"Jom yang.."kata Ezzaq bila melihat Hadhira yang ralit melihat tudung-tudung di booth hadapan pintu masuk Tesco tu. Serentak tangannya cuba mengambil beg tangan Hadhira.
"Kenapa ni?" kata Hadhira sambil menarik balik beg tangannya dari tangan Ezzaq. Nak kata perompak, bukan. Ni suami sendiri. Lagipun tak akan Ezzaq ni tak ada duit kut, gaji dia saja lebih dari aku.. hissh. Suka-suka je nak ambik beg tangan orang!
Mulutnya dimuncungkan ke arah pasangan di hadapan mereka yang sedang berjalan masuk ke dalam Tesco. Lelaki itu sedang mengapit beg tangan si isteri di bawah ketiaknya manakala si isteri pulak jalan melenggang sambil memandang kanan kiri."Selalu saya tengok ramai lelaki pegangkan beg tangan girlfriend diorang.." Ezzaq menerangkan kepada Hadhira yang membuat muka tanpa reaksi itu.
"Errr tapi bukan saya.." kata Hadhira. Ada ke nak suruh lelaki pegangkan beg tangan. Tak paham betul trend zaman sekarang ni. Boleh mati ke kalau beg tangan tak dipegang lelaki.. bukannya berat mana pun. Kalau beg sekolah yang penuh buku-buku tu logik la sikit nak terima dek akal, ni beg tangan yang ada apa je dalam tu. Haiiyoo haiyooo.
Ezzaq mengangguk. Sebenarnya dia sendiri tak faham juga perangai macam tu. Pelik bila melihat lelaki menggalas beg tangan seorang perempuan.. kut-kut ye tangan si perempuan penuh barang tak apa la jugak ni tangan kosong. Troli pun tak pegang.. alahai. Apa sekarang dah keluar peribahasa sayangkan isteri, pegangkan begnya ke?
"Hurmm nak beli apa ni awak?" tanya Hadhira. Kepalanya dah siap memikirkan senarai barang dapur untuk dibeli. Yellah dah nak masuk Ramadhan.. banyak benda nak kena beli untuk keperluan sahur dan berbuka. Kalau selalu main taram je makan kat luar.. Memang la Nur'iz Hadhira ni bukan isteri mithali. Heee Ma tahu nie boleh kena lecture..
"Saya makan je apa yang awak masak.."kata Ezzaq. Teringin jugak dia merasa air tangan Hadhira ni. Asyik-asyik makan bungkus je..
"Makan hati la awak. Saya tak pandai masak." gumam Hadhira. Memang pun dia tak pandai masak. Benda simple-simple dia pandai.. kalau masuk bab suruh masak lauk-pauk dia memang fail. Tak reti. Selalunya memang Ma yang masakkan.
"Tak pandai.. belajar la"
"Apa yang awak suka? Saya cuba buatkan,,"
"Apa-apalah.. hurmm saya suka Tom Yam.." lama Ezzaq berfikir. Tiba-tiba dia teringatkan Opah di kampung. Tom Yam opah memang umphhh..
Tom Yam? Alahai dulu pernah belajar dari Nenek tapi bila dah lama tak praktis memasak memang dah lupa macam mana nak memasak. Otaknya sibuk menjana kembali resepi Tom Yam yang diajar Nenek dulu..
"Awak tunggu sini sekejap.. saya nak pergi ambik barang kat sana sekejap.." kata Hadhira. Tadi dia ada nampak pes tom yam di belah kanan Tesco itu.
Ezzaq yang sedang melihat pack makanan itu hanya mengangguk.
Hadhira berjalan mencari tempat yang dilihatnya tadi. Akhirnya dia melihat pes tom yam dari berlainan jenama itu. Terkial-kial dia cuba mencapai pes tom yam yang terletak tinggi sikit dari ketinggiannya itu.
Tiba-tiba ada seorang lelaki datang membantu..
"Nah.." ujar lelaki yang memakai kemeja hitam itu. Tali lehernya sudah dilipat dimasukkan kedalam kocek bajunya.
"Thank you" kata Hadhira.
"Irah..?"
"Huh..? Encik salah orang kut.." ujar Hadhira. Seingat-ingatnya inilah kali pertama mereka berjumpa.
"Sorry.." kata lelaki itu.
"It's okay.." kata Hadhira berlalu pergi. Lelaki itu masih mengikutnya. Hadhira mempercepatkan langkah ke arah Ezzaq yang sedang menunggunya bersama troli itu. Sampai saja di sisi Ezzaq, terus tangannya merangkul tangan Ezzaq. Matanya menjeling ke arah lelaki tadi yang masih lagi sedang memandangnya..
YOU ARE READING
COMPLETED - Si Hoodies Pink
RomanceLove at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled...