Ain Syifa melilit shawl di kepalanya.Hazeeq Zharfan yang sudah lengkap berbaju melayu itu memerhati isterinya yang sedang bersiap.
"Sayang tak menyesal?"
Ain Syifa menghentikan perbuatannya.Dia menelan air liur dan berpaling ke arah suaminya.
"Abang,janganlah buat Syifa serba salah.Syifa tahu abang boleh berlaku adil.Janganlah macam ni.."
Hazeeq Zharfan menarik tangan isterinya ke dadanya.
"Sayang je yang boleh duduk kat sini.."
"Abang jangan lah macam tu.Ainul pon berhak duduk kat sini.." kata Ain Syifa sambil memegang dada suaminya.
"Sayang betul-betul ikhlas?"
"Err..abang,jom.Dah lewat ni.Kesian Ainul tunggu lama.." kata Ain Syifa sambil mengajak suaminya keluar dari bilik itu.
Apabila sampai di rumah Ainul Raniya,Hazeeq Zharfan segera duduk di hadapan Dato Raihan.
Ainul Raniya tersenyum melihat bakal suaminya.Ain Syifa mengambil tempat di sebelah bakal madunya.
Datin Zafrina mengenggam kuat tangan menantunya untuk menyalurkan kekuatan kepada menantunya.
Dia tahu Ain Syifa hanya berpura-pura gembira dengan apa yang bakal berlaku sebentar lagi.
"Hazeeq Zharfan bin Hareez.."
"Saya.."
"Stop!!" ujar Izham yang baru muncul.
"You buat apa ni?!" kata Ainul Raniya sambil berdiri.
"You tak boleh kahwin dengan dia.You kena kahwin dengan I!" halang Izham.
"No!I tak nak kahwin dengan you!I nak kahwin dengan Zharfan!Daddy,teruskan majlis ni!" arah Ainul Raniya.
"Uncle,please kawinkan saya dengan Ainul.Ainul mengandungkan anak saya.." jujur Izham berkata.
Ainul Raniya mengetap bibir apabila rahsianya terbongkar.
"Apa Ainul?Kamu pregnant?" kata Datin Ainnur seakan tidak percaya dengan kata-kata Izham.
"No,mum.I tak pregnant.Zharfan,percayakan I.I nak jadi isteri you.." rayu Ainul Raniya.
"Kalau kau nak tahu,aku dah tahu benda ni.Izham ada jumpa aku.Dia dah ceritakan hal sebenar.Aku sengaja teruskan sebab Syifa nak sangat jadikan kau madu dia.Tapi,sorry.Aku tak nak jadi pak sanggup.Uncle,kahwinkan je dorang ni.Mungkin Izham jodoh yang terbaik untuk Ainul.Bukan saya.."
Hazeeq Zharfan bangun dari situ dan menyuruh Izham duduk di tempatnya.
Dengan sekali lafaz,Ainul Raniya sah menjadi isteri kepada Izham.
Izham mendekati Ainul Raniya untuk menyarung cincin.Dengan tidak rela,Ainul Raniya menghulurkan tangannya.
Cincin emas itu disarungkan.Dia menjeling Izham.
🎲🎲🎲
Ain Syifa berdiri sambil termenung di balkoni bilik setelah selesai makan malam.
Dia memandang permandangan malam Kota Damansara itu.
Sedang asyik terleka memandang permandangan di balkoni,dia terkejut apabila ada tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang.
"Sayang tengok apa tu?" ujar Hazeeq Zharfan.
"Err..tak de apa.Saja ambil angin malam.."
"Jom masuk.."
"Erm..abang kalau nak baring,abang baringlah dulu.Syifa nak ambil angin kejap.."
"Sayang ni.Nak manja-manja pon tak nak.Kalau abang jadi kahwin tadi,memang sayang merana tau.Ni abang dah ada depan mata buat tak tahu pulak.." ujar Hazeeq Zharfan seakan merajuk.
"Ala abang ni macam budak-budak lah.Dah nak jadi bapak orang pon perangai tak matang lagi.." kata Ain Syifa lancar seakan tidak sedar yang dia sudah terlepas cakap.
"Apa sayang cakap tadi?"
"Syifa cakap apa?"
"Tadi.Apa,bapak orang?" kata Hazeeq Zharfan pelik tapi rasanya itulah yang dia dengar.
"Err..abang salah dengar kot.Mana ada Syifa cakap macam tu.."
Ain Syifa sudah mula cuak.Dia mula memandang ke arah lain.
"Hurm..maybe belum rezeki kita kan?Tak pe lah.Mana tahu esok,lusa,next week,next month,next year ada kan?"
Ain Syifa berasa serba salah pula merahsiakan hal itu.Dalam hati,dia bertekad dia akan memberitahu hal itu namun biarlah pada masa yang sesuai.
"Jom lah.Sayang tak sejuk ke duduk kat sini?Teman abang tengok movie nak?" ajak Hazeeq Zharfan.
"Ye lah.."
Ain Syifa mengikuti langkah suaminya.Mereka berlalu keluar dari bilik.
Mereka duduk di sofa.Tv di'on'kan.
Are you guys happy?😂Sorry sesangat lambat update.Hope enjoy😁
YOU ARE READING
Saya terlalu mencintai awak
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera Ain Syifa dikejutkan dengan berita perkahwinannya dengan crush sekolahnya dahulu iaitu,Hazeeq Zharfan. Sepanjang perkahwinan,Hazeeq Zharfan hanya menjalankan tanggungjawab zahirnya sahaja. Ain Syifa pula cuba membuang per...