2 4

1.2K 199 10
                                    

“yoongi--- saya tahu niat awak baik tapi saya taknak nanti Jungkook cederakan awak pulak”

Jihyo menepis perlahan tangan Yoongi yang sedang merawat lebam dimukanya.

Yoongi senyum. Tidak membalas apa apa.

“Auch, sakit---”
Bisik Jihyo perlahan bila kapas basah itu mengena pipi kanannya.

“Saya serius, Yoongi. Lepas awak dah siap ni, hantar saya balik, okay?”
Jihyo berkata lagi.

Yoongi mengeluh perlahan.

“Saya sanggup lawan Jungkook kalau itu yang perlu. Saya tak tahan tengok awak macam ni”
Yoongi akhirnya memberi respon.

Muka Jihyo tertunduk. Dia bahagia bersama Jungkook. Dia bahagia.

Sampailah tiba tiba Jungkook berubah semula. Apa salah dia, Jihyo pun tak tahu.

“Saya sayangkan dia. Dia ajak saya kahwin, Yoongi. Tapi lepas dia jumpa appa dia, terus dia berubah”

Jelas Yoongi tidak percaya dengan kata kata Jihyo. Terkejut kerana Jungkook pernah mengajak Jihyo kahwin.

Kepala Yoongi digeleng perlahan.

“Mungkin dia tak pernah berubah. Dia cuma berpura pura?”

Jihyo terdiam buat seketika. Dia sedang cuba memikirkan kemungkinan kata kata Yoongi.

“Saya kenal dia. Dia tak berpura pura. Dia lembut sangat. Dia baik. Dia layan saya dengan elok”

Jihyo taknak mengalah. Dia percaya kata sayang Jungkook pada dia dulu semuanya ikhlas.

“Yoongi, kalau betul awak nak tolong saya, tolonglah cari jalan untuk kembalikkan Jungkook yang baik tu semula. Please?”

Jihyo cuba memujuk Yoongi. Dan kerana wajah sedih Jihyo, Yoongi nak tak nak bersetuju.

“Tapi---”

“Degilnya kau, Yoongi”

Jihyo dan Yoongi serentak memandang kearah datangnya suara seram itu.

Jeon Jungkook. Dia ada disitu. Tersengih sinis kearah Jihyo.

“Jungkook..”
Jihyo memberanikan diri membalas tatapan tajam Jungkook.

“Aku pernah cakap, kau tak patut ambil tau urusan dia dan aku lagi. Kenapa kau degil sangat?”
Soal Jungkook sinis.

Yoongi dan Jungkook sekarang berhadapan satu sama lain. Jihyo pula dibelakang Yoongi.

“Sebab aku taktahan tengok kau seksa dia. Dia sayang kau, bodoh. Kalau kau tak reti jaga dia, aku akan ambik dia dan jaga dia elok elok”

Jari telunjuk Yoongi menekan nekan dada Jungkook.

Jungkook hanya diam. Dia sedang menahan marahnya. Lagipun, dia di tempat Yoongi.

Ditempat werewolves. Kalau dia serang Yoongi, dia takut ramai lagi diluar sana dan akhirnya Jungkook yang akan kalah.

Jadi Jungkook memilih untuk tahan marahnya.

“Yoongi, aku nak bawak dia balik. Apa pun aku buat pada dia, bukan urusan kau. Aku harap kau faham dan jangan ganggu kami lagi”

Jungkook segera mencapai lengan Jihyo lalu terus berlari selaju mungkin.

Yoongi yang tidak sempat berbuat apa cuma duduk berdiri.

“Tuan, perlu ke kita kejar dia?”
Tanya orang kanan Yoongi.

“Tak perlu. Aku beri dia peluang. Tapi nanti---”

Yoongi berjeda. Dia tak tau apa lagi harus dia lakukan.

DOMINANT

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] DominantWhere stories live. Discover now