Bab 13

2K 144 1
                                    


Sampai saja di rumah terus Hadhira masuk ke bilik. Tak ada siapa pun di rumah sebenarnya. Gelap gelita je ruang tamu tu tadi. Jo mesti tidur rumah famili dia lagi malam ni dan Kak Nia mungkin tengah syiok berdating dengan Hazrul. Eh eh eh bunyi dah macam cemburu je kamu Hadhira tapi motif la Dhir kau nak cemburu-cemburu macam ni. Siapa kau di mata Arul tu? Hanya kawan je kut. Kawan baik.

Kepalanya penat memikir. Dari dalam kereta masa dia keluar OU sampai la dah siap masuk rumah ni, dia tertanya-tanya kat diri sendiri.. 'Are they real?'. Susah betul otak dia nak mencerna idea kak Nia-Arul tu. Almost impossible..

Kalau aku tanya Jo.. sah-sah dia suruh aku face to face tanya tapi bila difikirkan balik of course la diorang tak nak komen apa-apa.. dah nak berahsia sangat kan?

"Muhammad Hazrul bin Ilham.. panggil I Arul je. Malaysian kan?" itu soalan pertama yang keluar dari bibir lelaki tu empat tahun dulu. Masa tu dia dengan Jo tengah lepak-lepak dekat park depan Uni sambil-sambil tunggu next class. Nak balik rumah rasa tak berbaloi memandangkan kelas akan mula dalam masa sejam lagi.

"No sir. I speak no English"" jawab Jo dengan accent ala-ala Pakistan dia tue. Kepalanya digerak-gerakkan. To make it real.. kut. Jo Jannah oo Jo Jannah.

"With that style of hijab.. nampak sangat Malaysian. Bawal kan?Bawal no 1 ni! Based from experience anak lelaki tunggal dalam fam.." gurau lelaki yang memakai baju tees biru muda tu. Lelaki tu tanpa dijemput dengan muka tak malunya terus duduk sebelah diorang..

First impression Hadhira dekat Arul masa tu sah lelaki ni jenis tak tahu malu..

Tapi dalam first impression entah apa-apa tu boleh jugak diorang berkawan. Mungkin dah namanya satu negara, satu bahasa, satu agama.. maka lama-lama tu diorang jadi rapat pulak. Bila perlukan pertolongan yang memerlukan kudrat lelaki, sah nama Arul yang akan keluar dari kepala. Macam nak angkat kotak-kotak bila pindah rumah ke, atau drive bila keluar bercuti ke.. semuanya kitorang akan minta perkhidmatan Arul. Cepat dan tangkas. Free of charge too! Ngeee.. Niat tak baik dalam berkawan dah tu..

Melalui Arul juga diorang kenal Kak Nia. Kak Nia ni satu course tapi setahun awal dari diorang.

"Dhir aku memang tak faham la apa Prof White cakap.. tadi kan bila dia cakap 'GOOD-DAY' masa habis kelas kan.. aku dengar 'GOOD-EYE' kau tahu tak??"gumam Jo. Buku Econs yang terbuka dihadapannya ditutup. Malas sudah.

"Aku lagi la.. rasa nak pengsan. Dah la econs ni tak pernah ada basic langsung.."

"Korang apa hal sedih-sedih ni.. Jangan risau aku ada solusinya.." pintas Arul tiba-tiba. Hadhira dengan Jo pandang sesama sendiri. Pak cik ni memang sentiasa dengan taglinenya tu.. jangan risau aku pasti ada solusinya.. dari awal kenal sampai la dah kenal-kenal sekarang ni. Padanla muka dia je yang kami akan minta pertolongan bila perlu!

Maka Kak Nia pun masuk dalam fasa hidup diorang. Mula dengan menjadi tutor bagi subjek membunuh raga tersebut dan akhir sekali menjadi teman serumah bila dia dengan Jo masuk menyewa rumah yang disewa Kak Nia dengan kawan-kawannya yang lain. Kak Farah dengan Kak Hani.

Sama-sama diorang belajar hidup sendiri masing-masing di negara orang.. jadi teman belajar memasak.. teman shopping.. teman menerokai OZ bila je masuk waktu cuti..

"Sydney cuti kali ni nak tak?" cadang Kak Hani lepas diorang berhalaqah malam tu.

"Tak jauh ke Melbourne-Sydney?" dia bertanya. Kalau guna airflight sejam dah sampai tapi ikutkan pengalaman dia dengan kakak-kakak ni semua selalunya diorang lebih suka travel naik train. Adventurous kata mereka.. sambil-sambil save budget sikit. Student kan.. macam ni la nasib... budget could be tight kadang-kadang..

"Alla dari cuti seminggu duduk sini je buat apa.. lebih kurang 11 jam je naik train.. nak tak? Alla kasihani la kami yang dah nak grad ni.."pujuk Kak Farah pulak.

Dia dan Jo berpandangan sesama sendiri.. mata Jo seakan-akan berkata ya.. berkilauan semacam. Matanya dah mula nampak Sydney Opera House..

"Set!" jerit dia dan Jo. Serentak dengan itu mereka semua melompat sekali.

Sydney Opera House, here we come!!

Sama-sama jugak diorang menangis pagi-pagi raya sebab tak dapat balik beraya gara-gara clash dengan exam..

"Ni apasal semua spesies mata bengkak ni?"tanya Hadif masa diorang makan-makan malam Raya tu. Kunun-kununnya macam rumah terbuka la.. tapi standard pelajar je la. Mana nak ada grand semacam.. kalau nak best sikit pergi beraya rumah-rumah pak Arab yang duduk area situ. Memang masyuk habis la..

"Ni mesti menangis telefon ayahanda, bonda dan sanak saudara di kampung kan ni?" giat Hadif lagi.

Mata Hadhira sudah mencerun ke arah Hadif. Geram.

"Eh elleh kau pon Dif tadi aku nampak sebak semacam je cakap dengan mak kau.."kata Arul yang entah bila ada disebelahnya ketika itu.

Sepinggan ayam panggang diberikan kepada Hadhira..

"Eh Dif kau jangan sakat Dhir eh. Kena kau nanti! Dhir kau cakap je kat aku kalau dia sakat kau lagi.."ujar Arul sebelum dia berjalan kembali ke arah pelajar-pelajar lelaki yang sedang sibuk ber-BBQ di halaman belakang rumah itu.


Tengok? Baik macam tu sekali.. macam mana si hati batu ni tak jatuh hati.. Gumam Hadhira bila fikir kembali zaman dia belajar di OZ dulu.

Keluhan dilepaskan. Jam di tangan dipandangnya. Dah nak masuk pukul 1 pagi. Sampai macam tu sekali kau melayan perasaan Hadhira.. 

COMPLETED - Si Hoodies PinkWhere stories live. Discover now