.Tapi aku sedar,siapa diri aku.Kita..kita berpisah je lah.Mungkin aku bukan jodoh kau.."

Ain Syifa beredar masuk ke dalam biliknya.Hazeeq Zharfan meraup wajahnya.

Tiba disaat itu,fonnya berbunyi.

"Hello,sayang!What are you doing?"

"Tak de buat apa.Tengah duduk je ni.You pulak?"

"I?I macam biasa je lah.Duduk kat atas katil je sambil bayangkan muka you.."

"Ala,sweetnya you ni.Erm..I dah mengantuk lah.Esok jelah kita jumpa.."

"You,I baru je call you.Takkan nak letak dah?Ohh,I lupa!You're married now.Pergi lah baring sebelah wife you tu.Grhhh.."

"Sayang,janganlah macam ni.I tak penah sentuh pon dia.Lagipon kitaorang tidur asing-asing lah.."

Tanpa sedar,Ain Syifa mendengar semuanya.

Perlu ke suaminya itu menceritakan segalanya pada Ainul Raniya?

Hatinya semakin luluh.Air matanya tidak henti-henti mengalir.

Dia yang baru hendak menuju ke bilik air,terus terbantut niatnya.Dia kembali masuk ke dalam bilik.

Hazeeq Zharfan masih bergayut dengan Ainul Raniya.

"You,I miss you.."

"Ye,I miss you too.Tidur okay?Sweet dream.Mimpikan I,okay?"

"Okay,you too.Good night.Muah.."

Talian dimatikan.





Saya terlalu mencintai awakWhere stories live. Discover now