“kenapa dengan aku ni..?”
Gumam Jihyo sambil menyentuh wajahnya. Berpeluh.Dia memandang sekeliling. Malam itu masih sunyi. Kecuali jeritan lelaki itu masih kedengaran.
Kerana tidak senang duduk, tanpa menukar baju, Jihyo terus keluar. Dia masuk semula kedalam hutan tebal.
Tanpa dia sedar, arah yang bakal dia lalui itu adalah arah menuju kekawan taklukan Jeons.
Jihyo mengangkat sedikit gaun tidurnya yang panjang supaya langkahnya lebih mudah untuk bergerak.
“hello? ada sesiapa tak?”
Sambil Jihyo berjalan mengikut bunyi jeritan itu, sambil itu dia bertanya.Entah kenapa pada saat itu, bukan rasa takut yang Jihyo rasakan tapi rasa risau.
Sampai saja berdekatan satu tembok, Jihyo dengan mudah memasuki pintu kecil pada tembok itu.
Langkahnya terhenti apabila pemandangan didepan nya membuatkan Jihyo kaku kerana terkejut.
“j--- jungkook---”
Jihyo menekup mulutnya. Airmata mula bergenang dikelopak matanya.
Ya, dihadapan nya, Jungkook tidak berbaju, hanya berseluar kini diikat tinggi pada kayu berbentuk tanda salib.
Dan tidak henti henti Jungkook menjerit kerana rasa sakit yang melampau.
Kerana vampire itu..
sedang dibakar hidup hidup.
/ / / /
|| beberapa jam sebelum Jihyo bangun dari tidur....
Airmata Jungkook mengalir deras setelah dia mendapat semula memorinya bersama jihyo.
“jadi.. sebab tu terlalu payah nak lupakan dia? dia.. bidadari yang sanggup mencintai syaitan macam aku. oh god”
Jungkook kembali berdiri. Wuo Ruan dipandang sekilas sebelum dia mula berkira kira nak keluar dari bilik jampi ahli sihir itu.
Tetapi, saat kaki Jungkook jejak tanah diluar, dia tiba tiba jatuh melutut.
dushh!!
“sa--- sakit---”
Jungkook hampir menjerit kerana terlalu sakit.Tuan Jeon tersenyum sinis. Dia telah mengeluarkan arahan nya agar askarnya menahan Jungkook.
“apa semua ni?!”
Tanya Jungkook sebaik mata dia dan mata ayahnya melakukan kontak mata.Tuan Jeon kini sedang berdiri diberandar tinggi berhadapan Jungkook yang sedang melutut dibawahnya.
Senyuman sinis tuan jeon jelas kelihatan.
“tak jalan ya cara racun tu? kau nak pergi pada perempuan tu semula ke, son?”
“kalau ya?! kalau kook nak hidup dengan dia?! apa masalahnya?!”
“bodoh! bodoh! kau sangat sangat bodoh! kau lupa ke yang bunuh mak kau, manusia?! kenapa kau tiba tiba nak kisahkan pasal manusia?! dulu kau benci mereka?!”
Amarahnya tuan jeon meletus jua. Dia mengarahkan askarnya untuk mengikat kedua tangan Jungkook.
satu dari askar itu mula memakaikan Jungkook sebuah rantai berbuahkan permata biru.
Dan kegunaan permata itu adalah untuk menyekat kuasa Jungkook. Kalau Jungkook melawan, pasti mereka kalah kerana kuasa Jungkook yang tiada tandingnya.
“argh! appa--- jihyo tak ada kena mengena dengan pembunuhan omma, jadi apa salahnya?! tolonglah--- jangan buat kook macam ni!”
Jungkook jatuh terjelupuk keatas tanah kerana terlalu penat diseksa oleh askar ayahnya.
“tak, selagi ahli sihir bodoh tu tak jumpa racun yang lagi bagus untuk kau lupakan perempuan tu dan bencikan manusia, aku akan ikat dan seksa kau”
Setelah itu, Tuan Jeon terus berlalu pergi.
Mengikut arahan tuan mereka, askar Tuan Jeon menjalankan kerja. Mengikat Jungkook pada kayu berbentuk tanda salib itu.
“jihyo-ya..”
Panggil Jungkook perlahan.DOMINANT
L I S A F I C E N T
collaboration with
YOU ARE READING
[C] Dominant
FanfictionDOMINANT L I S A F I C E N T collaboration with H E R L A L I C E ♡ ♡ ♡ " awak sedar yang dunia kita berbezakan? kita tak mungkin dapat bersama " " oh ya? kalau saya tarik awak masuk dunia saya, macam mana pula? " ♡ ♡ ♡ @lisaficent collaboration...