Hujung minggu itu,mereka berdua hanya duduk di rumah.
Ainul Raniya membuat kerja rumahnya seperti biasa.
Dia mengangkat vacum lalu mengvacum sofa yang terletak elok di ruang tamu itu.
Hazeeq Zharfan hanya memerhati.Beberapa minit kemudian,loceng rumahnya berbunyi.
Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.
"Biar aku buka.." kata Hazeeq Zharfan.
Ain Syifa hanya mendengar.Dia meneruskan mengvacum sofa.
Hazeeq Zharfan membuka pintu rumahnya.Dia terkejut melihat gerangan yang datang.
"Sayang!" ujar Ainul Raniya teruja.
"You,you buat apa kat sini?Tak cakap kat I pon nak datang.You ni suka buat surprise kat I.You ni sweet lah.."
"I ingat you nak marah I.Takut I tau?You ni jahat lah.."
Hazeeq Zharfan ketawa.
"Jom masuk.." ajaknya.
Mereka berdua masuk ke dalam rumah.Ainul Raniya memandang Ain Syifa yang sedang mengvacum sofa itu.
"Tak sangka I,you upah orang gaji.Patut lah cantik rumah you.." sindir Ainul Raniya.
Ain Syifa menahan amarahnya.Dia cuba mengawal emosinya.
Dia berlagak selamba.
"Pergi lah buat air.I haus ni.You,tengok dia ni.Pemalas!" kata Ainul Raniya.
"Maaf ye,Cik Ainul.Saya bukan bibik nak sediakan air untuk cik.Tapi disebabkan cik tetamu rumah ni,saya kena lah layan.Tak baik tak layan tetamu.Tetamu kan bawa rezeki?" balas Ain Syifa.
"You,dia ni memang jenis menyakitkan hati orang ke macam mana?Annoying betul!Hati I sakit tau tak?" adu Ainul Raniya.
"Syifa,kau tak boleh layan Ainul baik-baik ke?" kata Hazeeq Zharfan pula.
"Aku layan dia baik lah ni.Kalau aku ni jahat,dah lama aku halau dia dari rumah ni.." ujar Ain Syifa sambil cuba mengawal perasaan geramnya itu.
Dia berlalu ke dapur.Dibancuhnya air.
"I nak fresh orange tau.." kata Ainul Raniya.
"Sorry,Cik Ainul.Kat sini bukannya restoran.Kalau nak fresh orange,pergi lah restoran.Bukannya datang rumah orang.."
"Cakap je lah yang you tu malas nak buatkan fresh orange untuk I kan?Huh!You,jom kita keluar.I sakit hati lah kat sini.Macam mana lah nanti kalau I dah kahwin dengan you kan?Mesti hati I selalu berdarah disebabkan pompuan ni!"
Hazeeq Zharfan memandang Ain Syifa.
"Okaylah,jom.I belanja you.."
Ainul Raniya tersenyum.
"Thanks sayang.Ni yang I sayang you ni.."
Ainul Raniya sempat menjeling Ain Syifa lalu tersenyum sinis ke arahnya.
Ain Syifa meletak semula jag yang kosong itu.Nasib baik dia belum membancuh minuman.
Mengada betul gadis itu!
🎲🎲🎲
Hazeeq Zharfan sampai di rumah pada pukul 9 malam.Lama sangat keluar.Pergi manalah agaknya.
Ain Syifa yang baru selesai menunaikan solat isyak,keluar dari biliknya.
Terkejut dia dengan kepulangan lelaki itu.
"Lambatnya kau balik?Pergi mana?" soalnya lembut.
"Kenapa kau kisah sangat pasal aku hah?"
"Sorry kalau aku jadi penyibuk.Aku just nak pastikan kau selamat.Lagipon aku kan isteri kau walaupon aku tahu aku hanya isteri atas kertas je,tapi at least izinkan aku ambil berat pasal kau.Boleh kan?Aku tak minta banyak,Zharfan.."
"Aku penat.Aku nak masuk dalam bilik,aku nak solat.Aku nak tidur.Kau tak payah risau pasal aku.Aku tahu jaga diri aku.Don't worry,okay?" kata Hazeeq Zharfan.
Ain Syifa memegang tangan suaminya.Disalamnya tangan lelaki itu.
Hazeeq Zharfan yang melihat, pelik dengan tindakan gadis itu.
"Kau buat apa ni?"
"Sebelum kau masuk tidur,aku nak minta maaf kat kau.Aku rasa aku banyak buat salah kat kau.Aku tak nak jadi isteri derhaka.Maafkan aku.Aku dah pernah tinggikan suara aku pada kau.Aku pernah minta cerai dari kau.Sebagai seorang isteri yang baik,dia takkan minta cerai dari suaminya kan?So,aku nak minta maaf.Aku harap kau dapat maafkan aku.." ucap Ain Syifa.
"Aku nak tanya something boleh?Kau tak penat ke jadi baik,Syifa?Jujur aku cakap,kau terlalu baik.Jadi aku rasa aku tak layak jadi suami kau.Kau boleh dapat lelaki yang lagi baik dari aku.Yang boleh cintakan kau sepenuh hati.Kau tak penat ke menagih cinta dari aku?"
"Zharfan,aku cintakan kau dari zaman sekolah lagi.Mungkin kau tak cintakan aku sekarang,mungkin nanti.Aku akan tunggu saat tu,Zharfan.Belajar cintakan aku?Okay,aku faham.Mungkin cinta kau sepenuhnya dah bagi pada Ainul.Tapi dia masih belum halal bagi kau.Dia.."
"Aku boleh jadikan dia yang halal untuk aku.Dah lah,aku nak maauk bilik.Dah lewat ni.." potong Hazeeq Zharfan.
Dia beredar masuk ke dalam bilik.Ain Syifa hanya memerhati suaminya melangkah masuk ke dalam bilik.
Dia juga beredar masuk ke dalam biliknya.Dia membaringkan tubuhnya.
Ditariknya selimut bagi menutupi tubuhnya.Setelah membaca doa tidur,dia memejamkan matanya.
'Selamat malam,Zharfan.Sweet dream.Semoga hari esok menjadi hari yang lebih baik dari hari ini..' getus Ain Syifa dalam keadaan matanya tertutup.
YOU ARE READING
Saya terlalu mencintai awak
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera Ain Syifa dikejutkan dengan berita perkahwinannya dengan crush sekolahnya dahulu iaitu,Hazeeq Zharfan. Sepanjang perkahwinan,Hazeeq Zharfan hanya menjalankan tanggungjawab zahirnya sahaja. Ain Syifa pula cuba membuang per...