STMA-37

8.5K 191 7
                                    

Ain Syifa dibenarkan keluar dari hospital.Dia dibawa pulang ke rumah mama dan papanya.

Datin Suhaila dan Datin Zafrina mempelawa ingin menjaga Ain Syifa.

Hazeeq Zharfan membenarkan dan mengikuti sahaja permintaan mummy dan ibu mertuanya.

Risau juga dia dengan keadaan isterinya kalau tinggal seorang diri rumah.Dia pun sudah mula bekerja.

"Syifa,Syifa duduk kat bilik bawah ye?Senang sikit kalau Syifa nak pape.." kata Datin Suhaila.

Ain Syifa hanya mendengar.

"Syifa ada mengidam pape tak?Mummy boleh masakan or carikan.." ujar Datin Zafrina pula.

Mengidam?Dia terasa ingin muntah mendengar perkataan itu.

"Tak de,mummy.." balasnya.

"Okay,Syifa rehatlah.Mama dwngan mummy nak sediakan bubur untuk Syifa jap.Nak bagi bertenaga sikit.Tadi sebelum balik kan Syifa dah muntah-muntah.." kata Datin Suhaila.

Kesian pula dia melihat anaknya yang begitu teruk morning sickness sebelum pulang tadi.

"Tak pe,ma,my.Syifa okay je.Susahkan mama dengan mummy je.."

"Susahkan apa pulak?Tak de susah lah.Dalam perut Syifa tu kan cucu kami.Biarlah kami sediakan bubur.Perut Syifa tu kosong.Kesian baby.." kata Datin Zafrina.

Ain Syifa menahan air matanya dari jatuh.

"Kami keluar dulu ye.."

Datin Suhaila dan Datin Zafrina beredar keluar dari bilik itu.Mereka beredar ke dapur.

'Ya Allah,kenapa jadi begini?Mama,mummy.Maafkan Syifa.Syifa bukan anak dan menantu yang baik..' getusnya.

Tangannya melekap ke perutnya.Ingin sahaja dia menumbuk perutnya.

'Kenapa kau hadir dalam rahim aku?Aku benci kau!'

Ain Syifa memeluk lututnya.Dia menangis teresak-esak.

🎲🎲🎲

"Syifa,bangun Syifa.Mama dengan mummy dah siapkan makanan untuk Syifa.." kejut Datin Suhaila.

Ain Syifa mula tersedar dari lenanya.

"Syifa makan sikit ye.." ujar Datin Zafrina pula.

"Tak pe lah,ma,my.Syifa tak lapar.."

"Syifa tak makan pape lagi kan?Jangan lah biar perut tu kosong.Ingat sikit ada nyawa lain dalam perut tu.."

"Syifa tak nak makan.Syifa tak lapar.Biar je baby ni mati.."

Ain Syifa memusingkan tubuhnya membelakangi mama dan ibu mertuanya.

Terkejut Datin Suhaila dan Datin Zafrina mendengar kata-kata Ain Syifa.Apa yang sudah terjadi pada gadis itu?

Serentak itu,Hazeeq Zharfan tiba di bilik itu.

"Kenapa ni?" soalnya pelik.

"Syifa ni hah.Tak nak makan.Zharfan suruh dia makan ehh?Mama dengan mummy keluar dulu.."

"Okay.."

Hazeeq Zharfan mendekati isterinya yang baring membelakanginya.

"Syifa,kenapa ni?Kau makan ehh?" ujarnya.

"Aku cakap aku tak nak makan,tak nak lah!Tak faham bahasa ke?!"

Terkejut Hazeeq Zharfan.Selama ini mana pernah isterinya itu meninggikan suara padanya.

"Kenapa ni?Aku ada buat salah ke?"

"Dah!Keluar!"

Ain Syifa bangun lalu menolak bahu suaminya.Hazeeq Zharfan menarik isterinya ke dalam pelukannya.

Diusap-usap bahu isterinya.Ain Syifa meronta-ronta ingin dilepaskan.

Kemudian dia menangis teresak-esak.

"Syifa,kau okay tak ni?Bagitahu aku kalau aku ada buat salah.Jangan pendam sorang-sorang.."

Makin menjadi-jadi tangisan Ain Syifa.Datin Suhaila dan Datin Zafrina yang memerhati dari luar berpandangan sesama sendiri.

Pelik dengan sikap Ain Syifa.

"Kau makan ehh?Sikit je.Kesian anak aku.Mesti dia lapar.."

Hazeeq Zharfan melepaskan pelukan.Rambut isterinya dirapikan.

Mangkuk yang berisi bubur diambilnya.Disuapkan ke dalam mulut isterinya.

Ain Syifa membuka mulutnya.Tersenyum Hazeeq Zharfan melihat isterinya.

"Kenapa kau baik dengan aku?" soal Ain Syifa tiba-tiba.

"Sebab kau isteri aku.." balas Hazeeq Zharfan sambil tersenyum.

"Kau tak payah lah layan aku baik sangat.Aku takut kau terluka nanti.."

"Kau berhak dapat layanan baik dari aku.Dah,tak payah persoalkan kenapa aku baik dengan kau.Sekarang ni habiskan bubur ni.."

Sekali lagi Ain Syifa ingin menangis.Sungguh dia berasa berdosa pada suaminya.

Sungguh dia tidak sanggup melihat suaminya begitu.Dia merasakan dia patut berterus terang pada semua orang.

Dan biarkan dia dilepaskan.Dia rela diceraikan.Hazeeq Zharfan terlalu baik.Tidak mungkin lelaki itu jodohnya.Lelaki itu berhak memiliki gadis yang lebih baik darinya.

Dia ingin lari dari semua orang.Daripada dia terus memberikan harapan pada orang.

"Okay,ni suapan terakhir.Good girl.."

Setelah selesai menyuapkan bubur kepada isterinya,Hazeeq Zharfan mengucup dahi isterinya.

Terpaku Ain Syifa.

"Aku pergi kerja dulu.Balik ni pon sebab nak tengok kau.Lepas ni,jangan jadi macam tadi tau.Makan.Biar cepat sikit sihat.." pesannya.

Dia berlalu keluar dari bilik isterinya.







Saya terlalu mencintai awakWhere stories live. Discover now