3 0

1.6K 186 38
                                    

Jihyo ditinggalkan buntu bersama airmata nya yang masih mengalir.

Jungkook masih diseksa dan dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

“bukan ke awak kuat, jungkook? kenapa awak tak lawan semua ni, sayang?”

Jihyo bertanya seolah olah dia sedang bertanya kepada Jungkook.

Airmatanya diseka kasar saat Jungkook melirik kearahnya.

“sayang”
Ungkap Jungkook tanpa suara. Dia dapat mendengar jelas tadinya apa yang bermain difikiran Jihyo.

Dalam fikiran Jungkook saat itu cuma satu.

Iaitu keselamatan Jihyo. Manusia tidak sepatutnya berada disitu. Atau perkara akan jadi lebih teruk.

“pergi”
Jungkook sekali lagi menggerakkan bibirnya.

Laju Jihyo menggeleng.

“saya takkan pergi tanpa awak, Jungkook”
Bisik Jihyo perlahan.

Dia yang hanya mampu melihat jungkook dari belakang semak samun itu merasakan diri dia tidak berguna.

Kerana dia tidak mungkin mampu untuk membantu Jungkook.

Jungkook merengus perlahan kerana kedegilan jihyo.

Matanya meliar memandang sekeliling. Tiada sesiapa disitu sekarang.

jihyo seolah olah faham apa yang Jungkook maksudkan jadi gadis itu keluar dari balik semak.

Lalu menuju pantas kearah Jungkook. Ikatan Jungkook cuba dibuka sedaya upaya.

Setelah ikatan dibuka, Jungkook jatuh melutut dihadapan Jihyo.

“jungkook! awak okay tak?! kenapa boleh jadi macam ni?!”
Soal jihyo cemas.

Bahu Jungkook dipegang perlahan.

Luruh hati kecilnya melihat Jungkook begitu. Vampire paling kuat Jihyo pernah kenal kini kelihatan terlalu lemah.

“kau perlu pergi dari sini. tak selamat. sekejap lagi, appa aku akan datang. kau tak selamat, sayang”

Gesa Jungkook buntu. Sedaya upaya dia memikirkan jalan keluar untuk Jihyo.

Sebelum itu, sempat Jungkook menanggalkan rantai yang menghalang kuasanya dan dibuang jauh jauh.

“hey, saya takkan pergi tanpa awak. awak faham tak? saya bantu awak, nae? berdiri”

Jihyo masih berdegil menyebabkan Jungkook mengalah.

“baiklah. tapi kau kena cepat. aku tak ada kuasa aku sekarang--- uhm, ada tapi tak kuat untuk lawan mereka semua nanti”

Jihyo mengangguk lalu dia membantu Jungkook supaya vampire itu boleh berdiri.

“jungkook---”

“you got guts, human. beraninya kau sampuk hal keluarga aku”
Pintas satu suara dingin.

“shit”
Jungkook sudah mula menyumpah. Siapa lagi kalau bukan tuan Jeon.

“tuan jeon, dia ni anak awak! sanggup awak buat dia macam ni?!”
Entah dari mana datangnya keberanian Jihyo pada saat itu.

“cakap elok elok sikit dengan aku, manusia takguna. dan suka hati akulah. aku bapak dia. aku kenalah ajar dia bila dia buat silap”

Balasan selamba Tuan Jeon itu betul betul menyakitkan hatinya Jihyo.

“apa salah dia?!”

“salah dia adalah kau. Dia mencintai engka sampai dia lupa apa kaum kau buat pada mak dia. Dia lupa macam mana mana manusia bunuh isteri aku. ”

[C] DominantWhere stories live. Discover now