"Ainul Raniya.."
Ainul Raniya berpaling.Terkejut dia melihat orang di hadapannya.
"Am?" ujar Ainul Raniya tidak percaya.
"Yea.Tak rindu I ke?"
"Bila you sampai sini?Tak inform I pun.You ni jahat lah.."
"You lagi jahat.You tunang dengan orang lain.Bukan dengan I.I benci you.." kata Izham mengada.
Dia bermain-main dengan rambut Ainul Raniya.
"Okay.You cakap je you nak apa supaya I boleh tebus salah I pada you.."
"I want you.."
Ainul Raniya tersenyum.
"Jom ikut I balik hotel.I nak lepaskan rindu I pada you.."
Izham meletakkan tangannya ke atas bahu Ainul Raniya.Mereka berjalan meninggalkan mall itu.
Ain Syifa yang perasan mereka berdua hanya memerhati.
"Dia dengan siapa tu?" ujarnya sendirian.
"Kau cakap dengan siapa?" soal Aina Izzaty.
"Kau ada nampak aku cakap dengan siapa-siapa ke?"
"Tak de lah pula.."
"Dah tu?"
"Issh,jom lah balik.Kau dah tak de apa-apa nak beli dah kan?"
"Tak de dah.Okay lah.Kita balik ye?Kesian mak buyung ni.." kata Ain Syifa sambil tersengih.
"Eh,kau pun nanti akan jadi mak buyung juga lah.."
"Lambat lagi.Siapa lah nak aku ni.."
"Kau tak payah nak berdrama kat sini ehh?Syahril ada,kau jual mahal.Aku tak faham lah dengan kau ni.."
"Aku tak cintakan dia.Takkan aku nak paksa diri aku untuk sukakan dia?"
"Syifa,cinta lepas kahwin lagi syok lah.Tengok aku ni.Aku dengan suami aku tu pun masing-masing tak kenal.Lagi parah.Tapi okay je.."
"Ye lah,Puan Aina Izzaty.Jom balik.Membebel pula kat sini.."
"Aku bukan bebel lah.Aku bagitahu je.."
"Ye lah.Jom balik.Nanti-nantilah membebel tu.."
Ain Syifa menarik tangan sahabatnya.
🎲🎲🎲
Hazeeq Zharfan yang duduk di hadapan kolam renang membelek fonnya.Sekejap menaip,sekejap call.
Hareesya Zafira tersengih-sengih dari dapur melihat abang sulungnya.
Dia menuju ke ruang tamu.
"Kau kenapa,Reesya?Sewel erk?" kata Hafeef Zafriel.
"Mana ada Reesya sewel.Tu,abang sulung kita tu yang sewel.."
"Kenapa dengan abang sulung kita tu?" sampuk Hadeef Zafriel.
"Tengoklah tu.Sekejap call,sekejap taip.Tak ke sewel tu?"
"Tu kau.." kata Hadeef Zafriel dan Hafeef Zafriel serentak.
Mentang-mentang lah kembar.Semua sama!
Hareesya Zafira mencebik.
Hazeeq Zharfan masuk ke dalam rumah.Dia melihat ketiga-tiga adiknya.
"Hah..ni pahal?" soalnya.
"Reesya cakap.."
Belum sempat Hadeef Zafriel berkata,Hareesya Zafira segera menekup mulut abang ketiganya.
"Reesya cakap apa?" soal Hazeeq Zharfan sambil memandang pelik ke arah adik bongsunya itu.
"Tak de.Tak de apa-apa.." kata Hareesya Zafira.
"Reesya cakap abang sulung dia ni sewel.." kata Hafeef Zafriel.
"Abang sewel?Amboi,Reesya!Suka hati je cakap orang sewel.Abang ni dah lah hensem,ramai peminat.Boleh pula Reesya cakap abang ni sewel.Tang mananya abang sewel?" kata Hazeeq Zharfan.
"Reesya gurau je lah.Tu pun tak boleh ke?" kata Hareesya Zafira.
"Eh,anak-anak mummy buat apa berkumpul kat ruang tamu ni?Ada mesyuarat tergempar ke?" ujar Datin Zafrina yang baru tiba di ruang tamu itu.
"My,Ainul ada call mummy tak?Zharfan call dia tak angkat.Wasap pun tak balas.." kata Hazeeq Zharfan.
"Tak de pula.Kenapa?Kamu ni,mummy rasa elok kamu berdua kahwin je lah cepat-cepat.Kalau sehari tak jumpa,tak dengar suara,tak boleh ke?"
"Bukan macam tu,my.Zharfan cuma pelik.Selalunya kalau Zharfan wasap,call ke,dia laju je angkat atau balas.Ni tak pun.Zharfan cuma risau lah.Kot-kot jadi apa-apa ke.."
"Ala,dia ada hal lah tu.Tak pun,fon dia tengah charge ke,bateri habis ke.Dia okay je.Tak payah risau sangat lah.."
Hazeeq Zharfan mengangguk.Dia meminta diri masuk ke bilik sebentar.
"Sayang betul kan abang kat Kak Ainul?" kata Hareesya Zafira.
"Mestilah sayang!Tunang dia.Kau nanti dah ada tunang takkan kau tak sayang tunang kau?" kata Hafeef Zafriel.
"Orang tak terfikir pun nak ada tunang.."
"Ye lah tu.."
"Dah lah.Mummy nak keluar ni.Nak jumpa kawan kejap.Korang duduk dalam rumah elok-elok.Nak keluar boleh tapi jangan balik lambat.Nanti daddy bising pandai-pandai lah jawab.." pesan Datin Zafrina.
"Beres,bos!" ujar mereka bertiga serentak.
YOU ARE READING
Saya terlalu mencintai awak
Roman d'amour#2019 Coverby:@nurshaziera Ain Syifa dikejutkan dengan berita perkahwinannya dengan crush sekolahnya dahulu iaitu,Hazeeq Zharfan. Sepanjang perkahwinan,Hazeeq Zharfan hanya menjalankan tanggungjawab zahirnya sahaja. Ain Syifa pula cuba membuang per...