1 7

1.4K 187 18
                                    

“jihyo.. bangun”
Selembut mungkin Jungkook cuba mengejut Jihyo yang tidur. Dia mana pandai lembut lembut ni.

Tapi demi perempuan yang dah curi hatinya itu, dia cuba juga untuk jadi lembut.

“hm.. jungkook?”
Jihyo cuma membuja sedikit matanya sebelum kembali terpejam rapat.

Tetapi sempat dia tersenyum kearah Jungkook.

Vampire itu buat seketika mati akal. Senyuman yang Jihyo berikan padanya tu sangat ikhlas.

Jungkook mengeluh perlahan.

Dia mengambil keputusan untuk temankan Jihyo. Jadi dengan berhati hati, jungkook memanjat katil.

Kedua lengan sasa nya memeluk Jihyo yang sudah sambung tidur semula.

Buat pertama kalinya, Jungkook memandang Jihyo sebagai seorang wanita. Bukan untuk dia ratah begitu saja seperti sebelum ni.

“maafkan aku sebab selama ni aku paksa kau buat benda yang kotor. aku janji aku akan cuba berubah dan jaga kau sebaik yang aku mampu”

Jungkook mencium pipi Jihyo sebelum memejamkan matanya.

Dia tidak tidur. Vampire tidak perlukan tidur. Tapi entah kenapa, Jihyo buatkan Jungkook rasa terlalu tenang.

Tenang sehingga Jungkook terlena seketika seperti manusia biasa.

° ° °

“jungkook..”
Jihyo cuba mengawal rasa terkejut apabila dia bukak je mata, Jungkook dah ada depan muka dia.

“awak perhati saya tidur sepanjang malam tadi ke..?”
Tanya Jihyo ragu ragu.

Gadis itu terkejut apabila Jungkook tersenyum lalu mengangguk.

“awak senyum?”

“hm. salah ke?”

“ah--- taklah!”

“bangun, bersihkan diri kau. nanti aku suruh maid bawakan kau makanan. well, kali ni memang makanan yang manusia biasa makan”

Selepas memberi arahan itu, Jungkook terus pergi.

Jihyo terdiam dan termenung buat sementara.

“peliknya dia harini.. Layan aku baik semacam je. Dia kena sampuk ke?”
Jihyo bertanya diri sendiri.

Ceh kalau Jungkook dengar ni, mati dia.


♡ ♡ ♡


“em jungkook mana?”
Tanya Jihyo pada Taehyung yang sekarang sedang duduk di depan dia.

Taehyung mengeluh.

“dia pergi hadap appa dia. sebab dia beritahu appa yang dia--- nak kahwin dengan kau”

Jihyo bungkam. Apa yang Taehyung baru katakan tu langsung tak pernah dia bayangkan terjadi.

“awak bergurau..?”

Taehyung menjeling tajam kearah Jihyo.

“mana ada. betul lah. buang masa nak tipu kau”
nada menyampah jelas dapat didengari dalam kata kata Taehyung tu.

“dia akan okay?”
Jihyo bertanya lagi.

Mata Jihyo membulat bila Taehyung tiba tiba berada dekat dengan tubuhnya.

Menikam dirinya dengan pandangan mata tajam yang menyeramkan.

“dia takkan okay! semua sebab kau! kau manusia menyusahkan! kalau apa apa jadi dekat Jungkook, semua salah kau!”

Tengkingan kuat Taehyung itu berjaya buatkan Jihyo rasa nak nangis.

Terbit tanda tanya dalam kepala Jihyo.

Kenapa Jungkook sanggup buat semua tu untuk dia? tidak kah dia cuma mainan Jungkook?

Tiba tiba, Jungkook nak mengahwini nya pulak. Jihyo betul betul keliru.

“Taehyung.. bawak saya pergi jumpa Jungkook sekarang”







Nah hadiah, lama tak update kan🙏😟

Nah hadiah, lama tak update kan🙏😟

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] DominantWhere stories live. Discover now