2 6

1.2K 181 12
                                    

Part paling cepat siap AHAHAHAHHAHA 24 minit je type 🤣 selalunya sejam baru siap satu part 😃

♡ ♡ ♡

Jihyo terjaga apabila terasa ada sinaran matahari yang menganggu lenanya. Tangan kanan cepat cepat dibawa menutup kelopak mata. Mulutnya pula sudah menghasilkan dengusan kecil.

" Bangun, jihyo. Awak dah tidur berapa lama dah. Tak cukup lagi ke tidur awak?"

Mata jihyo pantas dikalihkan ke arah suara itu. Jungkook, dia tak guna saya awak. Dia tak akan cakap lemah lembut sampai begini sekali.

" Yoo--ngi. Kenapa saya masih ada di sini? Bukan ke jungkook dah ambil
saya dari awak ? "

Giliran yoongi pula terpinga pinga. Berkerut dahi lelaki itu mendengarkan tutur bicara daripada jihyo itu.

" Bila dia datang ambil awak? Seharian awak dekat sini, jihyo. Seharian awak tidur. "

Jihyo menekup mulutnya. Matanya membulat.

" Jadi, semuanya mimpi?"

Lemah suara gadis itu menuturkan ayatnya. Seolah olah sedang bersedih dengan situasi itu.

" Kenapa? Awak harapkan jungkook tu datang ambil awak dekat sini, bawak balik awak semula ke dunia vampire dia. Layan awak baik baik macam puteri, limpahkan sebanyak mana kasih sayang pada awak. Awak harapkan Jungkook buat macam tu?"

Jihyo hanya mendiamkan dirinya. Dia malas mahu berlawan kata. Kerana dia juga tahu, jungkook, dia tak akan buat begitu.

Yang dia buat cuma seksa jihyo. Seksa, seksa, dan seksa. Dilayan seperti puteri? Dilimpahi kasih sayang daripada jungkook? Heh, semua tu angan angan.

" Sudahlah tu jihyo. Lupakan dia. Entah entah dia sekarang dah ada slave baru. Yang lebih cantik dan menggoda dari awak. Yang darahnya lagi manis dari darah awak. Berhentilah fikirkan tentang jungkook."

Entah mengapa mendengarkan tentang slave itu membuatkan jihyo rasa sakit hati. Ya, dia sayangkan jungkook. Walau sekejam mana dia diseksa. Sekali hati dia diserahkan pada jungkook, selamanya akan dia serahkan pada jungkook.

" Awak tak faham , yoongi. Awak tak tahu apa yang saya rasa. Awak tak lalui semuanya. Sikap dia yang dulu buatkan perasaan sayang ni sukar untuk saya lupakan. Sukar untuk saya padam perasaan ini. Pedulikan saja tentang seksaan yang dia beri pada saya. Sebab saya terlampau sayangkan dia. Cinta itu buta, saya akui. "

Yoongi mengeluh perlahan. Entah apa yang jungkook beri pada jihyo sampaikan gadis itu terlampau buta dengan cinta palsu nya.

Yoongi bergerak mendekati jihyo. Tangan nya naik mengusap kepala gadis itu. Terserlah kasihnya pada jihyo.

" Saya harap dia akan datang ambil awak dan saya harap bila saja dia ambil awak, dia akan layan awak baik baik. Saya tak sanggup tengok awak menderita, sayang. Macam mana sayangnya awak pada jungkook, macam tu lah sayang saya pada awak, hyo. Saya lepaskan awak pada dia kalau betul dia datang ambil awak. Tapi, kalau dia layan awak dengan teruk, saya tak akan teragak agak ambil awak dan pulangkan semula awak pada dunia asal awak, hyo. Sebab awak, layak berada di dunia awak. Di sini, bukan tempat awak. "

Sebelum keluar dari bilik itu, yoongi menekapkan bibirnya pada ubun ubun gadis itu. Terasa setitik air yang jatuh ke pipi jihyo. Tuhan saja yang tahu perasaan lelaki itu. Tuhan saja yang tahu bertapa sayangnya lelaki itu pada jihyo.

Tapi, dia sedar, dia dan jihyo tak mungkin bersama. Dan dia terima seadanya yang gadis itu bukanlah jodohnya.

Cuma dia akan jaga jihyo selagi Jeon jungkook tidak mengambil gadis itu. Dia akan limpah kan kasih sayang buat gadis itu selama yang dia mampu.

DOMINANT

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

[C] DominantWhere stories live. Discover now