1 9

1.2K 188 27
                                    

Segelas cawan yang berisi cecair racun dibawa masuk ke dalam bilik jungkook. Muka Jungkook merah akibat daripada menahan amarahnya.

" Tuangkan ke dalam mulut dia."

Sebaik sahaja arahan itu keluar dari mulut Tuan Jeon, terus racun itu dimasukkan ke mulut Jungkook. Jungkook tiada kudrat untuk melawan.

Tangan dan kaki sudah diikat kemas dengan tali hikmat appanya.

" Korang boleh keluar. Tinggalkan aku dan jungkook berdua."

Sebaik sahaja ahli sihir dan pembantunya itu keluar, muncul pula seorang lagi. Tiba tiba saja berada di depan Tuan Jeon.

" Selamat Sejahtera, Tuan."

Lelaki itu melutut di hadapan tuannya. Tiada secalit senyuman pun yang terukir di bibirnya. Malah, wajahnya bengis.

" Taehyung. Apa kau nak datang jumpa aku ni? "

Taehyung merapatkan bibirnya ke arah telinga Tuan Jeon. Mulutnya membisikkan sessuatu yang jungkook pun tidak pasti apa.

" Perempuan tu nak datang sini, selamatkan anak aku? Huh, tak lama lagi habis la dia akan didera. Dasar manusia tak sedar diri. "

Jungkook yang tadinya tidak sedarkan diri mula mencelikkan matanya.

Mata lelaki itu berwarna merah menyala. Tidak sama dengan sebelum ini. Wajah yang tadi menahan rasa sakit sudah kelihatan bengis.

Jungkook.








Dia.









Berubah.

♡ ♡ ♡

Jihyo yang sedang leka memasak di dapur tersentak apabila pintu utama ditutup kuat. Pantas gadis itu berlari ke hadapan melihat apa yang terjadi.

Dilihatnya pintu itu biasa sahaja. Petir dan kilat seolah olah bertarung di luar rumah. Air air hujan turun dengan lebat membasahi tanah tanah bumi.

Sebaik sahaja memastikan pintu sudah dikunci, jihyo pusingkan badannya ke belakang untuk menuju ke dapur.

"J--Jungkook."

Wajah lelaki itu terukir secalit senyuman. Namun, bukan lah senyuman yang biasa dia berikan. Tetapi, senyuman sinis. Senyuman yang menggerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Dengan mata yang merah menyala. Gaya rambutnya yang seratus peratus tidak sama dengan sebelum ini. Dan tingkahnya. Tingkah lakunya yang tak berubah seperti makhluk jahat.

Tangan kanan jungkook naik diletakkan di dinding. Betul betul bersebelahan dengan kepala jihyo. Kedudukan mereka sangat rapat. Jihyo sudah terkurung. Sudah terkunci di dinding itu.

Bau wangian yang menerpa masuk ke rongga hidung jihyo sedikit mengganggu. Bau ini. Bau, darah.

Jungkook merapatkan mulutnya ke telinga kiri jihyo.

" Hey sweetie."

Jihyo kaku. Badannya langsung tak bergerak. Menahan rasa takut. Entah mengapa, jungkook yang dihadapannya ini kelihatan lain. Jungkook ini seperti dikawal benda lain.

Bibir lelaki itu mula turun ke leher jinjang jihyo. Tangan kirinya pula sudah mengusap perlahan pinggang kecil gadis itu.

" I miss you."

Dan taringnya dibenamkan ke dalam leher jihyo. Titisan darah merah mengalir keluar dari kesan taringnya dibenamkan tadi.

Air mata jihyo perlahan lahan mengalir jatuh ke pipi.

Ya, dia tahu. Ini bukan jungkook.

Pasti jungkook sudah diberi racun itu.

Dan dia. Hanya redha jika jungkook ingin menyeksanya malam ini.

" Aku akan buat kau menderita malam ni, sayang."

Darah yang mengalir di leher jinjang jihyo itu dihisap. Tangan kirinya mula mengusap perut jihyo dengan kasar.

Dia, sudah dikawal oleh racun.

" Dan, aku akan buat kau menjerit nama aku sekuat kuatnya."

Dan tubuh kecil gadis itu diangkat ke bilik.

♡ ♡ ♡

Bunyi tangisan dari jihyo menyedarkan jungkook dari tidurnya. Jungkook memandang tajam jihyo yang menangis kecil itu.

" Kenapa kau menangis? "

" Awak dah janji awak tak akan buat saya macam ni lagi. Mana janji awak?"

Jungkook ketawa sinis. Tubuhnya dibawa mendekati jihyo yang memeluk lututnya di hujung katil.

Tangan kanan jungkook mengalihkan rambut jihyo yang menutupi mata.

" Jeon Jungkook tak akan pernah tepati janji untuk seorang perempuan murah macam kau. "

Jungkook bangun dari katil itu tanpa memandang sedikit pun wajah jihyo. Bilik airnya dituju.

Jihyo? Masih mengalirkan air matanya.

Perempuan murah.

Ya.

Dia perempuan murah.

Buktinya, malam tadi dia bersama jungkook.

Dia boleh lawan tapi dia pilih untuk merelakan.

Murahnya dia.

DOMINANT

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

Nak update cepat? Meriahkan comment agagagagagag🤣oke bubye😜💜

[C] DominantWhere stories live. Discover now