STMA-1

26.1K 390 16
                                    

Ain Syifa menyiapkan dirinya untuk bekerja.Hari ini merupakan hari pertama dia di syarikat papanya.

"Syifa,dah siap ke belum?" soal Datin Suhaila di muka pintu.

"Dah,ma.Kejap lagi Syifa turun.." balasnya.

"Cepat sikit.Nanti papa bising.."

"Okay,ma.."

Setelah selesai melilit shawl di kepalanya,dia terus turun ke meja makan.

"Lamanya siap.Mengalahkan pengantin pulak.Kau tu nak pergi pejabat je,Syifa.Bukannya nak pergi kahwin.." kata Aidil Syahmi,abangnya.

"Ma,tengok abang ni!" adu Ain Syifa.

"Dah,tak payah gaduh!Dah besar panjang pun kan?Tapi perangai still macam budak-budak.Tak matang langsung.Elok mama kahwinkan je korang dua ni.Baru nak matang kot.." bebel Datin Suhaila.

Kedua-duanya mula diam.Dato Aizam yang baru turun menyapa kedua-dua anaknya.

"Good morning anak-anak papa.." sapanya.

"Good morning,papa.." balas mereka berdua serentak.

"Syifa,selamat bekerja.Kerja elok-elok tau.Syahmi,pantau adik ni.." pesan Dato Aizam.

"Okay,pa tapi Syahmi tak janji.Kalau Syifa ni buat hal,Syahmi terpaksa guna kuasa veto Syahmi.."

"Abang ingat abang tu suami Syifa ke?Nak guna kuasa veto konon.."

Ain Syifa mencebik.

"Suka hati abanglah.." balas Aidil Syahmi.

"Dah,jangan nak start.." kata Datin Suhaila.

Setelah selesai bersarapan,mereka mula ke luar rumah.

"Mama doakan Syifa,tau.." pesan Ain Syifa ketika menyalam mamanya.

"Ye,sayang.Mama sentiasa doakan anak-anak mama.." kata Datin Suhaila.

"Mengada lah kau ni,Syifa.." ujar Aidil Syahmi.

"Aidil Syahmi.." kata Dato Aizam pula.

"Okay,fine.Manja!"

Sempat dia menjeling adiknya.Dia terus masuk ke dalam kereta BMW M4.

"Saya pergi dulu.." kata Dato Aizam.

"Ye lah,hati-hati abang.."

Datin Suhaila menyalam suaminya.

Dato Aizam mula memasuki kereta anaknya.Ain Syifa juga memasuki tempat duduk belakang.Sempat dia melambai mamanya.

Setelah beberapa minit,mereka sampai di Aizam Holding.

Ain Syifa mengikuti langkah papa dan abangnya.

"Selamat pagi,Dato,Encik Syahmi,Cik Syifa.." ujar PA Dato Aizam,Lina.

"Lina,tunjukkan bilik untuk anak saya Syifa ni.." kata Dato Aizam.

"Baik,Dato.Erm..silakan Cik Syifa.."

"Terima kasih.." ujar Ain Syifa.

Ain Syifa mengikuti langkah Lina.

"Cik Syifa.Ni dia bilik cik.."

Ain Syifa memerhati bilik itu.

"Erm..kalau tak de apa-apa saya keluar dulu.."

"Okay.."

Ain Syifa duduk di kerusi yang disediakan.Selang beberapa minit,pintu biliknya diketuk.

"Papa.Ada apa,pa?" soalnya.

"Jom,papa kenalkan Syifa dengan staf-staf papa.."

Ain Syifa mengangguk.Dia mengikuti langkah papanya.

"Okay,tujuan saya kumpulkan kamu semua ni,saya nak memperkenalkan anak saya yang bongsu iaitu Ain Syifa kepada kamu semua.Saya harap kamu semua boleh berikan tunjuk ajar kepada anak saya ini.Tu je dari saya,terima kasih.."  ucap Dato Aizam.

Kemudian,seorang demi seorang memperkenalkan diri masing-masing.Ain Syifa hanya mengangguk.

🎲🎲🎲

"Zharfan,you termenung apa tu?" soal Ainul Raniya.

"Erm..I tengah pening sikit pasal projek baru tu.." balas Hazeeq Zharfan.

"Alahai,kesiannya tunang I ni.Nak I urutkan kepala you tak?Mana tahu boleh legakan sikit pening you tu.I risaulah.You tu kerja kuat sangat lah.."

"Thanks,you.You ni memang faham I.."

Ainul Raniya tersenyum bahagia.

Dia sudah bekerja dengan keluarga Hazeeq Zharfan hampir empat tahun.

Tahun lalu,masing-masing meluahkan perasaan dan Hazeeq Zharfan melamar Ainul Raniya menjadi isterinya. Sungguh bahagia Ainul Raniya ketika itu.

"You.." panggil Hazeeq Zharfan.

"Ye?"

"I love you,honey.."

"I love you,too.."

Ainul Raniya meneruskan mengurut kepala Hazeeq Zharfan.

"Sedap you urut.." puji Hazeeq Zharfan.

"Thank you,sayang.."

"Dah lah.Sekarang ni you keluar.Nanti daddy I nampak dia ingat I tak buat kerja pula.."

"Okay,I keluar.Jumpa you waktu lunch nanti.."

"Okay,sayang.."

Ainul Raniya melangkah keluar dari bilik tunangnya.

Saya terlalu mencintai awakWhere stories live. Discover now