Ezzaq memutarkan pen hitam ditangannya. Ala-ala kipas heli berpusing. Saja. Dah memang jadi tabiatnya sejak highschool lagi. Dia akan berbuat begitu bila berfikir.
Fikirannya menerawang ke adegan seminggu lalu. Yang membuatkan dirinya kini is no longer Ahmad Firas Ezzaq Ahmad Hanif tapi the Shakespeare. Kalau nak suruh aku alun sajak kat sini, on the spot pon aku dah boleh dah sekarang. Angau.
"Abang Ajip!" sengih gadis tees hijau. LIFE IS BEAUTIFUL. Dia membaca kata-kata yang tertulis di tees hijau itu. Tersenyum.
"Kenapa lambat. Kawan abang dah bising dah nie"
"Sorry ye brother. Cari kawan nak teman. Bisalah baru first week masuk college, I've no friends as much as you do!" Ezzaq tersengih. Ambik kau. Adik sedara Ajip ni stail Ajip jugak. Sarcasm is in the blood eh? Dia tersenyum.
Matanya difokuskan pula ke arah teman si tees hijau, si hoodies pink.
Mata bulat itu terus mengalihkan pandangan. Ezzaq tersenyum. Yooo perempuan melayu terakhir is in the house!
"Nah mak ngah kirim. Ada makanan sikit kut.. entah abang tak bla bla bla"
Mata Ezzaq memerhati si hoodies pink yang sedang mengeluarkan PSP pinknya yang memang disimpan di dalam poket hoodies itu. Main game. Not so perempuan melayu terakhir la kan. Dia terus memandang. Ralit. Sungguh ralit.
Dibiarkan saja si tees hijau itu bersembang dengan Razif. Kan ada pemandangan menyejukkan jiwa memandang sekarang ni.
Dia terus leka memandang si gadis hoodies pink itu.
Sampai akhirnya dia terasa tangan Razif menampar sisi tangan kirinya.
"Jom.."
Papppp. Bahunya ditampar dengan buku tebal milik si Razif. Mulutnya mencebir. Razif buat muka apahal?
"Ajip, serious.. I need your help"
"Hurmmm.."
"Minta nombor telefon si hoodies pink tu"
...
Jo pusing kepala. Aihh macam mana nak cakap ni. Matanya selang seli memandang handphone ditangannya dan juga Hadhira yang sedang mengadap drawingnya ketika itu. Muka nampak gaya macam nak explode je. Tengah berfikir kut.. tak pun drawing kena reject dengan Mr. Teoh. Yella sejak balik dari studio tadi main aci berkerut je muka tu. Makan tak apa tak terus mengadap drawing.
"Salam everyone!" suara Sarah bergema dalam bilik 105 itu. Beg totenya di lemparkan di atas katil.
"Waalaikumussalam.. dari mana cik Maisarah?"
"Kelas Agama.." Sarah tersenyum sumbing. Dia berjalan menuju ke pantry mini bilik mereka. Panas-panas macam ni memang wajib cari air sejuk. Dia melintas katil Hadhira yang bersepah segala mak nenek pensel berlainan B itu. Ada 2B, 3B, 5B.. macam-macam. Tak sangka pulak aku kalau bakal ambik jurusan Ukur Bahan pun kena belajar drawing ni semua. Ish ish ish jahil lagi aku ni.
"Hey Miss Dhir.. Muka toyu cap kepala ikan je nie?" Sarah mengangkat keningnya.
"Mr Teoh tu la cakap aku tak kemas. Dia suruh buat balik drawing ni. Punyalah aku buat semalam tak tidur terus masuk studio alih-alih this is what I get.."
Tsk tsk tsk. Air mata Hadhira yang ditahannya sejak dari studio tadi akhirnya tumpah juga. Dia dah penat. Tadi pun dia ada mengadu dengan Ma cakap dia nak quit. Drawing, studio and all these things are not her forte tapi boleh plak Ma buat derkk je. Satu je Ma cakap "Baru seminggu nak quit?". Boleh plakkan kata macam tu. Sungguhla Ma ni memang tak layak jadi Pakar Psikologi. Tak pandai tackle perasaan orang langsung.
Jo mengangkat kening. Sarah hanya menggeleng sambil buat muka aku-tak-tahu-apa-apa.
"Sudah la tu babe. Aku pon kena jugak tapi benda ni boleh buat nanti kan. Next week baru kena submit" Jo cuba mententeramkan kawannya itu. Walaupun dia pernah cakap yang dia memang tak boleh masuk dengan si lembut pendiam boring Hadhira ni tapi bila dah lama kenal (baru dua minggu sebenarnya), surprisingly, dia rasa dia boleh masuklah dengan si hoodies pink ni. Eh alamak lupa plak perutusan rasmi dari abang Razif. Haiyooo.
"Abang nak minta tolong sikit. Please. Meet me at cafe. "
Teringat lagi mesej yang diterimanya pagi tadi. Elok je mesej tu masuk lepas kelas Mr. Teoh tu tadi. Hadhira masa tu menonong je pulang terus ke bilik, meninggalkannya terkontang-kanting di situ.
"Si hoodies pink?" fikirannya memikirkan siapa sebenarnya si hoodies pink ni. Aku kenal ke? Air jus tembikai yang abang Razif belanja dihirupnya. Hehe. Orang mahu belanja mana boleh tolakkan. Tak elok kalau kita tolak rezeki bak kata orang tua musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak.. erk?
"Yang teman Jannah hari tu.. masa jumpa abang malam tu"
"Oh Hadhira... kenapa?"
"Abang nak nombor dia! Please"
Terkejut monyet dia ketika itu. Tergamam. Tak terkata apa.Takkan abang sepupunya itu ada hati dekat Hadhira yang hatinya sedingin iceberg di Antartika tu. Budak tu mana ada apa yang dia minat.. kecuali Pak Cik Sheldon tu je.. yang lain dia tolak tepi.
"Er.. abang suka kat Dhira ke?" tersekat-sekat dia bertanya. Yella tergamam. Sebelum ni tak pernah sikit pon dia rasa yang abang Razif ni pernah ada rasa suka kat perempuan.
Razif terus ketawa. Lawak sungguh adik sedara aku ni.
"Bukanlah.. kawan abang yang tanya.. ha ha ha" ketawanya masih lagi setia bermain di bibir.
Lega sungguh bila mendengar jawapan dari abang Razif.. Oh rupa-rupanya kawan abang.. tapi semuanya mati bila abangnya itu menyambung ayat yang sebenarnya tidak habis sejak tadi itu
"..lagipun abang dah ada orang yang abang suka"
Kedepaaap. Langit macam menghempap bumi. Terkaku dia ketika itu. Razif pulak meninggalkan dia disitu dengan sisa ketawa yang tak sudah.
Matanya difokuskan ke arah Hadhira yang masih lagi teresak-esak. Aini dan Sarah masih lagi cuba memujuk tapi yella kawan dah down, takkan kau nak expect dia lompat atas katil kut kan. Handphone yang setia ditangan terus dipegang..
"I'm sorry bang. Couldnt ask her yet.. because our si hoodies pink is not in the mood.."
Message sent.
YOU ARE READING
COMPLETED - Si Hoodies Pink
RomantikLove at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled...