Ezzaq baring di atas sofa di ruang tamu keluarganya. Penat. Baru je jejak kaki ke rumah selepas berapa bulan dia tak balik sini.. selalunya lepas kerja ja dia terus straight balik rumah sewa di Putrajaya je.. tak sempat nak balik rumah keluarga sendiri.. yellah busy memanjang.. ni baru nak merasa kasih sayang keluarga sikit.. lagipun Opah ada kat rumah kan?
Rindu Opah.. ngee.
Dia rasa dia lebih rapat dengan Opah dari keluarga sendiri sebab dengan Opah la dia hidup, Opah la yang tengok dia membesar.. jadi Ahmad Firas Ezzaq, jadi manusia yang manusia sikit.. Kalau duduk dengan mama dan papa, macam ni la hidup.. dah nak masuk 'Isyak pon tak sampai rumah lagi.. busy dengan hal masing-masing.. hal duniawi.
Kereta satu hapa pun tak ada dekat porch tadi bila dia sampai. Nampak sangat Along, abangnya yang sulong tu tak balik-balik lagi.. papa dan mama jugak. Adik perempuan dia sendiri pun dia tak pasti di mana dia berada sekarang..
Hidup alahai hidup.
"Ish ish ish anak teruna apa ni.. dok terlentang kat sini?"
Tudia suara Opah yang pekat dengan loghat Kedah dah keluaq dah. Ni buat chek lagi rindu ni..
"Penat la Opah.."mukanya dah buat muka seposen.. muka mintak simpati..
"Tak baik mengadu Firas.. tu kerja mulia tao dak.."nasihat Opah. Opah dah duduk di sisi kanan sofa. Ezzaq membaringkan kepalanya di atas riba Opah. Rindunya kampung!
"Tapi penat la Opah.. sakit kepala.. banyak masalah"
"Masalah apa nya? Gaya macam urus satu negara ja.."
Sempoi dah Opah aku ni cakap..
"Opah, picitkan kepala Opah!" pujuk Ezzaq. Lama benar tak merasa kuasa sakti tangan Opah ni. Dulu masa dia stress dengan SPM, Opah selalu jugak la urutkan dia. Konon-kononnya kasi kuasa baru la kepada dia yang dah lemau ni.. tapi memang betul tangan Opah memang berkuasa gila.. sebab lepas tu mesti badan dia yang lemau tu jadi okay balik..
Tangan Opah bermain di kepala. Alahai leganya ada Opah.. boleh tolong picitkan..
"Opah jomla duduk dengan Firas.. Firas jaga Opah.. tapi Opah kena bagi upah la.. upah dia picitkan kepala Ezzaq boleh?"
Telinganya dipiat Opah. Ambik kau, padan muka! Buat perangai tak kenang budi lagi.. ada ka suruh Opah yang bagi upah. Ezzaq oh Ezzaq.
"Adoi Opah sakit la.."
"Buat perangai lagi.."
"Opah ni.. orang tengah sakit kepala ni.." Ezzaq bangun dari riba Opah. Mukanya di buat seposen.. mintak simpati..
"Tak ada calon ke?"
"Calon apa Opah? Calon pilihanraya?"
"Calon isteri la.. kesian Opah tengok kamu ni.. dah la duduk sorang-sorang.. pastu dok sakit sana sini mintak urut.. kesian.. Opah nak tolong pon Opah duduk jauh.."
"Tulla Firas ajak duduk sekali tak nak.."
"Ayam itik kat kampung tu sapa nak bela? Kesian Pak Man hang nak jaga.. dia pon dah tua.."
Opah pon dah tua jugak.. nak je dia cakap macam tu kat Opah tapi mana mungkin sebab Opah tu sama je spesies macam dia, spesies tak makan saman. Ha ha ha.
"Opah.."
Ezzah melabuhkan kepala dia balik kat riba Opah.. Automatik tangan Opah bekerja di kepalanya.. that's why I love you Opah !."Ingat tak perempuan yang Firas kenalkan masa kenduri adik Kak Amnah tu?"
"Yang diam tu?"
"A-ah.."
"Jom kita masuk pinang dia Opah.. nak tak?"sambung Ezzaq lagi.Amboi tanya macam nak bagi calon untuk Opah pulak kan..
"Abang! Nak kawen ke?" jerit Ezzah yang entah dari mana tiba. Ezzah bingkas bangun.. terkejut! Dia pandang ke arah suara itu.. Papa dan Mama menyusul di belakang..
"Firas nak kawen ke?"tanya Papa.Ezzaq tersengih. Tatao nak react macam mana.
"Dengan siapa?"
"Anak kawan Mama yang Mama cakap hari tu ke?"
Ezzaq menggeleng. Jujurnya dia tak call pun nombor yang Mama bagi hari tue.. kasi Along je la Mama.. Firas tak interested! Si hoodies pink tu jugak yang dia nak..
"Dah tu siapa?" tanya Mama lagi.. tak suka bila Ezzaq mempertikaikan pilihannya.
"Budak satu kolej dulu.."
"Anak siapa?" Mama dah masuk gear jadi interviewer dah.. dia ingat aku ni pekerja dia ke?
"Anak manusia.. kut""Yang kamu nak pikir anak apa semua ni buat apa? Ezzaq dah suka biarkan je la.." Opah dah masuk campur. Ngeee. Dengan Opah tak da sapa berani bangkang. Opah ni ibarat the Ruler dalam rumah.. jangan buat main.
"Takut la mak.. kang dapat anak orang tak baik ke kan dah susah.."
"Dia okay. Mak dah approved. Dah tengok dah.."Wow Opah skipping English!
"Bila mak tengok?"tanya Papa pula.
"Tulla hari tu Amnah ajak pergi rumah dia.. tak nak ikut.. kata busy.. kan dah terlepas peluang.."
Papa dan Mama terdiam.
See? Papa dengan Mama memang tak boleh lawan Opah. Opah is the best!
"Dah ada alamatnya? No telefon?" tanya Opah.. Opah dah jadi Chief Officer dah ni.. Ezzaq menggeleng. Mana nak tahu Hadhira tu duduk mana..
"Laa.. apalah abang ni?" Ezzah dah pukul dahi.
Ezzaq menarik kening. Amboi adik aku ni.. dia pulak yang buat drama kat sini.. telefon bimbit di ambil dari kocek seluar.. Blackberry dikeluarkan..
"Jo.. nak no phone family Hadhira dengan add dia sekali boleh?"
Beberapa minit selepas itu.. dia berpaling ke arah keluarganya yang memang sabar menanti dari tadi tu. Macam tengah tunggu perutusan bila nak raya pun ada aku tengok. Ngeee.
Dia menunjukkan kertas memo kuning yang berisikan alamat dan nombor telefon keluarga Hadhira itu."Dah dapat.. so bila nak proceed?"tanya Ezzaq.Tak sabar rasanya.. be a real man, suara si hoodies pink tu bermain di kepala.. Ha ha ha.
"Minggu ni.. minggu depan Opah dah nak balik!"
Ezzaq tersenyum. Opah ni macam tahu-tahu je perasaan dia.. haha. Agak-agaknya macam mana ya reaksi si hoodies pink bila dia tahu yang aku masuk minang dia ni? Haha. Boleh pengsan tak? Kalau pengsan pun apa salahnya, her private dedicated personal doctor ni kan dah ada.. Ngeeee..
So si hoodies pink, this is how a real man would do, isnt it?
YOU ARE READING
COMPLETED - Si Hoodies Pink
DragosteLove at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled...