2 8

1.1K 160 0
                                    

|| 2 minggu berlalu..

“ Jeon Jungkook! ”

Mata Jungkook terpejam rapat saat namanya dipanggil, oh tak. lebih kepada dijerit oleh bapanya.

Pantas Jungkook bangun dari baring lalu ke bilik bapanya.

“appa nak apa? perlu ke menjerit?”

“kamu---  kamu memang tak reti nak sembunyi sikit ke?! termasuk minggu ni, dah berpuluh orang yang kamu cerderakan! kalau tak tercedera, mati! keep it low! kalau manusia tau spesis kita masih hidup macam mana? kamu tau kan, senjata mereka makin canggih. ada yang boleh membunuh kita!”

Sekali lagi mata Jungkook terpejam mendengar bebelan demi bebelan yang dilontarkan oleh Tuan Jeon.

“yes, i can't keep it low. kook lapar”

“kalau lapar kenapa tak hisap sampai mati darahnya?! kenapa separuh je?!”

“sebab---”

Jungkook mengetap bibirnya. Alamak. Tak akan lah dia nak jawab sebab darah manusia lain tidak sesedap darah Jihyo?

Bapanya tu kan membenci Jihyo. Mati dia kalau dia sebut nama Jihyo.

“sebab saje..?”

“bertuah punya budak!”

Belum sempat tuan Jeon nak membebel lagi sekali, Jungkook berjaya melarikan diri.

“ jihyo. macam mana aku nak lupakan perempuan tu ya? dan, kenapa susah sangat aku nak lupakan manusia tu? padahal aku tak pernah sayang dia ke apa ke. aduh pening aku!”

Jungkook pula membebel pada dirinya.

Sedang dia bersiul siul berjalan disekitar istana besar milik keluarganya itu, dia terlihat seorang ahli sihir yang bekerja untuk keluarganya.

“Wuo Ruan!”

Ahli sihir tua itu menoleh apabila namanya dipanggil Jungkook.

“ya, ada apa yang boleh saya bantu, Tuan jungkook?”

“siapa jihyo? kenapa susah sangat aku nak lupakan dia?”
Tanya Jungkook straightforward.

Wuo Ruan mula berasa cuak. Dalam kepalanya, teringat semula apa yang terjadi berbulan yang lepas.

Dimana Tuan Jeon menyuruh dia memberi Jungkook air racun agar vampire itu melupakan Jihyo.

“what the fuck?! racun apa pulak ni?!” soal Jungkook kuat.

Wuo Ruan mencarut sendirian. Dia lupa pulak Jungkook boleh membaca minda seseorang.

Segera Wuo Ruan melutut dihadapan Jungkook.

“saya terpaksa, tuan! tuan jeon yang suruh! Maafkan saya, young master! saya tak salah---”

“ah pergi mati! sekarang, bagi aku penawar atau aku bunuh kau! aku dah serabut ni! apa yang jadi sebenarnya?! kenapa Jihyo tu--- peremuan tu--- dia--- urghh! stress nya aku!”

Tanpa sengaja, Jungkook melepaskan kuasa nya kerana terlampau marah.

Taring tajamnya jelas kelihatan, anak matanya berubah merah, cahaya hitam seolah olah keluar mengelilingi Jungkook.

Vampire itu jelas sedang marah.

“mati aku---”
Gumam si ahli sihir, bersedia menerima nasibnya.

/ / / /

Jihyo terjaga saat dia tiba tiba merasakan sesuatu yang pelik.

Matanya kemudian terpandang tingkap biliknya yang terbuka luas.

Angin sejuk dari luar mula menerpa kedalam.

Segera Jihyo bangun, berniat untuk menutup semula tingkap yang terbuka luas itu.

Tetapi, betul betul sebelum Jihyo nak menutup rapat tingkap itu, suara seperti seorang lelaki sedang menjerit kedengaran jelas.

Dan entah kenapa, jeritan yang sedang menahan kesakitan itu seolah olah tidak asing baginya.

Macam pernah dia dengar bunyi jeritan itu.

“kenapa dengan aku ni..?”
Gumam Jihyo sambil menyentuh wajahnya. Berpeluh.

DOMINANT

L I S A F I C E N T

collaboration with

herlalice

[C] DominantWhere stories live. Discover now