Ain Syifa duduk di halaman rumah.Tempoh berpantangnya masih berbaki lebih kurang 2 minggu.
Dia memandang pokok bunga yang berada di halaman luar itu.Mamanya memang suka pokok bunga.
"Syifa,papa nak cakap sikit.." ujar Dato Aizam kemudian duduk menghadap anaknya.
"Ada apa,pa?"
"Syifa tak nak balik ke pangkuan Zharfan ke?Syifa tahukan tempat seorang isteri di sisi suaminya?"
"Papa halau Syifa ke?"
"Papa bukan halau Syifa cuma papa nak ingatkan Syifa.Syifa masih isteri orang.Papa tak suka gaya Syifa layan Zharfan.Dah macam orang asing je papa tengok.."
"Pa,Syifa minta maaf kalau Syifa dah malukan papa dengan mama.."
"Memang Syifa dah malukan kami!Papa kecewa dengan Syifa.Habis je pantang,papa nak Syifa balik rumah Syifa.."
Ain Syifa terdiam.
"Abang halau Syifa?" ujar Datin Suhaila yang baru muncul.
"Abang tak halau dia.Abang cuma tak nak dia leka kat sini.Zharfan tu suami dia.Tak baik buat dia macam ni.."
Dato Aizam berlalu masuk ke dalam rumah.
"Ma,papa bencikan Syifa ke?"
"Tak,sayang.Papa tak bencikan Syifa.." pujuk Datin Suhaila.
"Mama,Syifa ada nak cakap sesuatu pada mama tapi mama kena janji jangan bagitau Zharfan.."
"Syifa nak buat apa ni?Boleh tak Syifa jangan buat yang bukan-bukan?"
"Syifa nak pergi jauh.Jauh dari semua orang.Boleh kan,ma?"
"Syifa!Kenapa Syifa nak pergi?"
Suara Datin Suhaila mula meninggi.Tidak faham dengan sikap anak bongsunya itu.
"Syifa nak tenangkan diri Syifa.Selagi Syifa ada kat sini,perasaan bersalah Syifa ni semakin menebal.Pada mama,papa,mummy,daddy dan yang paling penting Zharfan,mama.Dia mesti terluka dengan perbuatan Syifa.."
Ain Syifa mengesat air matanya daripada jatuh.
"Syifa tak nak tengok orang yang Syifa cinta dan sayang terluka disebabkan Syifa.Syifa janji Syifa akan selalu call mama.Mama jangan bagitau papa ngan Zharfan tau.Biarlah Syifa tenangkan diri dulu.Nanti Syifa dah okay,Syifa sendiri akan bersemuka dengan dorang.." sambungnya lagi.
Datin Suhaila memeluk anaknya.Ain Syifa menangis dalam pelukan mamanya.
🎲🎲🎲
Hazeeq Zharfan hanya membelek kertas kerja yang berada di atas mejanya.
Namun fikirannya melayang tentang isterinya.Rayyan yang muncul di bilik sahabatnya hanya memerhati.
"Sibuk nampak?" tegurnya.
"Kau nak apa?" balas Hazeeq Zharfan bersahaja.
"Tak de apa.Saja lawat kau.."
"Kalau tak de pape,pergi lah masuk bilik kau.Buat apa yang patut.."
"Kau ni.Aku datang sini nak borak-borak kejap dengan kau.Tu pon tak boleh.."
"Aku tak de masa lah nak borak-borak.Aku banyak kerja ni.."
"Aku tengok kau asyik belek-belek je kertas kerja tu.Apa yang banyak kejenya?"
"Pape je lah.."
Rayyan tahu sahabatnya itu hanya berpura-pura sibuk padahal tidak sibuk mana pun.
"Bila Syifa balik kondo kau?"
Hazeeq Zharfan memandang sahabatnya apabila nama isterinya disebut.
"Tah lah.Sejak dia gugur ni,jarang-jarang aku jumpa dia.Aku tengok dia macam tak nak jumpa aku terus je.."
"Hurm..kalau aku tanya ni,kau jangan terasa pulak ehh?"
Berhati-hati Rayyan berkata.Risau kalau tersilap cakap,sahabatnya itu mungkin akan terasa hati.
"Apa dia?"
"Err..kau rasa baby tu anak kau ke anak Syahril?"
Terkedu Hazeeq Zharfan.Dia mendiamkan diri seketika.
"Aku..aku tak pasti.."
"Okay,katakan lah baby tu anak Syahril,kau.."
Belum sempat Rayyan menghabiskan kata-katanya,Hazeeq Zharfan segera memintas.
"Aku takkan ceraikan Syifa.." pintas Hazeeq Zharfan dengan tenang.
Rayyan mengangguk faham.
"Erm..dah waktu lunch ni.Jom,aku belanja.." kata Rayyan setelah membelek jam yang tersarung di tangan kirinya.
"Okay.."
Mereka berdua keluar dari bilik itu.
Sedang mereka sedang enak menjamu selera,Ainul Raniya menyapa mereka.
"Zharfan.." ujarnya.
"Kau jangan nak buat hal kat sini boleh tak?"
Hazeeq Zharfan memberikan amaran.
"I nak buat hal?I nak buat apa?"
"Dah lah,tak de selera aku nak makan.."
Hazeeq Zharfan segera bangun dari situ.Rayyan pula segera membayar dan mengejar langkah sahabatnya yang laju itu.
Ainul Raniya mengetap bibirnya menahan amarah.
YOU ARE READING
Saya terlalu mencintai awak
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera Ain Syifa dikejutkan dengan berita perkahwinannya dengan crush sekolahnya dahulu iaitu,Hazeeq Zharfan. Sepanjang perkahwinan,Hazeeq Zharfan hanya menjalankan tanggungjawab zahirnya sahaja. Ain Syifa pula cuba membuang per...