Hadhira sibuk memasak juadah berbuka. Hari nilah hari pertama dia cuba untuk memasak juadah berbuka. Kalau selalunya dia akan main tunjuk je lauk dekat Bazaar Ramadhan tapi hari ni bila dia mintak cuti half day, terus dia ke Tesco, beli barang-barang dapur.
Dan here we are, Hadhira dan juadah berbuka. Semuanya dari air tangannya. Dah lama tak praktis masak. Dia tersenyum memandang lauk masakannya. Ada sup tulang, ada masak lemak cili padi, dan puding karamel.
Tiba-tiba dia terdengar pintu utama dibuka. Ezzaq dah balik kut.
Terus dia membuka apron pinknya dan disidaikan di atas kerusi meja makan dan bergerak ke arah ruang tamu. Dari jauh dia melihat Ezzaq bersandar di sofa. Ezzaq seakan-akan melayan perasaan sendiri.. kalau tak masakan sampai tak sedar yang Hadhira sudah duduk disisinya.
Matanya difokuskan kepada lelaki berkemeja biru disebelahnya yang sedang menyandar di sofa sambil memejamkan mata itu. Nampak lesu sekali. Apa yang dirisaukannya?Ahmad Firas Ezzaq. Lelaki yang dah berjaya ambil title suami kepada Hadhira sejak enam bulan lepas.. dan InshaALLAH buat selama-lamanya, dan kalau boleh yang akan sama-sama membawanya ke syurga. Kalau dulu dia selalu tak dapat bayangkan idea Ezzaq dengan Hadhira dalam satu konteks ayat tapi sejak dua menjak ni (atau lebih kepada kebelakangan ni) dia dah macam baru sedar yang dia mungkin dah start sayangkan inche smiling eyes ni ataupun setidak-tidaknya macam yang Nadiah usulkan tadi tengah hari.
Hadhira bermain-main dengan tangan Suhail, anak Nadiah yang kedua. Comel sungguh. Hati yang tak tentu hala hari ni baik sekejap bermain dengan Suhail.
"Ni apasal ni? Ponteng kerja ke?" tanya Nadiah. Terkejut monkey dia tadi bila Hadhira tiba-tiba muncul depan rumah dia padahal waktu masa tu baru menunjukkan pukul 11 pagi.
"Half day." kata Hadhira.
Nadiah menggeleng. Ada masalah la tu. Kenal sangat perangai si kawan baik seorang ni. Lagipun dia kan kaunselor tak bertauliah Hadhira sejak zaman sekolah menengah lagi.
Hadhira menceritakan satu persatu masalahnya kepada Nadiah. Dia sebenarnya tak tahu nak bagitahu siapa lagi. Dan Nadiah la orang yang dia paling selesa untuk meluahkan perasaan.
"So awak nak bagitahu yang awak dah sayangkan dia ke?"
Hadhira angkat bahu. Dia tak pasti ni ke perasaannya sayangkan orang. Dia tak tahu! tapi yang pastinya dia rasa perit sungguh bila Ezzaq tiba-tiba nak tak nak layan dia.
"You know what. Saya sebenarnya dah expect awak jadi macam ni. Come on babe awak sayangkan dia. I can see.. in fact saya suspek ni masa zaman kolej lagi bila awak pernah telefon saya malam-malam menangis masa dia fly tu tapi saya diamkan saja sebab awak tak habis-habis tekankan yang awak menangis sebab tak sempat nak say thanks, kan?"
Hadhira mahu argue. Takkan sebab apa yang Ezzaq buat tu, dah boleh jadi sebab dia nak sukakan Ezzaq. Mana mungkin. I'm not that easy.. er am I? tapi Hadhira tak mampu menjawab.. Nadiah selalu ada point bila bercakap.
"Kalau saya dah sayangkan dia? How come Arul boleh masuk.. into my life?" kata Hadhira. Yella kalau aku dah sukakan Ezzaq macam mana boleh ter-suka Arul pulak kan.
Nadiah senyum.
"Belajar sains kan? We did so many experiments, dan some of them ada yang gagal kan? Trial and error. Dan macam tu jugaklah dalam relationship, tak semua relationship tu happily ever after. Ingat tak masa kita first time nak cuba Raspberry Cheese dulu, awak mati-mati cakap yang Raspberry Cheese tu akan jadi favorite cake awak just because you like Raspberry.. tapi bila awak dah try. You can even only have one bite. Tak kena dengan selera but instead kita berdua tukar cake. Awak ambik Yogurt cheese saya, saya ambik Raspberry. Sampai sekarang kan, awak pergi je Secret Recipes, awak akan pilih Yogurt cheese, yang awak tak pernah fikir nak rasa sebab bukan selera awak.. cuba awak applykan teori cheesecake kita ni dengan Arul dan Ezzaq. Siapa Raspberry cheesecake? Siapa Yogurt cheesecake?"
YOU ARE READING
COMPLETED - Si Hoodies Pink
RomantizmLove at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled...