STMA-52

10.8K 218 26
                                    

Ainul Raniya tersenyum apabila mangsa berada di hadapannya.Tunggu masa je hendak dihapuskan.

"You main-main dengan I kan,Syifa?Tak pe,you belum kenal lagi siapa I.I akan hapuskan you!"

Enjin kereta dihidupkan.Dia tersenyum sinis.

Ain Syifa yang sedang melintas jalan itu segera dilanggarnya.

"Sayang!"

Hazeeq Zharfan segera menyelamatkan isterinya.Dia menolak isterinya ke tepi dan dirinya pula yang dijadikan mangsa.

Dia terbaring di tengah jalan dengan berlumuran darah.

Ain Syifa terkaku seketika.Terkejut dia melihat keadaan suaminya.

Dia mendekati suaminya.

"Abang!Please bertahan!Jangan tinggalkan Syifa!" rayu Ain Syifa apabila melihat keadaan suaminya yang begitu lemah.

🎲🎲🎲

"Macam mana keadaan Zharfan?Zharfan okay kan?" soal Datin Zafrina kalut apabila sampai sahaja di hospital.

Ain Syifa sudah di dalam dakapan mamanya.

"Erm..Zharfan belum sedar lagi,mummy.." balas Ain Syifa sambil mengesat airmatanya.

"It's okay.Insya-Allah,tak lama lagi Zharfan sedar.Syifa banyakkan bersabar ye.."

Datin Zafrina mengusap belakang menantunya.

"Erm..mummy masuk tengok Zharfan dulu ye.."

Datin Suhaila dan Ain Syifa hanya memerhati Datin Zafrina memasuki bilik yang menempatkan Hazeeq Zharfan.

"Syifa,mama sebenarnya ada something nak cakap.Mama harap Syifa terima dengan hati terbuka ye?"

Ain Syifa memandang pelik ke arah mamanya.

"Mama nak cakap apa ni?Serius je bunyinya.."

"Memang serius.Erm..sebenarnya kandungan kamu yang gugur haritu bukan anak Syahril tapi anak kamu dengan Zharfan.." jujur Datin Suhaila berkata.

Ain Syifa cuba menghadam kata-kata mamanya.Bergenang tubir matanya.

"Mama cakap apa ni?"

Bergetar suara Ain Syifa.

"Mama tahu tak,Syifa benci anak tu?Sampai Syifa rasa nak bunuh anak tu.Bunuh diri Syifa sendiri.Mama cakap apa ni?" desak Ain Syifa.

"Syifa,Syahril dah ceritakan hal sebenar pada papa dan mama.Dia kata dia sengaja katakan tu anak dia supaya dia boleh dapatkan Syifa tapi dia dah sedar silap dia.Dia takkan dapat memiliki Syifa sebab Syifa isteri Zharfan.Maafkan Syahril,ya?" pujuk Datin Suhaila lagi.

Ain Syifa sudah mula menangis teresak-esak.Tidak menyangka kandungan yang dibenci selama ini ialah kandungan yang sah selama ini.

'Maafkan ibu,sayang..' getus hatinya.

Serentak itu,Datin Zafrina keluar dari bilik Hazeeq Zharfan.Dia mendekati mereka berdua.

"Syifa,mama dengan mummy balik dulu lah.Esok pagi kami datang semula.." kata Datin Zafrina.

Ain Syifa hanya mengangguk.Dia menyalam Datin Suhaila dan Datin Zafrina.

Setelah itu,dia masuk ke dalam bilik suaminya.

"Abang.." ujarnya sambil memegang tangan suaminya.

"Maafkan Syifa.Disebabkan Syifa abang jadi macam ni.."

Disaat itu,pintu bilik suaminya dibuka.

"Zharfan!" ujar Ainul Raniya.

Dia mendekati katil Hazeeq Zharfan.

"Ainul,awak keluar dulu.Zharfan masih belum sedar.Nanti dia dah sedar,awak boleh lawat dia.." kata Ain Syifa.

"You siapa nak halau I?"

"Saya bukan halau awak.."

"Dah lah!Disebabkan you,Zharfan jadi macam ni tau?!You yang patutnya keluar dari bilik ni!Bukannya I.."

"Ainul,Zharfan ni suami saya.Saya berhak ada dalam bilik ni.."

Ainul Raniya tersenyum sinis.

"I pon ada hak,Syifa.I ni bakal isteri Zharfan.You jangan buat-buat lupa ya?You yang merayu kat I supaya terima lamaran you.So,I ada hak untuk jaga Zharfan.You,you boleh berambus dari sini!"

"Kita jaga sama-sama.Boleh kan?"

"You ingat bila Zharfan sedar nanti dia nak tengok muka you ke?Jangan perasan lah!Zharfan mestilah nak tengok muka I je.." kata Ainul Raniya sengaja ingin menyakitkan hati Ain Syifa.

"Erm..Ainul,please.Bagi saya jaga Zharfan.."

"Okay,macam ni lah.You balik,you cerminkan diri you tu dulu.You rasa,layak ke you dengan Zharfan?"

Ain Syifa terdiam.Dia terasa dengan kata-kata Ainul Raniya.

"Syifa,I nak perkahwinan I ni berjalan lancar tau?Bukan setakat cakap kat mulut je.Ingat tu!"

Ainul Raniya melangkah keluar dari bilik itu.Ain Syifa pula terpinga-pinga.

Dia sendiri tidak pasti apa yang patut dia lakukan sekarang.Patutkah dia meneruskan apa yang dikatakannya itu?

Maaflah kepada sesiapa yang menunggu update.Serius busy.Ada kalanya ada idea tapi malas nk menulis.Sorry banyak2😉😉

Saya terlalu mencintai awakWhere stories live. Discover now