Hazeeq Zharfan sampai di rumah ibu bapa mertuanya.
Ain Syifa yang baru hendak keluar dari bilik terus tidak jadi apabila terlihat kelibat suaminya.
Dia segera mengunci pintu biliknya.
"Syifa,buka pintu ni.." kata Hazeeq Zharfan sambil mengetuk pintu bilik.
"Pergi lah,Zharfan!Buat apa kau datang sini?" kata Ain Syifa sambil bersandar di belakang pintu.
"Salah ke aku nak jumpa isteri aku?!"
"Kau tak benci aku?"
"Syifa,aku tak benci kau.Buka lah pintu ni.." pujuk Hazeeq Zharfan.
Datin Suhaila yang baru muncul dari dapur pelik melihat menantunya yang mengetuk-ngetuk pintu bilik anaknya.
"Zharfan,kenapa ni?" soalnya.
"Mama,ada kunci pendua tak?Syifa ni tak nak buka pintu pula.Zharfan risau takut dia buat yang bukan-bukan dalam tu.." kata Hazeeq Zharfan dengan wajah risau akan keadaan isterinya.
Ain Syifa hanya dari dalam.Air matanya mula jatuh.Kenapa lelaki itu masih mengambil berat tentang dirinya sedangkan dia telah mengecewakan lelaki itu?
"Ada tu memang lah ada.Tapi mama tak rasa Syifa nak jumpa kamu.Kamu bagi dia masa ye?"
Serba salah juga Datin Suhaila dengan menantunya.
"Ma,Zharfan nak jumpa Syifa.Kenapa dia nak larikan diri macam ni?Zharfan terima baik buruk Syifa.Mungkin ni balasan untuk Zharfan sebab lebihkan Ainul dari isteri Zharfan sendiri.." ujar Hazeeq Zharfan seakan kesal.
Makin menjadi-jadi tangisan Ain Syifa.Perasaan bersalah yang amat kian terasa.
"Mama tak salahkan Zharfan.Mama akan pujuk Syifa.Sekarang ni,Zharfan balik dulu.Emosi Syifa tu masih belum stabil.Mama risau nanti dia cabar kesabaran kamu,kamu.."
Belum sempat Datin Suhaila menghabiskan kata-kata,Hazeeq Zharfan segera memintas.
"Zharfan faham.Erm..Zharfan minta diri dulu.Mama jagakan Syifa untuk Zharfan tau?" pintasnya.
Datin Suhaila menganggukkan kepalanya.Hazeeq Zharfan menyalam ibu mertuanya dan beredar dari situ.
Datin Suhaila mendekati pintu bilik anaknya.
"Syifa,buka lah pintu ni.Zharfan dah balik.." ujarnya.
Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka.Ain Syifa keluar dengan air mata yang bercucuran di pipinya.
Terus dia memeluk tubuh mamanya.Datin Suhaila mengosok-gosok belakang anaknya.
"Maafkan,Syifa.Syifa minta maaf,mama.."
"Dah,mama dah maafkan segala kesalah Syifa.Kenapa Syifa buat Zharfan macam tu?Tak kesian ke kat dia?Dia datang sini nak jumpa isteri dia.."
"Syifa tak layak untuk Zharfan.Zharfan terlalu baik untuk Syifa.Syifa kotor,mama!"
Ain Syifa sudah teresak-esak.
"Syifa.."
"Mama,Syifa dah malukan family kita.Syifa memang anak tak guna kan?Kenapa Syifa tak mati je?"
"Ya Allah,Syifa!Istighfar,sayang.Tak baik cakap macam tu.." tegur Datin Suhaila.
"Syifa dah kecewakan mama dengan papa.."
"It's okay,sayang.Mama tak marahkan Syifa.Mama anggap ni semua ujian untuk kita.."
Pelukan dilepaskan.Datin Suhaila mengesat air mata anaknya.
🎲🎲🎲
"You ni memang penipu kan?!" sergah Ainul Raniya tatkala membuka pintu bilik Syahril Luthfi.
Ketika itu,dia sedang ada urusan dengan PAnya.
"Syasya,awak keluar dulu.Nanti kita sambung.." kata Syahril Luthfi.
Syasya beredar keluar.
"Apa masalah kau ni?Tak malu ke dengan staf-staf aku?"
"You tu yang ada masalah.Kenapa pompuan tu boleh mengandungkan anak Zharfan?Apa yang you buat malam tu?"
"Dah dorang suami isteri memanglah Syifa mengandungkan anak Zharfan.." selamba Syahril Luthfi membalas.
"You ni.Kita rancang benda lain,kenapa benda lain yang jadi?!You ni memang tak boleh harap lah!"
"Aku tahu apa aku buat.Kau patutnya bersyukur tau aku tak pecahkan rahsia ni.Syifa tak tahu pon tu anak Zharfan.."
"Are you serious?"
"Lain kali jangan main terjah je.." pesan Syahril Luthfi.
"Okay,kalau I tak dapat Zharfan,siap you!"
Ainul Raniya sempat memberi amaran.
"Don't worry.Aku pon akan pastikan Syifa jatuh ke tangan aku.Aku yakin Zharfan akan ceraikan dia.." kata Syahril Luthfi dengan penuh yakin.
"Okay,we will see!"
"Erm..sekarang time lunch.Jom aku belanja.Bagi sejuk sikit hati kau yang tengah membara tu.." ajaknya sambil melihat jam di pergelangan tangan kirinya.
"Hati I membara disebabkan you!"
"Yelah,salah aku.."
Syahril Luthfi mengalah.Mereka berlalu keluar dari pejabat.
YOU ARE READING
Saya terlalu mencintai awak
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera Ain Syifa dikejutkan dengan berita perkahwinannya dengan crush sekolahnya dahulu iaitu,Hazeeq Zharfan. Sepanjang perkahwinan,Hazeeq Zharfan hanya menjalankan tanggungjawab zahirnya sahaja. Ain Syifa pula cuba membuang per...